CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Pada AR Tompel(melissa kunci mulut #112)

[Copy link]
Post time 8-10-2014 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pinkzara posted on 8-10-2014 10:43 AM
pelakon & penyanyi dulu2 mmg gitu la..kaki minum,kaki judi, kaki pempuan.
mmg jahil pun.
jd penyan ...

Kan?? Tapi kalau niat nk dijadikan tauladan takde salahnya crita ni smua. Mcm ada yg kata td better xbuat nama asal... Bab ni boleh kira ilmu la... Zaman dulu ilmu xsampai sebaik skarang...kalau tompel dikata sbgitu pon xbleh nk hina dia sgt... Ilmu dulu xsampai ke umat islam sehebat sekarang... P ramlee sdri pon dikatakan dalam alcohol consumption yg tinggi swktu mninggal sbb kcewa dgn sambutan yg merudum thdap karya2 dia kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2014 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 posted on 8-10-2014 02:55 PM
Me pon rs nyampah..dahla lucah..siap  masa yg dia jd bomoh tu guna pam yg biasa org guna utk bes ...

Samela mommy... Bnyk mlucah je dia nii... Yg subadron tu pon mcm hapee je satu penghinaan buat pmpuan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 posted on 8-10-2014 11:44 AM
Klu korg tgk dokumentari pasal p ramlee pon ada ckp p ramlee ms zmn kejatuhan dia pnh bisnes sewa me ...

Ha ah ada satu kawan cina dia yg crita rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 06:07 PM | Show all posts
hanya Allah saja yang tahu sebenar2nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja posted on 8-10-2014 06:00 PM
Samela mommy... Bnyk mlucah je dia nii... Yg subadron tu pon mcm hapee je satu penghinaan buat pmp ...

Me suka jer adlin ni..cuma kenkadang lawak dia tu censored skit..padahal mlm kan byk budak2 tengok jugak so kena sensitif skit..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 06:55 PM | Show all posts
Iishh.. Adlin pun patut gi jumpa MS bukan buat statement.. bende ni akan jadi lebih kecoh dan jika kes saman dilakukan, akan ade lebih banyak kenyataan yang tak baik akan kluar... lagi malu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2014 07:28 PM | Show all posts
buragazz posted on 8-10-2014 06:55 PM
Iishh.. Adlin pun patut gi jumpa MS bukan buat statement.. bende ni akan jadi lebih kecoh dan jika k ...


sangat complicated, even side anak saloma dan AR Tompel pun ada cerita masing2...

Kuala Lumpur: Waris kepada Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma kesal dengan filem biopik Saloma yang memberikan gambaran negatif dan tidak tepat di mana ia dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada generasi akan datang.
Perkara itu didedahkan Arzanee Armalie, 37, cucu kepada biduanita berkenaan atau nama sebenarnya Salmah Ismail apabila ada segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menyentuh peribadi keluarganya dan dianggap untuk kepentingan sendir“Filem itu juga seolah-olah memperbodohkan keturunan nenek (Saloma), termasuk bapa (Armalie Arman Ramli ) apabila menayangkan watak tidak benar membabitkan penagih dadah.
“Gambaran yang dipaparkan rata-ratanya berunsur negatif dan tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.
Katanya, dia tertekan dengan perkara itu dan tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan khalayak memandangkan imej keluarganya tercalar berikutan tayangan filem terbabit.
“Perkara yang paling dikhuatiri apabila masyarakat memandang buruk terhadap generasi Allahyarham Puan Sri Saloma akan datang termasuk anak-anak saya, ” katanya.



