CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7978|Reply: 105

[Tempatan] Saiful Nang: Saya setuju Melayu juga pendatang...

[Copy link]
Post time 21-10-2014 07:57 AM | Show all posts |Read mode
Saiful Nang
8 hrs · Edited ·

KOMEN TENTANG PENDATANGNYA MELAYU SEPERTI KATA TAN LAI SOON

Saya setuju Melayu juga pendatang. Saya tak rasa salahpun dengan kenyataan Tan Lai Soon. Cuma bezanya, kita datang dulu. Berapa awal kita sampai dahulu itu ada pelbagai teori sejarah tetapi yang saya yakini, manusia telah ada di atas muka bumi Malaysia ini sebelum sejarah boleh dituliskan lagi. Dan betul kami semua pendatang setelah bumi ini diciptakan. Itu yang betul kata Tan Lai Soon namun menyamakan yang kita juga imigran di Tanah Melayu adalah salah pada sejarahnya.

Soal siapa datang dan siapa warga asal ini sangat sensitif. Saya nak komen juga perlu berhati-hati takut ada yang tersalah faham.

Mari kita bina sedikit cerita yang mudah.

Ada sebuah kampung yang namanya BUMI. Dalam kampung itu ada banyak rumah. Salah sebuah rumah itu namanya Malaya. Sebelum namanya Malaya dahulu namanya dah beberapa kali tukar. Pernah juga namanya Tanah Melayu, Melaka, Langkasuka dan arcipelago Melayu sahaja terlampau luas dari Filipina, Maluku, Indonesia, Malaysia, Borneo sehingga mengunjur sampailah ke Madagascar. Rumah ini rumah lama, dah turun temurun diwarisi.

Pada tahun 1511 ada orang ceroboh rumah ini. Begitulah seterusnya rumah itu diceroboh oleh orang kampung sama tetapi rumahnya jauh juga dari rumah kita ini. Pencerobohan ini bersilih ganti.

Semasa Rumah itu bernama TANAH MELAYU dahulu penceroboh mula namakannya Malaya. Susah sangat mereka nak sebut Melayu tetapi maksud rujukan nama Malaya itu masih tetap MELAYU. Kenapa tidak Tanah China, Tanah India, Tanah Australia, Tanah Siam namanya?

PENCEROBOH (Penjajah) PUN TAHU HORMAT TUAN RUMAH. Walaupun mereka menjajah namun masih lagi nama rumah itu merujuk kepada tuan rumah itu.

Penceroboh itu namanya British. Mereka dah mula bawa imigran-imigran dari China juga dari India. Mereka memenuhi ruang rumah Malaya ini.

Tuan Rumah yang bernama Melayu ini memang bertoleransi. Toleransi Melayu sangat tinggi. Melayu benarkan juga penjajah bawa orang lain bertamu lama di dalam rumah Malaya ini. Malah Mat British ini memberikan kelebihan ekonomi kepada mereka yang menumpang di rumah Malaya itu. Melayu masih layan mereka dengan baik lagi. Tidak mengapalah walaupun Melayu hanya dapat ruang sempit di satu sudut dalam rumah yang turun temurun dimiliki.

Akhirnya, rumah Malaya itu sudah penuh barang dari orang Cina dan India yang datang bertamu lama. Memanglah Melayu tuan rumah itu tidak kaya, peluang dari zaman penjajah dah memang sudah diletakkan yang Melayu duduk dikampung uruskan sawah dan bendang, orang Cina pula disuruh memacu ekonomi bandar dengan pelbagai dedahan perniagaan mewah seperti perlombongan.

Akhirnya rumah semakin sempit. Mat British mula bertambah mengada-ngada NAK WUJUDKAN MALAYAN UNION. Dalam MU itu, Cina, India dan Melayu ini semuanya jadi sama hak.

Di situ, TOLERANSI TUAN RUMAH DICABAR, maka Melayu bangkit. Datuk Onn salah seorang "Ahli Rumah Malaya" juga bangkit lantang menentang. Raja dan Sultan mahu dibuang SEHINGGALAH penentangan itu berjaya dan Melayu KEKAL namanya dalam geran tanah dan rumah itu.

Kontrak sosial mula disefahami. Tun Sambanthan, Tun H.S Lee, Tunku Abdul Rahman semua boleh sepakat. Pergi London boleh runding sama-sama untuk tadbir bersama. Ketika ini semua Melayu, Cina dan India bagai saudara yang baik.

