CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 703|Reply: 2

[Tempatan] Warga asing Amerika Latin akan dipantau

[Copy link]
Post time 30-9-2014 10:19 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu memantau kehadiran warga Amerika Latin ke negeri ini sebagai langkah mengelak sindiket menggodam mesin teler automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini daripada merebak ke Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, walaupun tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden itu di negeri ini namun pihaknya mengambil pendekatan awal sebagai langkah pencegahan.

"Kita telah meminta seluruh daerah di negeri ini mempertingkatkan pemantauan di lokasi yang terdapat mesin ATM selain memantau kemasukan warga negara Latin ke negeri ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan sepuluh lagi mesin ATM diserang penggodam bagi mencuri wang daripada bank menjadikan keseluruhan 16 ATM digodam di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur dalam tempoh 72 jam. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 10:38 PM | Show all posts
lambat benor nk release gmba cctv suspek tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 10:34 AM | Show all posts
Anggota polis Sarawak diarah pantau ATM, kehadiran warga Amerika Latin

KUCHING: Anggota Polis Sarawak diarahkan untuk memantau, meronda dan memeriksa premis yang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) bagi mengelak kejadian menggodam mesin itu di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Wira Sabtu Osman, berkata pihaknya akan turut memantau kehadiran warga Amerika Latin di negeri ini terutama di lapangan terbang serta sempadan negeri.

"Setakat ini tiada laporan (kejadian menggodam ATM) di Sarawak. Apa pun kita sudah beri ingatan kepada semua pihak untuk buat rondaan dan pemeriksaan di tempat ATM berada.

"Kita perlu beri perhatian serius kepada perkara ini kerana kejadian godam ATM berlaku di beberapa negeri di Semenanjung. Kita harap kejadian itu tidak akan berlaku di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Jalan Badruddin hari ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 1.299319 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list