Melissa saila punya side :

Melissa tidak tahu agenda Arzanee

MENERUSI laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan minggu lalu, cucu kepada biduanita Saloma, Arzanee Armalie melahirkan rasa kesal terhadap sutradara Melissa Saila kerana memaparkan beberapa perkara yang tidak benar menerusi filem biopik arahannya, Saloma.
Menurut laporan tersebut, filem yang dibintangi oleh Nabila Huda, Azhan Rani, Tony Eusof dan Sazzy Falak itu dikatakan telah menyentuh hal peribadi keluarganya serta dianggap tidak menjaga sensitiviti waris Saloma yang lain, termasuk memaparkan adegan Armalie Arman Ramli mengalami masalah menagih dadah.
Pada masa yang sama, Arzanee mendakwa, dia masih belum menerima sebarang royalti atau bayaran daripada pihak Melissa Saila mahupun Astro selepas biopik tersebut ditayangkan bermula pada minggu lalu.
Kosmo! menghubungi Melissa, 42, bagi mendapatkan kepastian mengenai dakwaan Arzanee itu.
Kosmo!: Arzanee mendakwa pihaknya masih tidak menerima sebarang pembayaran royalti daripada pihak Melissa. Adakah dakwaan itu benar?
MELISSA: Sejujurnya, saya enggan memanjangkan perkara ini. Jika dia tidak berpuas hati dan mempunyai sebarang masalah, dia boleh menghubungi saya secara peribadi. Apa yang menghairankan saya, mengapa dia mahu menghebahkannya kepada umum dengan bercerita kepada pihak media?
Apakah jalan terbaik bagi anda untuk menyelesaikan masalah ini?
Saya tunggu tindakan lanjut daripada pihaknya kerana dia yang memulakan perkara ini terlebih dahulu. Namun, ketika saya cuba menghubunginya baru-baru ini, dia tidak menjawab panggilan saya.
Adakah hubungan anda dan Arzanee sebelum ini dalam keadaan baik?
Sebelum perkara ini timbul, saya pernah beberapa kali berjumpa dengannya. Dia turut datang berjumpa dengan ibu saya (Mariani) ketika sambutan hari raya bulan lalu. Selain itu, saya juga ada menjemputnya ke majlis pelancaran filem biopik tersebut, namun dia tidak hadir.
Adakah dia bertindak sedemikian kerana ingin mengambil kesempatan atas kejayaan yang dikecapi oleh filem biopik Saloma?
Saya kurang pasti dan enggan memberikan sebarang komen mengenai hal tersebut. Sebelum ini, saya pernah mengarahkan sebuah dokumentari mengenai Saloma. Namun, tiada siapa yang membangkitkan sebarang isu mengenainya. Kebanyakan orang yang menonton filem ini juga memuji dan menghargai naskhah tersebut.
Arzanee turut mendakwa anda tidak menjaga sensitiviti waris Saloma dengan memaparkan adegan bapanya, Armalie Arman Ramli sebagai seorang yang bergantung pada najis dadah. Adakah dakwaan itu benar?
Jika dakwaan terbabit benar, sila datang berjumpa saya dan tunjukkan buktinya.
Tidak takut isu seperti ini akan menjejaskan kredibiliti anda sebagai pengarah dan pencapaian yang diterima oleh filem biopik Saloma?
Tidak.
Adakah anda akan terus mengarahkan filem yang berbentuk seperti ini?
Ya, mengapa tidak?
Apakah perkembangan terbaharu anda?
Saya akan mengarahkan sebuah drama bersiri berjudul Kampung Semerah Padi. Antara pelakon yang terlibat menerusi drama itu adalah Sabri Yunus dan Shila Mambo.



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 07:29 PM | Show all posts
kesian pada arwah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2014 08:34 PM | Show all posts
Iols mcm payah sikit nak percaya apa2 cerita yg keluar dr mulut mariani. Xtaw la kenapa.

Iols sikit pn x pcaya yg sheols kata p ramlee nak dgn dia. Dia undur diri kasik kat adik dia, katanya adik dia tu terlalu gilakan p ramlee.

Payah nak percaya. Payah.

