CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27098|Reply: 510

[Tempatan] Ustaz Kazim: Kempen sentuh anjing agenda liberal

[Copy link]
Post time 20-10-2014 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Ustaz Kazim: Kempen sentuh anjing agenda liberal




SHAH ALAM - Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.

Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2014 04:11 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:12 PM | Show all posts
masa utk setat internet mencapub.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg liberal nya kazim oi ... Bela anjing sbg binatang buruan tu ada dlm ajaran la ... Hukum anjing tu najis tup tup terus ikut Syafie .. Ditekan kan lagi.  Bab lain boleh lak ikut mazhab lain ... lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:18 PM | Show all posts
kempen sentuh anjing ni kempen untuk bagi kesedaran org melayu memegang anjing ke nak soh org melayu bela anjing dalam umah....??ke ostad ni yang pening..??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:19 PM | Show all posts


anjing dengan awek tu sama comel



haippp liberal...kah kah kah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 04:20 PM | Show all posts
lepas ni set liberal PAS
paksa pulak buat :

' i want to touch a carlsberg bottle' pulak

lepas to ' i want to eat pork just like tony pua'

bagus betul

barulah ramai yang nak kawan dengan PAS
dan undi PAS

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:20 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 20-10-2014 04:13 PM
Apa yg liberal nya kazim oi ... Bela anjing sbg binatang buruan tu ada dlm ajaran la ... Hukum anjin ...

bab anjing wajib ikut mazhab Syafie. Tak ikut mazhab Syafie jatuh murtad masuk nuraka...

bab zakat pendapatan tak per ikut mazhab lain...(sebab dlm mazhab Syafie zakat pendapatan hasil upah/gaji tidak wujud)

mulayu oh mulayu....ustaz2 pun jual agama demi dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 04:22 PM | Show all posts
banyak benda penting lain lagi nak buat..

apa ke bengong sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:22 PM | Show all posts
setuju dengan ustaz kazim

agenda halus liberal ada macam2
pendekatan yang tersirat
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 posted on 20-10-2014 04:13 PM
Apa yg liberal nya kazim oi ... Bela anjing sbg binatang buruan tu ada dlm ajaran la ... Hukum anjin ...

Mungkin beliau membayar zakat fitrah guna segantang beras...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 04:24 PM | Show all posts
d'zeck posted on 20-10-2014 04:22 PM
setuju dengan ustaz kazim

agenda halus liberal ada macam2

Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut mempersoalkan penganjuran kempen tersebut dan kesal segelintir penganut Islam mudah terpedaya tanpa usul periksa.

"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....

"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?

"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.

Mengulas lanjut, Mohd Kazim menegaskan hukum memegang anjing sama seperti memegang babi yang telah diharamkan oleh ALLAH kepada orang Islam kerana kedua-dua haiwan itu bersifat 'mughallazah'.

"Mana boleh saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu bela, lepas itu masuk dalam rumah!

"Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.

"Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tidak buat kempen ke masjid, kempen menerima hudud atau kempen menerima konsep kalimah ALLAH," soalnya lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:25 PM | Show all posts
liberal gapo benda pulak...uk aloh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:26 PM | Show all posts
pi mai pi mai last2 yahudi disalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:27 PM | Show all posts
haha... kwn adik aku islam tp bela anjing sbb adik dia suka sgt ngan anjing... boleh??? tp x letak dlm umah dia buat satu umah khas tok anjing dia... tp aku rasa rakyat jelata ni mmg da start sibuk2 bela anjing da... lagi2 ada jenis2 kempen cam ni... da la ada jenis2 anjing yg comel2 gebu... tu yg  diorg lagi sibuk nk bla anjing....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:30 PM | Show all posts
dh tau sapa nk sentuh babi aircond......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 04:30 PM | Show all posts
berun posted on 20-10-2014 04:24 PM
Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk  ...

jika betul2 faham agama,
tak perlu kempen liberal begitu

semua dah faham yang anjing juga seperti haiwan lain
kejadian tuhan

ada fungsi tertentu terutama dalam
tugasan keselamatan dan ketenteraan

perlu diberi kebajikan sekiranya dipelihara
untuk tujuan mengawal harta termasuk kebun

cuma larangan menyentuh yang termaktub
dalam agama ada asasnya

tak perlu berkempen semberono
sedemikian
yang mendedahkan
salahfahaman
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:31 PM | Show all posts
WawaRaRa posted on 20-10-2014 04:27 PM
haha... kwn adik aku islam tp bela anjing sbb adik dia suka sgt ngan anjing... boleh??? tp x letak d ...

tak salah lsg bela anjing utk keselamatan..ikot agama melayu mmg laa salah..aku x terkejut kalo kwn adik ko dipitnah membawa agenda halus yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:31 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 20-10-2014 04:18 PM
kempen sentuh anjing ni kempen untuk bagi kesedaran org melayu memegang anjing ke nak soh org melayu ...

kempen ni bukan nak suruh mulayu bela anjing.  kempen ni nak suruh melayu jangan fobia sangat dgn anjing.  Jumpa anjing sikit nak baling batu..baling kayu. Walaupun anjing tu tak ada buat ancaman apa2.  Kdg2 anjing jinak belaan jiran cina pun nak dibaling batu.

Juga nak didik mulayu bila jumpa anjing yg kelaparan, sakit, cacat supaya tolong anjing tu. Jangan dihalau. Jika perlu pegang anjing tu maka peganglah. Nak samak lepas tu samaklah.  kalau tak mahu samak sebab ikut mazhab lain, maka tak payah samak.

Tapi nak buat camner, Kazim Elias ni dia hadap Utuseks saja.  Bertanya tak mahu.  Baca Utuseks terus gatal mulut nak ulas. Sebagai ustaz/ulama cubalah tunjuk akhlak Nabi yg akan periksa apa2 berita yg diterima apatah lagi berita itu dr suratkhabar fasikkun yg dah banyak kali terbukti kantoi di mahkamah sebab menipu.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:32 PM | Show all posts
ramainyer pengikut syaitan yang p pegang anjing seramai pengikut syaitan yang bela pemegang anjing disini..

lahanat punyer perangai..

baik jadi anjing sepenuh waktu ajer la...dari jadi anjing di saat bulan mengambang..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.421229 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list