CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alfida

[Tempatan] selepas dihencap ummah - Si lembik Syed azmi akui silap dan mohon maaf! #337

[Copy link]
Post time 26-10-2014 03:33 AM | Show all posts
pada aku tayah nak mintak mahap laaaa..
program tu bukan dia letak pisau kat sorang2 paksa suh pegi....

yg best tuh yg tak pegi yang sentap teramat..
pehtu kena la plak mintak mahap pada yg sentap and tak pergi pehtu kojenyer mengeji dan mencaci...
apa ke bodohhhh tu kannn???

lainla kalo dia buat program tu kata tak de pegang anjing....tapi bila pegi kena paksa pegang anjing....tu mmg wajarlah dihencap.....yg niii kena mhon mahap pada yg sentappp...

alahhh yg suh buat program pegang quran la..pegang kepala anak yatim ka.....yg suruh tuh ada buat ke?? setakat sembang kenapa tak buat itu, kenapa tak buat ini...sbb ko tak buat lah dol!!! tu la psal tak de.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ok la tu. dia dh minta maap. lgpun niat dia supaya org islam tak takut ngn anjing tp pendekatan dia kurang menepati sosio budaya org melayu n ajaran islam. teruskan buat kerja2 amal syed azmi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-10-2014 11:12 AM
Tak perlu pun naik angin...emosi ni kita yg kawal..baik pro baik kon.

Hakikatnya memang kita di ...


Banyak benda shafie sebut mostly Melayu tidak ikut pasal anjing semata semua naik angin, itu lagi me tak faham..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
atekome posted on 25-10-2014 12:06 PM
Knapa nk mintak maap?? Sbb bt bnde bdosa?? Siannn..sedeyyy..len kali tkyh bt ape2 program..buat je p ...

Sebab tuk meredakan kegilaan Melayu berkaitan kempen ini. Supaya dorang boleh kembali tidur lena di waktu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 07:43 AM | Show all posts
Sentuh anjing hina Islam


PROGRAM ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ yang berlangsung di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu telah mengundang kemarahan umat Islam kerana mereka berasa dihina dengan tindakan penganjur program tersebut.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) didakwa telah meluluskan program tersebut kera­na ketika menerima cadangan program itu, pihak penganjur hanya memaklumkan objektif program itu semata-mata untuk memberi pencerahan atau kefahaman tentang hukum berkaitan kedudukan anjing mengikut per­spektif Islam.

Namun, ketika berlangsung­nya program itu, didapati objektif yang dinyatakan dalam cadangan yang diterima MAIS berbeza kerana orang Islam yang berada pada program itu seolah-olah digalakkan memegang dan membelai anjing sedangkan mengikut Mazhab Syafie, orang Islam tidak boleh menyentuh haiwan tersebut kerana ia dianggap sebagai najis berat.

Program yang kali pertama dianjurkan itu disertai 1,400 peserta daripada pelbagai kaum dan ia berlangsung selama dua jam bermula pukul 8 hingga 10 pagi dengan membenarkan pengunjung termasuk masyarakat Islam memegang dan bermanja dengan anjing tanpa sebab.

Jumaat lalu, akhbar melapor­kan Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan isu umat Islam menyentuh dan memegang anjing adalah bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam di negara ini yang berpegang kepada Mazhab Syafie.

Kempen menghasut orang Islam pegang anjing diadakan di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Pegangan mazhab

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, penganjuran kempen itu menimbulkan keresahan awam terutama dalam kalangan umat Islam kerana secara jelas menyanggah pegangan mazhab dan uruf (adat) di negara ini.

“Jakim telah membuat teguran kepada pihak penganjur yang me­ngadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka beragama Islam tanpa sebab munasabah,” katanya.

Othman berkata, walaupun Islam meletakkan kaedah apabila seseorang boleh menyucikan diri dengan menyamak apabila terkena najis mughallazah (berat), namun ia bukan alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis berkenaan secara sengaja.

Menurutnya, tindakan itu sama seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

“Justeru, tindakan penganjur dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baharu dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam,” ujarnya.

Katanya, Islam tidak memandang keji kepada anjing sebagai makhluk Allah, malah penyeksaan serta memukul atau membunuh haiwan itu tanpa sebab adalah bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.

“Anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ihsan dan dijaga kebajikannya. Bagaimanapun, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan,” jelasnya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut memberitahu, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis berat iaitu najis mughallazah.

“Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan Mazhab Syafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 07:44 AM | Show all posts
Kami tidak suruh peserta peluk, cium anjing

PETALING JAYA – Penganjur kempen sentuh anjing (I Want To Touch A Dog) menegaskan tidak pernah menyuruh peserta program memeluk atau mencium anjing seperti yang tersebar di media sosial.

Penganjur bersama, Norhayati Ismail berkata, hukum haram memegang anjing secara suka-suka telah diterangkan penceramah jemputan ketika itu, Ustaz Mohd IqbalParjin pada slot awal pagi.

“Program ini untuk tujuan pendidikan. Cara pegang anjing bukan untuk suka-suka tapi untuk menyelamatkan anjing tersebut kalau perlu atau untuk menghindarkan rasa takut terhadap anjing.

“Tapi kami menafikan sekeras-kerasnya... pada hari itu kami tidak menyuruh orang ramai memegang anjing secara suka-suka kerana kita sudah cakap (dalam ceramah Ustaz Iqbal), mengikut mazhab Syafie, memegang anjing secara suka-suka adalah haram,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.

Jelasnya, perlakuan memeluk dan mencium anjing yang dirakam para peserta itu juga berlaku di luar pengetahuannya.

“Itu (tiada seorang pun penganjur yang sedar peserta pegang anjing secara suka-suka) saya tak boleh komen sebab saya di tempat sertu. Saya pun mendapat tahu orang pegang anjing itu melalui media. Pihak kita memang tidak terlibat dalam bab peluk cium (anjing).

“Sebab kita dah cakap jangan pegang suka-suka. Kami percayai ia (dilakukan) oleh peserta yang tidak mendengar ceramah Ustaz Iqbal. Mungkin kumpulan-kumpulan ini yang datang (lambat) tak dengar. Saya rasa risalah kami pun tak cukup sebab kami cetak 500 keping saja,” katanya.

Dalam pada itu, Norhayati turut menafikan pihaknya memuat naik gambar wanita-wanita bertudung yang beraksi memeluk atau memegang anjing pada program itu di media sosial.

“Gambar wanita bertudung (memeluk anjing) itu bukan kami yang muat naik. Kami tidak muat naik di media sosial-media sosial kami.

“Itu semua daripada media yang dikongsi (orang lain) dalam Facebook dan juga dimasukkan dalam ‘event page’ kami untuk tujuan mencerca dan menghina kami.

“Kalau ikut media (gambar itu diambil di lokasi program) sebab saya sendiri tak nampak dengan mata kepala saya jadi, saya tak berani nak cakap. Saya di sana tapi saya tidak ada di kawasan kejadian (memeluk, mencium anjing),” katanya.

Tegasnya, segala prosedur dan garis panduan yang ditetapkan telah diikuti pihaknya namun beliau akui terdapat kekurangan dari segi kawalan terhadap peserta.

“Kami sudah mengikut semua prosedur dan garis panduan yang diberikan Jabatan Mufti Selangor dan juga kami ada mengedarkan 500 risalah pada waktu pagi menyatakan pandangan Islam terhadap anjing.

Dalam ‘page’ kami juga, kami ada sebut, boleh datang, tak semestinya pegang. Kalau nak belajar, kita ada ‘coach’. Sebab itu kami ada buat perbezaan warna pakaian untuk hari itu.

“Berkali-kali kami telah beritahu kalau nak pegang, tanya ‘coach’ dulu. Tapi disebabkan, kita jangka yang datang 500 orang tapi yang datang melebihi jumlah itu jadi, kita akui kelemahan kita. Kita tak dapat kawal pengunjung yang datang,” jelasnya.

Ketika ditanya soal kehadiran Ustaz Iqbal di lokasi peserta memeluk dan mencium anjing, peguam mewakili penganjur, Syahredzan Johan berkata, Ustaz Iqbal tidak melihat perkara itu berlaku.

“Ustaz Iqbal tak nampak. Tapi dia beri penerangan cara pegang anjing dalam Islam. Dalam penerangan itu memang sudah terang bahawa tak boleh saja-saja pegang, suka-suka pegang.

