CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

[Isu Kek Untuk Keknis]Siti Saleha Kesal Difitnah Hairul Azreen

[Copy link]
Post time 19-10-2014 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tanganbercakap posted on 18-10-2014 01:23 AM
name si pembuat kek yang buat orang konpius

Ini tokey keknya, mymomsbakery. Aku letak jugak sedikit  koleksi kek2 nya. Credit ig mymumsbakery.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2014 02:06 AM | Show all posts
Macam2 jugak lagilah design cakes dia aku tgk kat ig dia tu. Klu nak tempah g tgk kat ig dia. Selain tokey kek dia pun ada bisnes product kecantikan sendiri, dulu buat dgn rr skrg dah berpecah dia buat sendiri. Mymumsbakery ni skrg dah mcm ala2 retis glamournya jadi selayaknyalah aku bg publisiti skit tentang dia kat bod gossip ni lol. Depan hari klu ada isu lain semua dah pakat kenal belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 04:20 AM | Show all posts
lol...ape taraf artis pprt sgt...reti order, minta deposit x nak bayar...hampess sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
awoks posted on 18-10-2014 12:23 AM
nyampah bace caption hairul yg asik2 mention konon hanis byk ada dengan dia time dia susah kawan ...

Hahaha terbaik betul komen yg last tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
TT patut letakkan siti saleha tu as Ex bff Rita royani sebab iols pun mula2 terconfuse ingatkan siti saleha pelakon tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 07:20 AM | Show all posts
Orange1 posted on 19-10-2014 02:06 AM
Macam2 jugak lagilah design cakes dia aku tgk kat ig dia tu. Klu nak tempah g tgk kat ig dia. Selain ...

Uolss ni siti saleha owner mymumsbakery ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2014 08:12 AM | Show all posts
boleh tahan kek mymumsbakery ni ye...... tapi orang dewasa kek barbie macam tak sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 08:18 AM | Show all posts
gekkou posted on 16-10-2014 04:49 PM
yang aku fhm:

1. first order kek dgn CanDiva tp x mo bayar deposit (aku rasa dia nk suh sponsor s ...

aa tau xpe... i budget pun mesti dorg nak suruh CanDiva tu sponsor mula2 kan.. sbb tu bila org mintak depo buat bodo je... len kali ckp le mintak sponsor bkn nak order... kan senang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2014 08:23 AM | Show all posts
Kesian la Hanis..dpt balak x pandai...ko pandai Hanis..carila yg bijak merancang sikit. Ini baru suruh beli kek dah fail. Kendian tak nak mengaku salah, salahkan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 09:33 AM | Show all posts
awat tak pakat dgn kakak keknis atau mak keknis. depa pun pndai buat kek.
nak tempah kek cantik mcmtu..2 jam mana sempat. kalut la...nak hias kena la cun2...
apa2 je lah hairul. dulu masa dok kwn dgn faralyna tak byk kontroversi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 09:46 AM | Show all posts
hairul ni tak la merembes tara mana pon pada mata aku..hanis leh dapat yang lagi baik rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 10:07 AM | Show all posts
banyak cekadak mamat ni. nak kek siap 2 jam gi beli kek pisang / kek sponge kat mydin arr...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 10:47 AM | Show all posts
ooo..bercinta dowang nie !!
ingatkan hanis zalikha nie pilih guy yg rare seket ke...
upernye..melayu bese jer..hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 10:50 AM | Show all posts
awoks posted on 18-10-2014 12:23 AM
nyampah bace caption hairul yg asik2 mention konon hanis byk ada dengan dia time dia susah kawan ...
nasib baik faralyna clash dgn dia pun dendiam jah..bodo hairul..da la kepala kecik leher bersambung terus ke badan..emo lak iols

tahan perut aku gelak kt opis ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:16 AM | Show all posts
reddots posted on 17-10-2014 10:41 AM
Keknis
Siti Saleha

iols pun terfikir benda sama. sbb citer Manis tu kan kedai bakery.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Orange1 posted on 19-10-2014 02:06 AM
Macam2 jugak lagilah design cakes dia aku tgk kat ig dia tu. Klu nak tempah g tgk kat ig dia. Selain ...

Byk gak design kek dia..lawa2 designnye.nk mkn pun syg asenya sbb lawa sgt..hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2014 01:19 PM | Show all posts
KelisaOren posted on 19-10-2014 07:20 AM
Uolss ni siti saleha owner mymumsbakery ke?

