CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1941|Reply: 7

[Tempatan] PERKASA risau ketuanan Melayu semakin lenyap

[Copy link]
Post time 18-10-2014 08:26 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU 17 Okt. - Orang Melayu harus bersatu tanpa mengira ideologi politik bagi memastikan ketuanan Melayu tidak hilang di bumi sendiri kerana perkara itu akan menjadi penentu kepada usaha membangunkan syiar Islam di negara ini.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Leftenan Jeneral (B) Datuk Salleh Ismail berkata, menjadi persoalan bagaimana syiar Islam dapat dikembangkan jika kuasa atau suara orang Melayu Islam sendiri semakin mengecil.

"Lantaran itu, kita harus bersatu tanpa mengira perbezaan fahaman politik demi kepentingan agama, bangsa dan negara terutama dengan pelbagai bentuk ancaman yang kian menyusup masuk," kata beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Tahunan Perkasa Parlimen Pengkalan Chepa bagi 2014 hingga 2016, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Penasihat Perkasa negeri, Fauzi Mohammad; Yang Dipertua Perkasa negeri, Asri Ali dan Pengerusi Perkasa Parlimen Pengkalan Chepa, Wan Malek Wan Ismail.

Salleh berkata, orang Melayu juga harus sedar terdapat gerakan politik golongan tertentu yang tidak pernah alpa untuk mencuri kesempatan daripada perpecahan orang Melayu.

"Keramat sejarah peradaban Melayu perlu dibangkitkan dalam diri kita bagi mengangkat semangat kedaulatan bangsa demi masa depan rakyat dan negara.

"Kita tidak mahu suatu hari nanti orang Melayu akan ketinggalan di bumi sendiri dan pada ketika itu, sudah pasti kegemilangan sejarah peradaban bangsa Melayu sudah tidak bermakna lagi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan tentang kitaran politik semasa yang dilihat semakin celaru ekoran kerakusan mendapatkan kuasa sehingga sanggup berpecah sesama sendiri.

"Natijahnya bangsa Melayu mudah untuk diperkotak-katik dan Islam pula sewenang-wenang dihina malah institusi raja juga tidak lagi dihormati," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2014 09:16 AM | Show all posts
Natijah binti Ibrahim
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 09:31 AM | Show all posts


aku harap melayu2 ni

dengan perkasa2 sekalik pie mati .






Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 10:03 AM | Show all posts





ketuanan melayu, my ass!

hidop ameno! hidop perkosa! hidop melayu!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 10:52 AM | Show all posts
melayu akan lenyap terus

termasuk yg dirasuh olrh DApig

dan juga PM kita

percayalah

ada kuasa tapi kuasa utk diri sendiri terus memerintah

yg melayu pulak terus sokong walaupun dapat kain je
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 10:57 AM | Show all posts
daripada bela melayu lebih baik bela tokeh2 besar cina lagi masyuk kata pemimpin2 melayu pengkhianat bangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2014 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya, apakah tugas PERKASA sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 03:38 PM | Show all posts
budak perkasa ni macam syok sendiri je....dari budak2 macai bawahan sampai la org besar dia dekat tempat saya ni....nak kate ahli 3 line tak jugak....saya kenal org2 3 line kuantan ni....tapi acah2 samseng perkasa di daerah saya ni agak menebal la....minum ramai2 bercakap kalau boleh satu daerah kuantan boleh dengar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.113917 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list