CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1932|Reply: 1

GANTUNG BANNER, AGENDA MENJAHANAMKAN MB BARU???

[Copy link]
Post time 20-10-2014 04:34 PM | Show all posts |Read mode
GANTUNG BANNER, AGENDA MENJAHANAMKAN MB BARU???



Selain kisah hangat mengenai gambar "Intim" diantara Si Dyana dengan Zairil yang tersebar sebelum ini bukan satu - satunya kisah yang menjadi viral di laman media sosial semalam.


Kisah mengenai sekeping 'banner' yang digantung di Shah Alam juga mendapat perhatian serta menjadi bahan bualan dikalangan Facebooker serta pengguna media sosial.


Banner yang tergantung dikawasan bulatan Seksyen 15 itu menggambarkan luahan hati sesetengah pihak terhadap kepimpinan Wan Azizah sebagai Presiden PKR.


Ianya memaparkan gambar Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali dengan slogan "Masa Untuk Reformasi Parti’ dan ‘Kami Mahu Ganti Azmin Presiden".


Walaupun isu berkaitan dengan soal kedudukan Presiden Parti itu dinafikan oleh Pengarah Komunikasi PKR, namun ianya tidak dapat menghalang persepsi yang dibuat oleh rakyat.


Ada yang mengatakan isu itu wajar dibangkitkan dan itulah luahan yang dinyatakan oleh mereka diperingkat akar umbi. Ianya satu mesej yang jelas ditujukan kepada Wan Azizah.


Apa yang pasti, mereka ini terdiri dari kalangan ahli serta penyokong PKR yang sudah muak dengan momokan Politik yang berorientasikan kepada keluarga Si Ketua Penipu itu sahaja.


Mereka ini ahli yang mahukan perubahan reformasi terhadap dasar perjuangan PKR dan tidak mahu dibelenggu dengan kontroversi jijik keluarga Si Ketua Penipu itu semata - mata.


Mereka mahukan PKR bergerak menjadi sebuah parti yang lebih progresif dan tidak hanya berpegang kepada dasar 'Personal Centric' yang selama ini membayangi parti itu sejak ianya diwujudkan.


Tapi, ada jugak pihak yang berpendapat menyatakan bahawa sepanduk itu dipasang hanya semata - mata untuk menjahanamkan kredibiliti Si Azmin Ali sebagai Menteri Besar.


Mereka yang bertanggungjawab hanya sekadar mahu merosakkan imej Azmin supaya dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak pandai mengenang budi dan lupa daratan.


Hasrat diorang ialah untuk mempamerkan sisi gelap serta agenda sulit yang direncanakan oleh Si Azmin Ali tu sendiri. Salah satu caranya ialah dengan mencemar maruah Si Azmin.


Dengan cara ini, rakyat akan melihat sifat buruk Azmin yang hanya sekadar Gila Kuasa. "Dah dapat jawatan Menteri Besar, nak jadi Presiden pulak." Itu kata mereka.


Walau apa pun spekulasinya, kesimpulan yang boleh kita buat cukup mudah. Pada dasarnya puak - puak PKR ni semuanya memang GILA KUASA. Nafsu Politik diorang ni memang tak boleh dikawal. Dan diorang ni memang suka main tikam belakang!!!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 09:48 AM | Show all posts
itu menujukkan ..meke bukang lembu...ikut ajoh....kan lembu biloh hidungnya keno ikat...bila ditarik ikut ajoh.....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.430099 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list