CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akulah7E.

[Jenayah] Bayi tiga bulan mati di taska

[Copy link]
Post time 1-10-2014 12:12 PM | Show all posts
adakah taska tu akan bertanggung jawab ataupun terlepas tangan begitu aje
sebab nyawa bayi bagi mereka tak berharga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 12:21 PM | Show all posts
lps baca apa yg ditulis pak sedara tu rs nak maki owner dan pengasuh pun ada
takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 12:21 PM | Show all posts
Taska banyak songeh cam ni cuba le boikot2 ramai.

Tak sampai seminggu tutup le...

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 12:22 PM | Show all posts
#justice4imnakhalisa
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 12:31 PM | Show all posts
katenye, sampai hari ni taska masih beroperasi seperti biase. x de kene gantung ke? at least hingga siasatan selesai.

autopsi pulak 8 minggu baru dapat keputusan. pleaselah. for the sake of justice. perkara2 macam ni urgent kot kita nak tahu. membabitkan kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini jenis menteri yg berpikiran,xpe bkn anak aku yg kne...puak2 ni pikir untung je,kdg2 bkn dorg tgk pn anak2..sibuk ngan samrtpon...yg menjaga pn bdk2 muda yg xde pengalaman jag budak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2014 12:33 PM | Show all posts
Takziah... ni semua punca bapak malas nak kerja lebih masa, kerja part time cari duit lebih... kalau semua bapak2 bertanggungjawab penuh, mesti si mak boleh apply cuti tak bergaji selama setahun utk jaga baby sendiri...

bapak2, please la.. jgn asyik nak melaram dengan kereta besar, kereta import, kereta mahal sampai segala tanggungjawab korang bagi nafkah kat anak bini di bahagi-bahagi dengan bini pulak... jadi la jantan sebenar, bkn jantan atas katil jekkk....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 12:48 PM | Show all posts
Lagi kes bayi meninggal dunia di taska
Gambar Nur Imna Khalisa yang dirakamkan oleh  Muhamad Zamri Anuar, baru-baru ini.

Advertisement









PUTRAJAYA 30 Sept. - Seorang bapa, Muhamad Zamri Anuar, 34, begitu gembira  menerima kehadiran 'orang' baharu dalam keluarganya. Begitu juga isteri dan dua  lagi anaknya.

Namun Muhamad Zamri langsung tidak menduga kegembiraannya menerima Nur Imna  Khalisa hanya bertahan tiga bulan apabila anaknya itu meninggal dunia di sebuah  taska di Presint 11 di sini, semalam.
Lebih menyedihkan Nur Imna Khalisa ditemuinya dan isteri sendiri dalam  keadaan kaku dan kebiruan di premis tersebut ketika hendak menjemput pulang pada  pukul 5.45 petang.

Bahagian mata, belakang badan serta telinga pula mempunyai kesan gigitan  semut.
Difahamkan, bayi tersebut tidak meminum susu ketika ditinggalkan di dalam  katil bayi kira-kira pukul 3 petang dan sepanjang tempoh itu, pengasuh didakwa  langsung tidak menjenguk mangsa.
Bapa mangsa yang merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) mendakwa,  bayinya berada dalam keadaan sihat ketika isterinya, Nafisah Ahmad Jauhari, 32,  menghantar anak mereka itu ke taska berkenaan pada pukul 7.05 pagi.

"Ketika hendak ambil Nur Imna, Nafisah dan seorang lagi anak saya, Muhamad  Zikri Rayyan, 5, pergi ke taska manakala saya dan anak perempuan, Nur Airis  Khadijah, 4, tunggu di dalam kereta kira-kira 10 meter dari premis.
Tidak lama kemudian, Nafisah bergegas ke arah saya mengatakan anak saya sudah  tiada. Saya pula sangka anak saya diculik sebelum berlari ke taska  berkenaan.

"Sebaik sahaja masuk, luluh hati saya apabila lihat anak saya dalam keadaan  terlentang di dalam tempat bayi dengan wajah dan badannya kebiruan, kaku. Semut  juga ada di leher dan dadanya," dakwanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya di  sini hari ini.
Muhamad Zamri mendakwa, pada ketika itu, terdapat dua pengasuh yang sedang  menunggu kedatangan ibu bapa mengambil anak masing-masing dan mereka hanya  menangis serta mengatakan tidak tahu apa sebenarnya berlaku.
Difahamkan, anaknya dihurung semut kerana telah meninggal dunia antara dan  hingga tiga jam sebelum ditemui hingga mengakibatkan belakang telinga, mata dan  belakang badan mempunyai kesan gigitan.

"Saya reda dengan ketentuan Ilahi namun terkilan kerana pihak taska langsung  tidak menghubungi saya antara pukul 3 hingga 5.45 petang itu," dakwanya.
Dia berkata, biasanya Nur Imna Khalisa telah siap dimandikan pengasuh ketika  dia datang untuk mengambilnya pada waktu berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Taska Putrajaya, Husna Abdul Rahman  berkata, taska tersebut mempunyai lima pengasuh namun pada hari kejadian seorang  daripadanya cuti sakit.

"Taska itu menjaga 33 kanak-kanak termasuk sembilan bayi dan enam transit  selepas sekolah. Taska itu telah beroperasi lebih dua tahun," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak  Abdul Majid berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pengasuh untuk membantu  siasatan semalam.
Jelasnya, kes tersebut masih belum diklasifikasikan kerana keputusan bedah  siasat tidak dikeluarkan lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141001/dn_21/Lagi-kes-bayi-meninggal-dunia-di-taska#ixzz3EriXxQqs
©  Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 01:15 PM | Show all posts
itik_kuning posted on 1-10-2014 12:04 PM
kami yg keje swasta ni bukan senang nak amik cuti tanpa gaji. silap hari bulan terus tak bergaji.
...

betul tu.. dpt 2 bulan cuti bergaji tu pun dah alhamdulillah...