Melayu masih lagi toleransi memujuk diri melayani tetamu Cina itu. Walaupun mereka telah bertahun lama menetap di rumah Malaya itu, mereka juga dilayan baik dan samarata dengan anak-anak Melayu sendiri, jauh di sudut hari tuan rumah, tidaklah sekali-sekali mereka lupakan yang rumah itu milik Melayu walaupun hanya pada NAMA kerana barang dalam rumah dah penuh barang dia.

Memanglah nampak macam tidak adil apabila Melayu dibantu tetapi orang Cina tidak. Keadilan bukan semestinya semua dapat sama bahagian. Yang telah jauh ke hadapan, teruskanlah. Yang tertinggal kita bantu untuk sama-sama mampu bersaing nanti. Bukan tidak adil, tetapi membantu yang lemah agar yang lemah akan jadi sekuat yang kuat. Barulah adil bila sama-sama boleh sama kuat.

Sejarah di dunia sebelah manakah yang pendatang mengkoloni dan membangunkan negara kemudian negara itu berpindah milik atau mendapat kesamarataan antara penduduk asal dengan yang datang?

Bolehkah jika Melayu sekarang berhijrah ke UK dan kemudian menambah biak dengan cepat lalu membangun ekonomi besar-besaran dan 100 tahun dari sekarang, Melayu boleh tuntut dari UK untuk memansuhkan raja, persamaan taraf, kerakyatan dan mungkin merepublikkan negara itu? Mungkin juga ada yang mahu menyanggah kedudukan raja untuk mereka gantikan atau lebih dari itu...mengatakan yang British adalah juga pendatang di tanah mereka sendiri.

Jangan bermimpi.

Rumah ini rumah yang kita diami dahulu.
Memang kami juga mendatang.
Tapi kami datang dahulu.
Terlalu lama dahulu...

Sejahat-jahat Sultan yang ada hari ini, jangan dilihat pada jahatnya itu tetapi jasa nenek moyang mereka yang tidak jahat dalam membuka legasi Tanah Melayu ini.

Wahai rakan-rakan Cina seMalaysia, teruskanlah tinggal di rumah ini. Berniagalah sebesar mana yang kamu mahu. Masukkanlah barang kamu sekalipun kami semakin terhimpit di sudut rumah kami sendiri. Buatlah banglo sebesar istana, binalah empayar seluas dunia dan kami tetap Melayu yang sangat toleransi.

Selagi agama kami, selagi raja kami, selagi anak-anak kami semua tidak ditindas kami sentiasa senyum mengizinkan apa mahu kamu usahakan.

Boleh sahaja kamu semua kaya raya sekalipun Islam agama persekutuan. Boleh sahaja kamu berjaya sekalipun Malaysia masih beraja. Boleh sahaja kamu hebat walaupun pentadbiran rumah kami membantu kami untuk bangkit setaraf dengan kamu.

Bukanlah Melayu asalnya malas sejak azali. Tetapi ingatlah semasa penjajahan dahulu kami disorok di sudut rumah yang hanya menjaga kelapa dan padi sahaja. Kamu pula dibenar meneroka lombong, niaga dan bandar. Setelah penjajah pulang, kamu telah jauh lebih kaya dari kami. Itupun kami tidak bising, kami cuma perlukan bantuan dari kerajaan untuk melebihkan kami sepertimana British pernah melebihkan kamu dahulu. Barulah bila kami mampu rapatkan jurang kami dengan kamu...kita mungkin akan lebih harmoni berkongsikan RUMAH YANG SAMA walaupun nama dalam geran itu masih nama kami MELAYU.

Jangan risau, tiada dalam sejarah Melayu kami mengusir sesiapapun. Penjajah sekalipun tidak kami usir. Kami runding baik-baik supaya mereka benarkan kita mentadbir rumah ini sendiri.

Janganlah menyinggung hati mengatakan kami pendatang di rumah kami sendiri yang telah kamu tumpangi dan menjadi lebih kaya dari kami anak-anak tuan rumah. Anak-anak Melayu yang kata kamu pendatangpun kami marahnya sendiri dan kami juga harap kamu juga marahkan anak-anak kamu yang mengatakan kami ini pendatang.

Bukankah dengan toleransi itu...anak Cina dan Anak Melayu juga anak India atau sesiapa sahaja yang datang dahulu ataupun sekarang mampu merasa aman untuk terus mencari rahmat di atas tanah ini?

