CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34794|Reply: 589

[Tempatan] selepas dihencap ummah - Si lembik Syed azmi akui silap dan mohon maaf! #337

[Copy link]
Post time 20-10-2014 07:50 AM | Show all posts |Read mode
Dalam muka depan Berita Harian hari ini, semua pejabat agama negeri dan JAKIM mengatakan bahawa program hina islam adalah menghina agama....
so bila penganjur nak buat hari membelai babi pulak?

Program pegang anjing, agenda menipu melayu PPRTberita
on Sunday, October 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
- No Comments




Mudah sungguh orang Melayu dalam gambar ini diperdaya dalam program ' i want touch a dog " hari ini dianjurkan di Selangor .

Dengan menggunakan slogan  " Islam itu Mudah & juga Islam juga menyuruh bertanggungjawab kepada haiwan walaupun ianya haram "  , mereka  telah meruntuhkan batas orang Melayu & Islam di negara ini .

Ikuti pandangan menurut syariat Islam berkenaan program ini : -


"I Want to Touch a Dog"
Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.
"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]
Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.


Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.


"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)




Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.
Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.
Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.
Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?
Allahua'lam

SUMBER : ABU AQIF STUDIO




Ratusan hadirin hari ini hadir pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan.

Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.

Selepas itu, mereka juga diberi taklimat dan diajar untuk melakukan sertu dengan cara yang betul sekiranya terdapat hadirin yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selain menyentuh anjing, acara julung kali yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu juga memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan haiwan berkenaan.

Ajar cara samak

Terdapat juga ibu-bapa beragama Islam membawa anak-anak mereka ke acara itu bagi memberi pendedahan dan menyentuh haiwan berkenaan.

Bagi penganjur acara berkenaan, Syed Azmi Alhabshi berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima pada hari ini.

Katanya, objektifnya untuk mengadakan acara ini juga tercapai apabila rata-rata yang hadir memberi respon positif kepadanya.

"Sambutan amat menggalakkan. Walaupun acara ini hanya dua jam, tapi rasanya ia amat mencukupi. Saya rasa bagus dan objektiftercapai. Apa yang penting kita dapat tengok masyarakat yang majmuk saling membantu.

"Hari ini juga ramai orang Islam yang hadir dan mereka rasa selesa sebab mereka tak was-was dan kita ada ajar cara nak sertu (samak) dan pemilik anjing pun ada bersama. Sebenarnya apa yang penting ialah ilmu pengetahuan," katanya kepadaMalaysiakini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Aimi Syafiqah Ghazali, 23, berkata, acara tersebut merupakan sebuah acara yang bagus kerana dapat memberi kesedaran dan membuang pemikiran negatif yang mengatakan anjing tak boleh dipegang.

'Islam itu mudah'

Katanya, apa yang paling penting bagi masyarakat kini ialah ilmu dan pengetahuan berhubung haiwan berkenaan.

"Bagi saya acara ini bagus. Biasanya orang Islam di Malaysia ini skeptikal. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tetapi acara ini menyedarkan bahawa Islam itu mudah.

"Saya rasa kita kena buang pemikiran yang begitu. Acara ini satu permulaan yang bagus dan harap akan dibuat lagi acara seperti ini di tempat lain," katanya.

Bagi Siti Khadijah Samsudin, 22, dia turut berpendapat, acara tersebut perlu diadakan lagi untuk mendidik masyarakat Islam supaya memupuk rasa sayang walaupun terhadap anjing.

"Acara ini sangat berguna kepada orang Islam untuk mendidik kita supaya bertanggungjawab kepada haiwan walaupun ianya haram. Kita juga sebenarnya kena saling menyayangi dengan makhluk yang lain," katanya.

Abdullah Fauzi Samsudin, 31, pula berkata, acara tersebut juga bermanfaat untuk mendidik orang Islam supaya tidak lagi takut untuk memegang anjing dan membuang persepsi negatif terhadap haiwan berkenaan.

"Acara ini bermanfaat untuk didik kita. Walaupun anjing ini najis tetapi dia binatang yang sangat mesra. Cuma ada cara untuk pegang dan kita juga sebenarnya boleh memegang anjing jika ia kering. Tak perlu untuk disertu," katanya lagi.





