CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 0

Putrajaya berusaha pecah belah rakyat Malaysia, kata Ambiga

[Copy link]
Post time 2-10-2014 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya berusaha pecah belah rakyat Malaysia, kata Ambiga
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 2 October 2014

Datuk Ambiga Sreenevasan berkata pendidikan sekolah memupuk perkauman dan program seperti Khidmat Negara sudah terlambat dalam memupuk perpaduan di kalangan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2014.Terdapat usaha bersepadu oleh Putrajaya memecah-belah kaum di Malaysia, kata Datuk Ambiga Sreenevasan, terutamanya dalam dasar pendidikan kerajaan yang didakwanya mempromosikan perkauman.
Pada forum  bertajuk "Punca arus perkauman dalam negara kita" di Petaling Jaya malam tadi, bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu juga berkata kerajaan mempunyai agenda di sebalik usaha meluaskan jurang kaum melalui pendidikan di sekolah, iaitu untuk meningkatkan polisi "pecah dan perintah".
"Mereka mungkin menubuhkan NUCC (Majlis Perundingan Perpaduan Nasional) dan mereka boleh melakukan banyak perkara tetapi sebenarnya terdapat usaha bersepadu memecah belah kaum. Itulah yang kita sebagai rakyat Malaysia perlu tentang," katanya.

"Akhirnya ia adalah mengenai kuasa. Ia mewujudkan warganegara kelas pertama dan kedua di Malaysia."
Ambiga yang kini penaung pertubuhan Negara-Ku, berkata, sistem pendidikan Malaysia telah memainkan peranan besar dalam mewujudkan mentaliti ini di kalangan golongan muda dan ia berlaku di sepanjang masa persekolahan mereka.
"Ia adalah sistem yang dimasukkan ke dalam tempat di mana orang Melayu diberitahu dan difahamkan bahawa mereka adalah lebih baik, yang lain adalah semata-mata 'pendatang'.
"Dan ini berterusan sepanjang hidup persekolahan mereka. Kemudian kita cuba untuk memperbaikinya melalui program Khidmat Negara apabila mereka berumur 18 tahun selepas mereka selesai sekolah. Tetapi kerosakan yang terlalu banyak telah berlaku pada masa itu," tambah Ambiga.
Beliau mengulas serangan ke atas seorang wanita Melayu berpurdah yang menyertai DAP baru-baru ini.
"Jenis serangan yang dia hadapi sukar untuk dipercayai. Apa yang telah berlaku kepada kita adalah melampau, di mana mereka merasakan adalah salah bagi orang Melayu untuk berada dalam satu parti yang dikira sebagai parti Cina," tambahnya, merujuk kepada wanita yang dikenali Melati itu.
"Oleh itu, apabila orang berfikir dengan cara ini, kami yang tinggal di kawasan bandar, tahu ia adalah tidak masuk akal dan salah apabila kenyataan anti-Cina atau anti-Melayu dibuat.
"Tetapi terdapat ramai orang di negara ini yang telah melalui sistem pendidikan ini dan berfikir bahawa tidak salah untuk berkata sedemikian."
Melati diselar kerana menyertai DAP, sehingga salah seorang blogger menulis adalah lebih baik untuk wanita Islam yang berusia 22 tahun itu menjadi pelacur dari menyertai parti itu.
Dalam posting bertajuk "Melati, Lebih Baik Jadi Pelacur Dari Sertai DAP", penulis memakai nama KuntaKinte berkata, tindakan remaja perempuan Islam atau mana-mana golongan muda beragama Islam menyertai DAP sebenarnya mengukuhkan usaha parti itu melemahkan peranan dan kedudukan Islam dalam negara ini.
"Realitinya, ia adalah lebih mulia menjadi seorang pelacur yang menjual diri untuk makan, daripada menjadi orang-orang yang bertudung dan memakai purdah yang 'menjual diri mereka' kepada DAP untuk kekayaan dunia sehingga ia melemahkan Islam," tulisnya dalam satu laman web yang dimiliki oleh Umno, www.mykmu.net.
Walau bagaimanapun, Ambiga berkata ini adalah permainan Putrajaya untuk membuatkan Melayu dan Islam diserang secara berterusan.
"Kita juga mempunyai menteri yang berkata begitu. Jadi 65% penduduk diserang oleh 35% daripada penduduk? Bagaimana ia mungkin? Ia tidak masuk akal.
"Tetapi malangnya, apabila indoktrinasi berlaku berterusan, itulah yang dirasai oleh orang ramai dan itulah sebabnya mengapa orang fikir ia adalah wajar untuk membuat kenyataan perkauman seperti yang mereka lakukan," kata peguam itu.
Ambiga mendakwa kerajaan "menulis semula sejarah" atau mengganggu fakta sejarah di peringkat sekolah untuk memberi gambaran hanya kaum tertentu dan peranan mereka sahaja wujud dalam sejarah.
"Mereka cuba untuk menukar latar belakang budaya dan sejarah kita untuk mengurangkan peranan bukan Islam.
"Kita perlu berhati-hati dengan apa yang anak-anak kita belajar. Mari kita pinta kajian ke atas sistem pendidikan.
"Kita mesti membantah yang taksub, perkauman dan berasaskan pembohongan itu dari diajar kepada kepada anak-anak kita. Kita perlu bersuara," katanya. – 2 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.wFIbc0vk.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.220548 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list