At 1st place, cerita ni dibikin bukan dgn hanya mendengar cerita kluar dr satu mulot. Kena dgr jgak versi org lain mcm mana. I mean yg rapat dgn arwah saloma sajalah. Harus buat kajian jugak. Buat research psl kehidupan yg bkenaan. Sebab ni bkaitan fakta.

Plus, bila mengaitkan watak2 tertentu, harusla berbincang dgn waris2 yg bkenaan. Jgn main semendang bikin karya tanpa fikir apakah natijah nya bila filem ini diterbitkan. Sbb nya melibatkan ramai org. Plus, org yg dicerita dlm ni dah pun mati.

Spatutnya xpayah buat cerita sebegini. Buat dokumentari sudah. Gigih jugak nak memfelemkan kisah hidup org yg dah arwah. Kalo elok2 semua watak dlm tu xpa jgak. Ni kebanyakan nya mcm nak memberi persepsi buruk pd org yg dah mati jah.

Dr org xtahu psl perangai2 buruk org yg dah jd arwah pn, tetiba jd tahu, sbb cerita nilah. X ke menyebarkan aib namanya tu.

Bila berkarya ni byk benda ni nak kena ambil kira. Jangan pikir nak untung jah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku syak la semua benda2 ni dinaikkan utk mendpt duit jer..bkn sbb malu pun. Dah arif sgt yg keturunan p ramlee dan saloma ni tak kaya. Lgpun masyarakat secara umum tak kenalpun keturunan tompel putih ramlee atau saloma dan mariani sekalipun kecuali badol, melisa saila dan adlin..tu pun x berapa nk jadi sgt bakatnye.tak de diheran sgt keturunan ni dlm malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 08:49 PM | Show all posts
update @changa=famri7  

Dibantah Keluarga Tompel, Astro Terus Tayang Saloma


Khairul Anwar Salleh

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Astro masih dalam proses meneliti isu penayangan telefilem biografi Saloma yang mendapat bantahan waris keluarga arwah A R Tompel.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara tersebut kepada peguam untuk memberi memberi maklum balas yang sewajarnya berhubung perkara tersebut.

”Kami akui memang ada menerima surat guaman daripada waris arwah dan surat itu telah diserahkan kepada peguam kami.

”Jadi, buat masa ini saya tidak boleh memberi komen yang lebih lanjut kerana semuanya masih dalam proses penelitian kami," ujarya ketika ditemui pada majlis tayangan filem televisyen komedi Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya di sini, Rabu.



Khairul diminta mengulas berhubung isu salah seorang waris arwah A R Tompel iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa tidak puas hati berhubung penayangan telefilem berkenaan yang dikatakan memaparkan watak arwah ayahnya yang berniat mengaibkannya Allahyarham selain dihasilkan tanpa fakta yang betul.

Disebabkan perkara tersebut, waris keluarga AR Tompel bakal mengadakan satu sidang media untuk menyuarakan bantahan selepas permohonan mereka kepada stesen televisyen itu agar menghentikan tayangan berkenaan tidak diendahkan.

Sidang media berkenaan akan diadakan di Panggung P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada pukul pukul 3 petang Khamis.

Khairul berkata, pihak Astro akan terus menayangkan telefilem berkenaan di saluran Astro First Eksklusif, meskipun mendapat bantahan daripada waris arwah.

"Sehingga kini  telefilem berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan serta pujian daripada penonton," ujarnya.



Ia diarahkan oleh Melissa Saila dan dilakonkan oleh Nabila Huda sebagai Saloma manakala Azhan Rani memegang watak AR Tompel.

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 08:50 PM | Show all posts
Melissa Saila Kunci Mulut Isu Burukkan AR Tompel Dalam Saloma



Melissa mengambil pendekatan berdiam diri berhubung isu melibatkan filem arahannya, Saloma.

PETALING JAYA: Pengarah drama Melissa Saila enggan memberikan sebarang respons terhadap rasa kesal pelakon Adlin Aman Ramlie yang mendakwa telefilem biopik berjudul Saloma arahannya memaparkan kisah berat sebelah bapa Adlin iaitu, Allahyarham AR Tompel selain terdapat banyak kesalahan fakta.

