CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 687|Reply: 2

[Tempatan] Kementerian Pendidikan target 500 diiktiraf sekolah kluster

[Copy link]
Post time 30-9-2014 10:09 PM | Show all posts |Read mode
TUMPAT: Kementerian Pendidikan yakin sebanyak 203 lagi sekolah akan diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) bagi mencapai sasaran 500 sekolah itu di seluruh negara tahun depan.

Penasihat kementerian itu, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata setakat ini sebanyak 297 sekolah diiktiraf sebagai SKK di seluruh negara.

"Sasaran 203 sekolah lagi mungkin diiktiraf tahun hadapan kerana terdapat banyak sekolah yang memenuhi kriteria ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan mempunyai matlamat untuk meningkatkan bilangan SKK supaya dapat dijadikan penanda aras kepada sekolah lain.

Menerusi SKK, katanya, setiap sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik daripada kerajaan.

Pengiktirafan itu juga memberi peluang kepada sekolah yang dipilih untuk meningkatkan jaringan kerjasama dua hala berterusan dengan sekolah lain dari dalam dan luar negara.

Abdul Rahman turut mengingatkan pelajar supaya menguasai beberapa mata pelajaran termasuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sebagai persediaan wajib lulus yang bakal dilaksanakan.

Terdahulu, beliau melawat SKK Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 dan Sekolah Bendang Pauh dalam rangka lawatannya ke Kelantan bermula Ahad lalu.

SKK yang dilancarkan pada 16 Januari 2006 ialah jenama yang diberi kepada sekolah cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan murid.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 10:38 PM | Show all posts
perkara yang mcm ni membuat soalan terbocor....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:08 PM | Show all posts
sekolah berebut nak naik kan prestasi... anak2 jugak yg jadi mangsa... hilang keseronokan belajar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.109523 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list