!-- Related Posts with Thumbnails Code Start-->

Last edited by alfida on 25-10-2014 07:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 08:00 AM | Show all posts
set terhina ke hulu, terhina ke hilir mula meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:09 AM | Show all posts
berita baik tu....ramai forumer yang membela babi esp keling pariah dan cina bukit komunis DAP dah boley merancang untuk membawa babi masing2 ke acara membelai babi yang dijangka dianjurkan pada penghujung bulan ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:40 AM | Show all posts
Alhamdulillah. Satu permulaan yang baik. Semoga dipermudahkan....

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
TT PM aku nama & nombor telefon. Aku nak register nama ko sbg calon program "Jom Pegang Babi" ;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:45 AM | Show all posts
wahhhh x lama ada acara pegang babi pulakkkkk

suka la set2 perasan urban
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Husky.. Huhuhu.. Tapi takutlah pulak kalau ada virus anjing gila kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:56 AM | Show all posts
pegang tak semestinya nk bela ye tak....berbalik pd niat memasing....yg penting jgn nampak anjing je baling batu, nk bunuh je kerjanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 08:57 AM | Show all posts
sign me up for acara pegang babi. seronok tgk set perasan syumul meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:17 AM | Show all posts
kalau tak ada keperluan, tak nak aku pegang
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:20 AM | Show all posts
Santeira posted on 20-10-2014 08:57 AM
sign me up for acara pegang babi. seronok tgk set perasan syumul meroyan.

jadi organiser terus laaa..........lagi cpt skit event

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan tul jd org islam kt malaysia ni.... isap rokok x haram lak ye pegang babi dgn anjing haram ye terpesong
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:27 AM | Show all posts
rasa nak baling je taik anjing kat set2 terhina kehulu ke hilir ni..
cer baca artikel dr maza..
siap bekap dgn ayat quran dan hadis bagai
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:35 AM | Show all posts
batusembilan posted on 20-10-2014 09:20 AM
jadi organiser terus laaa..........lagi cpt skit event

it would be entertaining tgk tahap meroyan set perasan syumul, but i'm quite busy nak organise. iol hanya akan bagi sokongan sajork.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:41 AM | Show all posts
rbmy posted on 20-10-2014 09:20 AM
Bosan tul jd org islam kt malaysia ni.... isap rokok x haram lak ye pegang babi dgn anjing haram ye  ...

Fatwa dah haramkan merokok...tapi orang kita mana peduli fatwa...tetap mokok gak

Bab pegang anjing ni jugak yang set2 ni kisahkan sangat...kalau nak pukul, pukul sama rata

P/S: iols pernah sentuh anjing time kecik2 dulu. siap belai2 lagi sebab rasa kesian pada anjing tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:45 AM | Show all posts
atira posted on 20-10-2014 09:27 AM
rasa nak baling je taik anjing kat set2 terhina kehulu ke hilir ni..
cer baca artikel dr maza..
si ...

iol cadangkan bila berlaku perhimpunan tanpa permit oleh set syumul, polis lepaskan anjing friendly2 je ke arah dorang. nescaya dorg lari bertempiaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 09:46 AM | Show all posts
pegang anjing , pegang babi boley samak...pegang anak dara org kehulur kehiliaq cam no eh?? nak kena samak gak ker???

yang pasti kesemua nya diatas HARAM kan??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong posted on 20-10-2014 08:41 AM
TT PM aku nama & nombor telefon. Aku nak register nama ko sbg calon program "Jom Pegang Babi" ;)

Program jom pegang ahmoi DAP ada tak. Dah x saba ni, musim ujan plak ni.nk harap ahmoi DAP mcm Dyana nk pgng boya x der yg teringin pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:52 AM | Show all posts
Aku tak faham la dengan manusia macam ni. Benda yang macam ni nak bising, rokok @ oktoberfest tu tak ada pula nak bising. Semua macam taliban.

@Orange1  
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
puteri_impian posted on 20-10-2014 09:46 AM
pegang anjing , pegang babi boley samak...pegang anak dara org kehulur kehiliaq cam no eh?? nak kena ...

Pegang anak dara / bini orang kena hudud potong tangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.103845 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list