CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2806|Reply: 1

Saya bukan bapa yang teruk – Brad Pitt

[Copy link]
Post time 19-10-2014 03:18 PM | Show all posts |Read mode





Advertisement






NAMA Brad Pitt tidak perlu lagi diperkenalkan. Dia merupakan bintang bertaraf box-office, pelakon gred A dan kini merupakan seorang penerbit.
Di sebalik kemasyhuran itu, Pitt kekal memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian iaitu sebagai seorang bapa.



Bukan apa, membesarkan enam orang anak bersama isteri tersayang, Angelina Jolie yang juga aktres terkenal Hollywood pastinya mengundang pandangan skeptikal banyak pihak.
Brad Pitt percaya, dia seorang bapa yang baik dan mampu menjaga keenam-enam anaknya iaitu Maddox, 13; Pax, 10; Zahara, 9; Shiloh, 8; serta anak kembar, Vivienne dan Knox, 6, dengan sempurna.
“Apa yang saya tahu, saya bukan seorang bapa yang teruk. Seperti mana bapa-bapa lain di seluruh dunia, saya berbangga menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka,” katanya.



Kalau sudah namanya artis terkenal Hollywood, tentu kehidupan peribadi Pitt sekeluarga mahu diselongkar sepenuhnya oleh paparazzi.
Cukup masak dengan situasi itu, dia enggan lagi ambil peduli dengan apa yang berlaku.
“Jiwa saya telah dirampas kamera sejak sekian lama, jadi saya tidak perlu lagi memikirkan perkara itu.
“Kini, definisi bebas buat saya adalah bagaimana untuk meneruskan kehidupan biarpun segala-galanya dirakam dan diperhatikan,” jelasnya.
Maka, tidak hairanlah salah satu cara dia menghargai kebebasan dalam hidup adalah dengan mengembara secara solo menunggang motosikal berkuasa tinggi ke merata-rata tempat di seluruh dunia.
“Saya pernah mengembara dari Scotland sebelum menuju ke Maghribi dan tiba di India. Masih banyak destinasi dalam senarai yang belum dapat direalisasikan, tetapi saya percaya masanya akan tiba satu hari nanti,” katanya.





Kembali menemui penonton menerusi filem Fury yang menjengah pawagam tempatan Khamis ini, Pitt juga mengakui cukup berbangga dapat mewakili golongan tentera Amerika Syarikat dalam filem yang berlatarbelakangkan Peperangan Dunia Kedua itu.
“Dalam filem ini, saya membawakan watak sebagai seorang Sarjan bernama Don Collier yang mesra dengan panggilan Wardaddy dalam kalangan anggota.
“Kami terpaksa bertempur dengan musuh dengan kekurangan pejuang dan senjata api dalam filem berkenaan. Sejujurnya, saya cukup berbangga dengan pengorbangan golongan tentera yang sanggup menggadaikan jiwa dan raga demi negara tercinta,” jelasnya.
Pitt memberitahu, dia juga berharap golongan tentera lebih dihargai selepas ini.



“Golongan tentera menjalani persiapan rapi untuk bertempur tetapi statistik jelas menunjukkan kesemua pihak tidak begitu bersedia ketika menyambut kepulangan mereka ke tanah air.
“Trauma yang perlu dihadapi mereka bukan sedikit, jadi mereka sepatutnya lebih dihargai,” ujarnya lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2014 08:42 PM | Show all posts
Bestnyer,,poket hebat,pengembaraan pun hebatlah,Mr Pipitt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.672956 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list