Melissa menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada Rabu secara ringkas memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen berhubung dakwaan tersebut.

"Maaf, saya tiada komen," katanya.


Adlin Aman Ramlie.


Terdahulu dalam laporan mStar Online menerusi artikel bertajuk 'Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel', Adlin berkata, telefilem itu memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel dan peminat setia seniman itu.

Malah kata Adlin bapanya telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya.

Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).



Pihaknya Adlin yang diwakili peguam dari Azam & Co telah pun mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.

Bagaimanapun tiada respons diberikan pihak berkenaan.

Satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis (esok) bagi mendapat liputan umum berkenaan isu tersebut.

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 08:53 PM | Show all posts
still cantek Melissa ni....kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni Anita Sarawak lak claim, sbb tunjuk Mak beliau the diva gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 09:21 PM | Show all posts
sambaldurian posted on 8-10-2014 08:58 PM
Pasni Anita Sarawak lak claim, sbb tunjuk Mak beliau the diva gitu...

klau nak kira aib...  ayah saloma pun diaibkan.... g clubbing bagai.....
pastu bercerai kawin pompuan lain..... watak tompel tu digambarkan kaki pompuan tp takde aksi berpoya2 pun.... dan watak tu mmg btul2 menarik perhatian psl mmg sebijik cam tompel...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 10:00 PM | Show all posts
dah beria ria nak buat , inilah risiko yang perlu di tempuhi. kalau tak masuk watak tompel tak lengkap pulak . tapi takkan la nak tunjukkan watak tompel pemalu , bersopan santun.dah memang perangai dia begitu..orang lama kat KL semua tahu.. bahkan pengalaman depan mata aku sendiri sorang artis sezaman dengan P.Ramlee selamba ja teguk arak kat kedai cina .tak peduli orang lalu lalang pandang dia . kat jalan raja muda abdul aziz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2014 10:03 PM | Show all posts
Dulu tahun 80an seniwati Latifah Omar pun nak buat filem pasal diri dia sendiri . aku ingat lagi antara kata dia "saya akan dedah skandal dengan orang kenamaan yang masih hidup sampai sekarang" tup tup filem tu tak jadi ..kalau jadi filem tu lagi kecoh dari biopic saloma.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 10:11 PM | Show all posts
Cik Melissa sila buat cerita tentang acik Mariani dulu Sebab org nye masih idup. Mariani ni aku rasa berdendam kot dgn saloma. Klau bercerita tu dia je yg terbaik saloma yg tut bf dia konon ala2 cinta tak kesampaian . Past is past lol. Nyanyok kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 10:56 PM | Show all posts
pendapat aku pulak...tak perlu diperincikan watak tompel sungguhpun orang tahu tompel banyak bini tapi dalam pada melissa nak cerita bagaimana sengsaranya hidup saloma dengan tompel...secara tak langsung terbukak pulak aib orang lain...

kita anggap banyak bini itu sebagai jodoh ketentuan Allah...namun apabila bercerita tentang orang yang dah tak ada eloklah kita simpan sahaja perkara yang kurang molek sungguhpun perkara itu benar...

masa memula aku tengok biopic ni...aku dah agak benda ni akan jadi besar kerana tompel digambarkan sebagai lelaki 'gatal'

mungkin org lain ada persepsi lain...tp dalam citer ni macam family mariani jek yang bagus, orang lain tak bagus termasuklah norizan yang sah2 bini p.ramlee masa tu...

keseluruhannya...penceritaan cerita ni sangat longgar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 12:29 AM | Show all posts
maxim posted on 8-10-2014 08:49 PM
update @changa=famri7  

Dibantah Keluarga Tompel, Astro Terus Tayang Saloma

tq bro maxim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.067543 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list