Iols ni bukan mymumsbakery tp kira retis jugaklah lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 01:34 PM | Show all posts
kenarihitam posted on 19-10-2014 11:59 AM
Byk gak design kek dia..lawa2 designnye.nk mkn pun syg asenya sbb lawa sgt..hahaha

Dia kira nama bsr jugak dlm bisnes kek ni, ada buat kelas semua. Penah baca dia dpt jemputan bagi ceramah psl bisnes kat uitm kut.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 01:38 PM | Show all posts
Resipi ibu beri pendapatan lumayan
NORSHAHZURA MAT ZUKI, Foto: ROSLI TALIB
April 7, 2014


KETIKA  wanita lain mahu bergaya dengan barangan berjenama, kereta mewah dan rumah besar, Siti Saleha Idris, 34, bertungkuslumus di dapur menyiapkan tempahan pelbagai jenis kek.
Siti Saleha yang mahu dikenali sebagai Anne berkata, beliau tidak mungkin melupakan saat memulakan perniagaannya, My Mum’s Bakery pada 2006 dengan bersandarkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
Anne berkata, beliau mahu membuktikan tanpa pelajaran, seseorang itu boleh berjaya jika memiliki kejujuran, keberanian dan ketegasan dalam melakukan sesuatu.
Anne berkata, kemahiran dimilikinya tidak disia-siakan walaupun menerima pelbagai kritikan apabila menyuarakan hasrat membuka kedai bakeri sendiri dan perniagaan dalam talian.
“Saya mahu membuktikan kepada mereka yang mengkritik, jika kita ada kemahuan, kita akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan fokus.
Saya menjadikan kritikan sebagai motivasi untuk terus pandang ke depan,” katanya yang berasal dari Taiping, Perak. Anne berkata, resipi dan tunjuk ajar diberikan ibunya, Maimunah Nordin merealisasikan impian beliau selama ini untuk membina perniagaannya.
“My Mum’s Bakery bermodalkan RM130,000 yang merupakan wang hasil simpanan sendiri,” katanya mengenai kedai bakerinya yang terletak di Subang Perdana, Selangor.

Guna resipi asli ibu

Menurutnya, kebanyakan kek Mum’s Bakery ialah resipi asli ibunya dan antara produk terkenal ialah kek mentega, kek coklat Amerika, kek span, kek walnut cip.

Beliau juga menerima tempahan kek perkahwinan, hari jadi, pertunangan dan sebagainya.
Menurutnya, selama setahun pertama menjalankan perniagaan tanpa pengetahuan asas mengenai kewangan dan perniagaan, beliau perlu cekalkan hati dalam menguruskannya.
Tambahnya, stigma sebahagian masyarakat yang sukar menerima produk Bumiputera juga menjadi cabaran.
“Alhamdulillah, saya mampu atasi keadaan itu sebaiknya. Saya turun padang mencari pelanggan dan syarikat swasta untuk mempromosikan produk saya.
“Pada mulanya agak sukar untuk dilakukan tetapi saya yakin apabila kita sendiri mencari pelanggan, kita dapat berikan maklumat lebih baik mengenai produk yang dipasarkan,” kata anak kedua daripada lima adik-beradik itu.
Katanya, keuntungan yang diperoleh dalam setahun pertama berniaga menyuntik semangat kepadanya untuk terus berusaha dan bekerja keras.
Pasar malam, tani jadi pilihan
Walaupun mempunyai kedai bakeri, Anne akan turun padang untuk menjual dan memasarkan produknya di pasar malam dan pasar tani sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Katanya, pasar tani dan pasar malam adalah tempat permulaan beliau belajar secara tidak rasmi mengenai perniagaan.
“Saya tidak akan lupa pengalaman ketika mula menjual di pasar tani dan pasar malam.

“Alhamdulillah, perniagaan di pasar malam dan pasar tani menyebabkan rezeki saya makin bertambah.

Permintaan kek dan biskut semakin tinggi. Sehingga kini saya masih berniaga di sana,” katanya yang memenangi Anugerah Wanita Cemerlang Safi Rania Gold 2012.
Anne juga berniaga di tapak pameran di pasar raya dan bangunan kerajaan.

Tubuh skuad My Mum’s Bakery

Anne yang bijak mengatur strategi perniagaannya kemudian menubuhkan Skuad My Mum’s Bakery di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, dengan skuad di setiap daerah di Selangor dan Kuala Lumpur, beliau dapat memasarkan semua keknya.

“Saya tidak buka cawangan baharu. Saya pilih untuk pasarkan kek saya dengan memperkenalkan skuad yang bertanggungjawab sebagai ejen untuk mempromosi dan menghantar setiap tempahan pelanggan," katanya.

Anne berkata, walaupun hanya beroperasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, kek dan biskutnya dikenali di seluruh negara dan beberapa negara luar.
“Kebanyakan pelajar di ibu kota akan mempromosikan produk saya secara tidak langsung di kawasan utara, selatan dan Pantai Timur. Kek kami juga dipromosikan oleh pelajar antarabangsa di Singapura, Brunei, Indonesia dan sebagainya.
“Kami menerima pelbagai komen mengenai produk kami. Dari sehari ke sehari, permintaan semakin bertambah.
Alhamdulillah, semua yang berlaku adalah tidak dijangka. Saya berterima kasih kepada mereka yang selama ini membantu perniagaan ini,” katanya.
Tak menang tangan penuhi permintaan

Permintaan untuk keknya semakin bertambah dan kadang-kala Anne tidak mampu memenuhinya.

