CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2453|Reply: 6

Alasan Lawak : hutan digondol kerana nak tanam getah

[Copy link]
Post time 8-10-2014 01:18 AM | Show all posts |Read mode

Advertisement








[size=0.75em]Keadaan Hutan Simpan Lesong yang ditarah.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

KUALA ROMPIN: Sebuah kawasan hutan di Pahang sebesar keluasan Cyberjaya sedang ditarah berkemungkinan untuk dijadikan ladang tanaman getah.

Kira-kira 300 hektar tanah di hutan simpan Lesong sedang dibersihkan dengan sejumlah besar kayu balak dibawa keluar dari hutan itu setiap hari.
[size=0.98em]Jabatan Hutan Pahang mempertahankan tindakan itu sebagai sah di sisi undang-undang dengan berkata, kegiatan itu diluluskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco).



[size=0.98em]Malah menurut jabatan itu, kegiatan tersebut hanya menjejaskan kawasan yang dikenali sebagai 'hutan kedua'.
[size=0.98em]Walaupun kerajaan negeri mempunyai hak untuk berbuat demikian, Pencinta Alam Sekitar menyifatkan tindakan tersebut boleh memberi kesan buruk kepada hidupan liar di negara ini.
[size=0.98em]Berita selanjutnya menyusul.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2014 01:21 AM | Show all posts
AWANG amat terharu dengan nasib penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka ekoran kejatuhan harga getah sehingga RM1.70 sekilogram iaitu lebih rendah daripada harga seliter petrol.
Harga itu berada di paras terendah dalam tempoh beberapa dekad. Tinjauan pemberita Awang di Temerloh mendapati ada di antara penoreh tidak lagi turun menoreh.


Awang cukup faham dengan keluh-kesah para penoreh itu. Adalah diharapkan kerajaan dapat masuk campur dalam hal ini. Satu skim bantuan dan galakan kepada kumpulan itu harus diperkenalkan bagi menampung kos barangan dan tekanan hidup yang semakin tinggi.


Awang berharap pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri tidak lama lagi dapat memberi sinar cahaya mereka.
Berilah mereka joran untuk memancing. Jarang-jarang kita mendengar penglibatan mereka dalam projek hiliran yang dilakukan oleh peneroka. Jika harga susu getah atau getah beku terlalu rendah, maka pihak berkuasa RISDA dan FELCRA harus mencari jalan untuk menjadikan bahan mentah itu sebagai produk hiliran.


Setelah negara terbabit dalam industri ini lebih seabad lamanya, amat sedih masa depan penoreh di negara ini masih tidak berubah. Dengan harga serendah itu, mereka yang mempunyai kebun seluas satu hektar hanya mampu memperoleh pendapatan tidak sampai RM600.


Adakah kita mahu melihat mereka terus menjadi kumpulan miskin tegar di negara sendiri?

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 11:49 AM | Show all posts
Yg sebenarnya mereka nak kaut kekayaan dari hasil balak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 09:52 AM | Show all posts
di Pulau Pinang hutan/pokok digondol nak tanam bangunan....nak kutip lebih ringgit katanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 11:13 PM | Show all posts
Getah yg takde harga skrg ada pulak bengong buat alasan nak tanam getah
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:37 AM | Show all posts
habihtu kalau dibiarkan hutan rimba,, apa hasil pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2015 10:40 PM | Show all posts


sedap lah BN kelentong penyokong nyer...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.069288 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list