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 01:19 PM | Show all posts
arasham posted on 1-10-2014 11:28 AM
ibu2 berkorban sikitlah lepas ni cuba ambil cuti tanpa gaji lepas bersalin,
beri ank besar sikit ,  ...

betul2... saya pon tgh preggy anak no. 2... ingat nak jaga sendiri sampai umur 6 bulan... takut juga hntr pengasuh kecil2
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 01:23 PM | Show all posts
apasal banyak sangat kes kat putrajaya? hari tu pun kat situ jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat undang2 boleh bwk anak g tmpat keje. Klu xleh wat keje dr umah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 01:40 PM | Show all posts
Satu office dgn hubby aku mak budak ni.
Kami dlu nak hantar baby kat taska tu jugak, tapi hati ni tak tergerak2x nak call.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 01:47 PM | Show all posts
salam,
sy nk bgtau 1 cerita drp adik sy yg pernah bekerja di taska area putrajaya/bangi slps abis diploma.

Adik bgtau
1-bayi/kanak2 kecil yg kecil dibiarkan shj jika menangis dgn alasan klu dipujuk nnt akan jd manja atau mengada.
2-budak2 yg agak nakal/aktif dimarah dan diletak minyak angin di mata. Bila parents tny knapa anak tu nangis..pengasuh akan bagi alasn mcm2.
3-budak2 di taska selalu x cukup mkn dan hy diberi biskut kering yg dicatu pd ms 'tea time'.
4-owner selalu xde di taska dan tak amik kisah dgn stok mknn. trpksa guna duit pengasuh dulu.

adik sy cuma keja 2bulan shj. tak tahan tgk cara layana thdp budak2 tu dan sb janji x ditepati. bayaran OT x dpt pun. owner mmg mulut manis dpn org.

sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 01:49 PM | Show all posts
arasham posted on 1-10-2014 11:28 AM
ibu2 berkorban sikitlah lepas ni cuba ambil cuti tanpa gaji lepas bersalin,
beri ank besar sikit ,  ...

Bukan semua majikan prihatin nak approve cuti tanpa gaji.. some of them will say - kalau nak cuti tanpa gaji, baik resign terus.

Some employers lebih mementingkan business - kalau dia bagi pekerja cuti tanpa gaji katalah 3 - 6 bulan, resource dia dah kurang, kerja tetap banyak tu atau lebih banyak, lepas tu dia nak ambik temp staff? Nak kena bayar lagi kat outsouricing company etc etc.. lagi banyak keje dan kos keluar.

It's not that easy.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 01:53 PM | Show all posts
kalau taska tu dah ada kes kematian sebelun ni .dan masih beroperasi mcm ..apa kata penguna2 .mak/pak bayi2/budak2 ambil tundakkan memboikot taska tu..jgn anta anak2 anda kesana lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 01:56 PM | Show all posts
dewimalam78 posted on 1-10-2014 01:47 PM
salam,
sy nk bgtau 1 cerita drp adik sy yg pernah bekerja di taska area putrajaya/bangi slps abis  ...

sapa nama adik mu tu?

bolehtk aku nk bagi pelempang kt adik mu, pasal tarak pi report kat jabatan berkaitan, tarak snap photo 'kedajalan' taska tu, @ paling cikai sekalipun pi buat report kt fb ke apa, takde sikit pun niat nk expose bnda2 ni kt satu malaya, sebaliknya diam membisu umpama org OKU yg alami kecacatan otak.

gara2 adik mu bdiam la, kejadian bayi ni meninggal dunia berlaku,

pasal orang yg tau taska ni tk serba tk kene, cuma diamkn diri ja..
mmg layak bagi penampor smpai berterabur gigi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 02:00 PM | Show all posts
ibu baby ni satu floor tempat kerja dngan aku..kira bahagian sebelah...kira aku kenal ngan ibu ni...balik pukul 5 ptng tiap2 hari...dia pernah jadi student aku masa aku mengajar it...

kitaorang satu ofis terkejut semalam...tempah bas jabatan g hospital putrajaya tengok baby ni...
kening baby ni lebam...kat dagu pun sama...masa mak dia amik semut dah hurung dah baby tu...mak dia cakap last pengasuh tu tengok baby tu kul 3 ptng....mak dia kul 5.30 baru amik...korang bayangkanlah berapa lama dah meninggal dan pengasuh buat tak tau...

apalah pengasuh tu buat...

jannah menantimu baby...neraka menanti siapa pelakunya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 02:00 PM | Show all posts
manehnya posted on 1-10-2014 11:41 AM
Apasal ibu je kena, bapak x kena?

nk kenekn bapak?

meh aku kenakan, bakal2 bapa luar sana, nk kawin, dari hang anto ke taska, baya ratus2 bulan2,
pi lar kawin 2, amik je janda2 luar sana, berlambak kaum hawa yg perlu suami.. bole gak bela kaum pmpn..
bole jadi 2nd wife & bantu dirumah, takpun selang seli, bini 1st keje stahun, bini 2nd cuti sthun,

tahun dpn bini 2nd keje sthun, bini 1st cuti lak..pstu ulang2 smpai 10 anak..
so,
jgn jadi jantan dayus.. gara2 takut bini bila nk kwin lagi stu, pi anto anak ke taska..kbajikn anak ntah pmpn manala jaga
klu bini sndiri jaga tu selamatla skit..

kaum pmpn jgn marah ya..ni pn nk bela ibu tunggal ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 02:01 PM | Show all posts
again???

sampai digigit semut bagai... tergamaknya pengasuh tu...

sakit hati cmni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.065679 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list