“Saya perlu peka kepada keadaan semasa terutama trend pelanggan yang berubah-ubah.

Senario ini menyebabkan saya perlu melihat trend kek atau biskut yang digemari pengguna.

“Kini saya menjual dan menerima tempahan 50 jenis kek dan 20 jenis biskut. Harga yang dijual akan mengikut saiz dan ia dijual bermula serendah RM5 sahaja,” katanya.
Selain itu, beliau juga menerima tempahan untuk membuat kek pengantin seperti kek fondant, kek mentega, kek coklat atau sebarang kek yang diinginkan pelanggan termasuk kek cawan untuk cenderahati namun perlu ditempah sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.

Ujian datang tanpa diduga

Anne berkata, jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa dan ahli perniagaan harus bersedia menghadapinya.

Menurutnya, pada 2009, perniagaannya dianggap selesa.
Namun, tanpa diduga, beliau terpaksa berhadapan dengan episod kejatuhan yang memberikan tamparan hebat kepadanya.
“Saya hampir patah semangat untuk meneruskan perniagaan kerana pada ketika itu saya tidak mempunyai apa-apa. Saya menanggung hutang puluhan ribu dan kereta saya ditarik kerana tidak mampu bayar ansuran bulanan.
“Saya terpaksa berjalan bersama ibu sejauh enam kilometer sambil menangis untuk ke kedai bakeri kami. Saya melihat air mata ibu dan bermula dari detik itu, saya berjanji dengan diri sendiri, saya akan bangun untuk menghadapi ujian itu,” katanya.
Anne berkata, pada masa itu beliau hanya mempunyai RM5 sahaja dan wang tersebut perlu digunakan untuk perbelanjaan beberapa hari.
“Saya ambil keputusan meminjam wang daripada perniagaan wang berlesen sebanyak RM10,000.
“Saya tahu risikonya tinggi kerana ia akan melibatkan keselamatan saya dan keluarga. Alhamdulillah, saya berjaya membayarnya mengikut tarikh yang ditetapkan," katanya.
Menurutnya, mulai saat itu beliau menumpukan perhatian kepada perniagaan di pasar tani dan pasar malam.
Beliau kemudian turut membuat pinjaman daripada Tekun sebanyak RM50,000 dan memulakan perniagaan semula.
Perniagaan semakin baik

Setelah melalui episod yang mencabar itu, Anne kini mampu menarik nafas lega apabila perniagaannya semakin berkembang maju.




Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 01:40 PM | Show all posts


“Alhamdulillah dengan rezeki yang ada, saya mampu membantu golongan yang memerlukan dan mereka yang meminati bidang perniagaan,” katanya.

Anne berkata, beliau mampu meraih keuntungan melebihi RM200,000 setahun dan kini mempunyai seramai sembilan orang kakitangan termasuklah adiknya, Siti Zaharah Idris.

“Saya juga menyambung pengajian peringkat diploma di United Kingdom pada 2011,” katanya.
Anne berkata, dia juga menambahkan jenis produk mufin keluaran syarikat itu. selain membuka kelas asas membuat kek kepada orang ramai.
“Dalam kelas ini, saya akan pastikan semua pelajar saya mampu membuat kek dan menjadi ahli perniagaan. Setakat ini, seramai 60 orang telah mengikutinya,” katanya.
Mahu buka kilang
Setelah berada dalam bidang bakeri selama lapan tahun, Anne mempunyai impian untuk membuka kilang sendiri.
“Saya menyasarkan tahun hadapan saya akan mempunyai kilang sendiri dan berharap perniagaan ini semakin berkembang.
“Saya juga merancang untuk memasarkan kek saya ke beberapa pasar raya menjelang akhir tahun ini dan menambahkan bilangan Skuad My Mum’s Bakery ke seluruh negara,” katanya.
Anne juga mengajak ibu tunggal dan pelajar institusi pengajian tinggi awam atau swasta menjadi skuad My Mum’s Bakery untuk menjana pendapatan mereka.
"Saya memerlukan skuad yang ramai kerana permintaan kek semakin bertambah," katanya.

Selain perniagaan keknya yang sudah kukuh, Anne yang suka mencabar dirinya kini melibatkan diri dalam perniagaan kecantikan, RS Cosmetic Healthcare (Rita dan Saleha) bersama selebriti terkenal Rita Rudaini.

“Walaupun masih baharu di pasaran, produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan mempunyai ejen di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura,” katanya.
Anne berkata, untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang mesti mempunyai minat dan konsisten dengan apa sahaja perniagaan yang dilaksanakan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.082887 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list