“Jadi, dia tak nampak, tak boleh salahkan dia. Kalau ikut garis panduan, memang tak boleh begitu (pegang anjing suka-suka),” katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2014 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
morning....puak urban pprt masih sentap lagiker...haha....udah2 ler tu nak meroyan....dah selesai dah...dah akui salah dan minta maaf secara terbuka dah...dan rasanya majoriti dah maafkan...semua org ada buat silap kan...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 posted on 26-10-2014 05:58 AM
Sebab tuk meredakan kegilaan Melayu berkaitan kempen ini. Supaya dorang boleh kembali tidur lena d ...

emmmm urban pprt tak lena tidurker....hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 08:03 AM | Show all posts
faraway1 posted on 26-10-2014 05:56 AM
Banyak benda shafie sebut mostly Melayu tidak ikut pasal anjing semata semua naik angin, itu lag ...

kenapa most melayu tak paham? sbb sistem pendidikan kita lah..belajar ugama kulit-kulit saja tapi bangga dgn mazhab shafie keuhu kehilir...bila tanya apa sebenar mazhab shafie..siapa boleh jawab?? salah siapa eh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:08 AM | Show all posts
R2D2 posted on 26-10-2014 07:44 AM
Kami tidak suruh peserta peluk, cium anjing

PETALING JAYA – Penganjur kempen sentuh anjing (I Wa ...

kau buat kat tempat terbuka yang perasan urban mmg ler ramai yang datang to  show they are different than other common malays so called melayu pprt...bodoh piang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:12 AM | Show all posts
chazey posted on 26-10-2014 12:42 AM
Aku lebih respek dia daripada pejuang meleis forum yang dipenuhi roh kemarahan memaki Syed Azmi buka ...

ramai jer dlam ci ni join kerja2 kemasyarakatan tapi tak glemer sbb tak pegang anjing. so jgn ler generalized.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
alfida posted on 25-10-2014 06:59 PM
emmmm urban pprt tak lena tidurker....hehe

Penting me tidur lena..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 posted on 26-10-2014 08:30 AM
Penting me tidur lena..

syukur...selesai juga akhirnya...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Islam atau mazhab shafie yg anggap anjing itu najis??

Penulis tolong berhati2 ya...

Lagi satu adalah ulardlmsemak ni suruh pemegang anjing bertaubat...sapa dia nak suruh org bertaubat??

Analogi mudah kalau X solat subuh tanpa bc doa qunut dan tak sujud sahwi...konpom solat subuh X tak polo ajaram shafie....malah solatnya menyerupai solat mazhab lain...

Dlm hal ini, apakah ulamak ampu sana ampu sini tu nak suruh X ulang semula solat? Suruh X bertaubat? Ckp solat X tak diterima Alloh? Ada brani??? Hakikatnya solat X tetap sah meski x polo ajaran shafie...

So kalau si X melayu ummah sunni x polo shafie ...berpegang anjing cium peluk dsb, kenapa nak taubat???
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
alfida posted on 25-10-2014 07:39 PM
syukur...selesai juga akhirnya...huhu

Selesai apa.. My tidur lena tiada kena mengena dengan anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam posted on 26-10-2014 08:12 AM
ramai jer dlam ci ni join kerja2 kemasyarakatan tapi tak glemer sbb tak pegang anjing. so jgn ler  ...

Aku tak percaya.

Takat kerja charity sekali, dua kalu setahun masih belum mampu lawan apa yang Syed Azmi buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2014 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey posted on 26-10-2014 09:29 AM
Aku tak percaya.

Takat kerja charity sekali, dua kalu setahun masih belum mampu lawan apa yang  ...

kerja charity ni tak perlu kecoh2 sgt...mcam mnderma jugak...kang jd riak
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:53 AM | Show all posts
alfida posted on 26-10-2014 09:51 AM
kerja charity ni tak perlu kecoh2 sgt...mcam mnderma jugak...kang jd riak

Syed Azmi tak kecoh pun. Orang yang kecoh pasal dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 11:07 AM | Show all posts
brownstone posted on 26-10-2014 08:42 AM
Islam atau mazhab shafie yg anggap anjing itu najis??

Penulis tolong berhati2 ya...

maksud mufti ni bukan la bertobat sbb pegang anjing...bertobat tu sbb terang2 mencabar hukum...
takkan la mesaj camtu pun ko tak leh nak tafsir maknanya?





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 11:10 AM | Show all posts
kakigebang posted on 26-10-2014 11:07 AM
maksud mufti ni bukan la bertobat sbb pegang anjing...bertobat tu sbb terang2 mencabar hukum...
t ...

emmm..maafkanlah mereka...puak perasan urban or urban pprt ni otak letak kt lutut....berguru hanya dengan ustaz google dan Pak haji you tube...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.350718 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list