Ini sahaja tanah yang kami ada.
Sekalipun perang di tanah ini, kami tidak lari
Makan ubi sekalipun kami masih di sini.
Di tanah ini, kesetiaan kami
Janganlah isu datang mendatang digali-gali
Takut ramai berkecil hati

Ingatlah sejarah.
Apalah guna pokok jika akarnya tiada
Apalah gunanya negara jika sejarahnya hilang

SAIFUL NANG
//tak sempat nak proofread...kalau salah sila halalkan

https://www.facebook.com/snfanclub/posts/10152530822980958
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 08:10 AM | Show all posts
Bahasa lembut menusuk qalbu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:15 AM | Show all posts
good one. senyum x perlu kata apa2
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Good article.
cina dah mcm israel. Mau bumi orang nak bolot semua...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:24 AM | Show all posts
kalau orang melayu masih tak insaf (utk makin rajin bekerja, tanah ada jangan jual kepada bangsa tu)

dan dua bangsa lagi tu tak sedar diri juga, tak tau lah nak cakap, pi cari kat negara mana yang boleh berlembut dengan pendatang? Australia? jepun? Amerika?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:32 AM | Show all posts
Ini sahaja tanah yang kami ada.
Sekalipun perang di tanah ini, kami tidak lari
Makan ubi sekalipun kami masih di sini.
Di tanah ini, kesetiaan kami
Janganlah isu datang mendatang digali-gali
Takut ramai berkecil hati

Inilah kot maksudnya.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Good article. Tapi tahap kesedaran masing2 mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:35 AM | Show all posts
ada ker cina faham cerita saiful nang nih dalam kontek bahasa melayu..kalu kat office akak kebanyakkan susah nak faham bhs melayu lainler citer dalam bhs english
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 08:36 AM | Show all posts
sorang client aku...berbangsa cina bgtau kat aku "Wa duduk msia mau cari makan, mau kaya saja...Kalau ni negara ekonomi sudah runtuh, atau kena serang, wa pindahlah tempat lain".

Dengar2 skrg dia dah berhijrah pi Australia..Agak2 brp ramai cina msia yg mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita semua hamba...tapi selalu kita rasa kita adalah tuan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tidak melayu hilang di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:46 AM | Show all posts
orang asli orang asal bahasa mereka pun ada unsur bahasa melayu pendatang
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:46 AM | Show all posts
this is a good one
simple and easy to understand untuk budak2 gadgets sekarang ni
harap cikgu cikgi print bagi budak2 baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:47 AM | Show all posts
benzo33 posted on 21-10-2014 08:36 AM
sorang client aku...berbangsa cina bgtau kat aku "Wa duduk msia mau cari makan, mau kaya saja...Kala ...

Kat ofis aku pun macam tu jugak. Masa interview berlegar-legar kata nak stay lama berkhidmat untuk negara. Tup2 belum dua tahun dah berhijrah sekeluarga ke Australia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:12 AM | Show all posts
bodoh ke apa?

Melayu is not pendatang...maybe melayu asal Suamatera...tapi semenanjung tu terpisah dgn sumatera oleh selat melaka pada jarak terpendek hanya sekitar 2 km lebar sahaja!

x fair nak tuduh melayu bukan asal sini...

penulis mungkin dah terbiasa dgn konsep sempadan...yg dibuat oleh penjajah British Belanda...wake up, empayar johor riau dulu consisted portion of land on Sumatera and Semenanjung...

even Singapore sendiri iktiraf melayu sebagai kaum Asal...siapa Saiful Nang nak menidakkan fakta? Kalau dia kata mamak pendtang, itu kau setuju... Mamak memang ya pendatang...

kalau dia nak cerita pasal hak istimewa dsb nya itu cerita lain...so org Gerakan should not say Melayu as pendatang semata2 nak raih 'equality' or mansuhkan hak istimewa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Saiful nang is so naive tp perasan cendikiawan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 09:30 AM | Show all posts
nice one SN
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:31 AM | Show all posts
good article and simple to understand.
yay, malaysia, tanah malaya, tanah melayu and so on is owner by Malaysian malay...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:32 AM | Show all posts
benzo33 posted on 21-10-2014 12:36 AM
sorang client aku...berbangsa cina bgtau kat aku "Wa duduk msia mau cari makan, mau kaya saja...Kala ...

Ramai yong,memang ramai cina di aussie.Ada yang beli property ada yang sambung belajr kat sana then dapatkan kerja dan company yang sanggup taja visa depa.Ramai sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:38 AM | Show all posts
tu pasal subjek sejarah perlu diajar kt sekolah.
kena dibagi tau ttg bile ujudnye orang melayu & kawasan kelompok org melayu.
bukan setakat belajar sejarah pd zaman penjajah je, yg mana masa tu blok2 negara telah pun ujud.
kawasan melayu nusantara ni amat luas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.118008 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list