CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11404|Reply: 37

Riza (bekas suami Izreen) buat apa di mahkamah? (respon izreen #17)

[Copy link]
Post time 5-10-2014 11:45 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Ketika membuat liputan kes sebutan se-orang selebriti baru-baru ini, beberapa teman Cik Pang ternampak bekas suami pelakon Izreen Azminda, siapa lagi kalau bukan Riza Baharuddin berurusan di kaunter.
[size=0.9em]Oleh kerana Riza bekerja di belakang tabir, wajahnya memang dikenali dan tidak mungkin pelanduk dua serupa. Kata teman Cik Pang, dia kelihatan khusyuk dengan urusannya hingga tak perasan kehadiran wartawan dan jurugambar di situ.
[size=0.9em]Pun begitu, sebaik sedar ada wartawan, kelam kabut dibuatnya lantas cepat-cepat dia beredar. Daripada gayanya, nampak benar dia tidak mahu orang tahu kunjungannya di situ.

Kenapa ya? Persoalan itu mengundang reaksi laju teman Cik Pang untuk melihat senarai sebutan kes. Manalah tahu kot-kot Cik Pang terlepas pandang sebutan kes membabitkan jurukamera itu dan bekas isterinya.
[size=0.9em]
Tanggapan teman Cik Pang, mungkin berkaitan hak penjagaan atau perkara berkaitan bekas isteri yang belum selesai. Namun selepas diperiksa, tak ada pula nama Muhammad Riza Baharuddin atau Izreen Azminda dalam senarai.



[size=0.9em]
Jadi atas tujuan apa dia ber-urusan di situ? Timbul andaian nakal, barangkali dia mahu berkahwin. Kalau betul sangkaan Cik Pang, nampak gaya-nya dia akan mendahului bekas isteri yang kini ‘rapat’ dengan pelakon kacak Amar Baharin.

Apapun, ini sekadar andaian berbaur usikan Cik Pang saja, jangan pula tiba-tiba ada yang ambil serius. Tak pasal-pasal ada yang tarik muka tak puas hati!

Last edited by changa=famri7 on 8-10-2014 01:06 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2014 11:52 PM | Show all posts
aritu terbaca news si izreen baru dpt hak penjagaan anak..so sbb kes tu la kot?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk betul. Huih
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 08:58 AM | Show all posts
Kan....mesti hala2 makcik2 kg yg busy body sambil dok jeling2 si Riza bedah ni....
Pang sekali baru tau!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 10:07 AM | Show all posts
suami artis pon org kenal eh?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 10:11 AM | Show all posts
Bizi bodi sungguh la cik pang nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2014 12:10 PM | Show all posts
rimas nyer... bukan retis pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 10:29 AM | Show all posts
semoga berita baik dapat dihebahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 10:35 AM | Show all posts
pangggg sekali cik pang nie baru tau....sibuk jerk!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 02:20 PM | Show all posts
nk mintak pelempang ke cik pang nih...hhahahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 03:36 PM | Show all posts
alahai cik pang.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 03:38 PM | Show all posts
cik pang jaga kain sendiri je takot kain sendiri terkoyak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:06 PM | Show all posts
pang, nama sebenar pelempang
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:08 PM | Show all posts
dah takde news ke cik pang..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 06:14 PM | Show all posts
Itu hal rumah tangga mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aihhh nama dia cik pang cam pelempang lak...hahahahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2014 01:05 AM | Show all posts
Izreen Azminda Perjelas Bekas Suami Ke Mahkamah Selesai Kes Hak Jagaan Anak

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda menjelaskan bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin yang dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 30 September lalu adalah bagi menghadiri kes tuntutan hak penjagaan anak mereka iaitu Muhammad Umar Adrian yang berusia setahun tiga bulan.

Izreen, 29, berkata, dia turut hadir pada hari tersebut bagi menyelesaikan kes berkenaan selain menuntut nafkah edah sebanyak RM500 setiap bulan serta anak iaitu RM800 (sebulan).

"Saya tidak tahu jika dia ke mahkamah tersebut pada tarikh lain, tetapi jika ada wartawan melihatnya pada 30 September lalu, memang dia ada di sana bagi kes tuntutan anak. Saya juga berada di situ.

"Dan Alhamdulillah, mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada saya," katanya yang dihubungi mStar Online.

Pada Ahad lalu, akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan Riza, 31, telah dilihat beberapa wartawan seperti mengambil borang di kaunter mahkamah syariah tersebut.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, Riza terus menghilangkan diri selepas menyedari sekumpulan wartawan sedang memerhatikannya.

Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan apakah sebab bekas suami Izreen itu berada di situ.

Sementara itu, Izreen berkata, walaupun tidak menghalang Riza untuk berjumpa dengan Umar, dia sedikit tegas mengenai hal tersebut di mana Umar tidak dibenarkan bermalam dengan bekas suaminya itu.

"Buat masa ini, jika dia ingin berjumpa dengan Umar, ia perlu dibawah pengawasan saya sendiri atau dengan wakil saya yang boleh dipercayai.

"Bukannya apa, Riza pun sibuk dengan pelbagai kerja-kerja penggambaran, takut jika dia tiada masa untuk menjaga Umar. Mungkin selepas beberapa tahun kemudian saya akan membenarkan dia bermalam dengan Umar," ujarnya.

Izreen dan Riza telah bercerai pada 9 Jun 2014 selepas mendirikan rumah tangga kira-kira hampir dua tahun.Pasangan itu telah berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah.



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Biorla dia nak g mana pun... Mengalahkn retis top holiwud ..ada je paparazzi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 01:16 AM | Show all posts
Bagus Izreen ni tuntut sekadar keperluan anak aja. Tahu jah bekas suami tak mampu banyak-banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kena pang cik pang ni..
Kepochi sgt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.795087 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list