CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6196|Reply: 39

[Dunia] Fenomena Epal Kecil Di China

[Copy link]
Post time 21-10-2014 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Lagu Little Apple yang kini menjadi fenomena di China, mungkin dapat menggantikan kehebatan lagu Gangnam Style yang berasal dari Korea Selatan kerana bukan saja menjadi ikutan dan gaya umum malah menjadi pilihan dalam video tentera dan polis.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Chopstick Brothers - Xiao Yang dan Wang Taili bukanlah adik-beradik mahupun komposer, tetapi mereka berjaya menghasilkan lagu yang semakin popular di serata China.

Pada mulanya lagu Xiao Pingguo (Little Apple) itu dibuat untuk mempromosikan filem terbaru mereka yang ditayangkan Julai lalu, namun ia dirasakan begitu ‘enak’ didengari sehingga sentiasa terngiang-ngiang di telinga.

Pengurus pemasaran dari Sichuan, Zeng Qiumei mengakui dia antara yang mendapati lagu itu menarik.

“Lagu ini mudah diikuti, rentaknya tidak sukar dan berulang. Malah golongan nenek yang duduk bersantai di taman juga cepat menghafalnya,” katanya. Video lagu itu ditonton lebih 50 juta kali di laman perkongsian video China seperti Sohu, iQiyi dan Youku.


Video muziknya yang agak pelik sepanjang enam minit bermula dengan adegan pembedahan plastik yang tidak menjadi diikuti babak menampilkan Xio dan Wang tidak berpakaian kononnya berada di syurga.


Mereka kemudian muncul pada beberapa urutan, termasuk berpakaian seperti ikan duyung di pantai atau bermain seperti budak kampung. Walaupun menjadi fenomena, lirik yang dihasilkan tidak masuk akal dengan korus berbunyi: “Kamu si epal kecil saya, kamu si epal kecil saya.


”Namun tidak dapat dinafikan lirik mudah itu nyata memikat pendengar,  mungkin juga disebabkan perundangan harta intelek yang tidak dipandang serius di China memudahkan perkongsian lagu itu  sama ada menerusi telefon pintar selain kedengaran di kompleks beli-belah, kelab malam dan gim.


Sementara itu, Tentera Pembebasan Rakyat di bandar Xian ‘terjebak’ menggunakan lagu itu dalam video merekrut ahli baru mereka.

Bulan lalu, polis di Shandong mengubah lirik lagu itu bagi menghebahkan amaran mengenai penipuan telefon perbankan.“Kami mengubah perkataan itu untuk membuat umum lebih prihatin,” kata polis.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3197#sthash.U1UtAlts.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 08:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sampai skg tak faham kenapa Gangnam Style tak berjaya dapat nombor 1 on US Billboard 100. Stuck kt nombor 2 je. Sedangkan Itunes sales + digital airplay + YouTube views semua tinggi kot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:51 AM | Show all posts
cis..aku beria ingat buah epal sebenar....ghopenyer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:56 AM | Show all posts
ice_sky92 posted on 21-10-2014 08:40 AM
Aku sampai skg tak faham kenapa Gangnam Style tak berjaya dapat nombor 1 on US Billboard 100. Stuck  ...

konspirai untuk menjatuhkan industri hiburan korea
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:00 AM | Show all posts
makneng posted on 21-10-2014 08:51 AM
cis..aku beria ingat buah epal sebenar....ghopenyer...

hahaha...samala..aku pun ingat epal size kecik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 09:18 AM | Show all posts
ingat "awak kat mana"..tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:23 AM | Show all posts
citt..ingtkan ada epal kecik yg sekali ngap je td....mcm tomato ceri tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 09:24 AM | Show all posts
hehe..ingatkan fenomena buah epal kecil in real..
rupa2nya tajuk lagu..
sungguh ketinggalan keretapi diriku ini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:51 AM | Show all posts
nk tgk jap la.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:08 AM | Show all posts
ok...
lawak
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:09 AM | Show all posts
you are my tiny little apple lalalalaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Gua ingat appale kecik = tetek kecil tadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:54 AM | Show all posts
mamapea posted on 21-10-2014 09:00 AM
hahaha...samala..aku pun ingat epal size kecik..

memang ada epal kecik ni noq..crab apple nama dia...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:02 AM | Show all posts
ice_sky92 posted on 21-10-2014 08:40 AM
Aku sampai skg tak faham kenapa Gangnam Style tak berjaya dapat nombor 1 on US Billboard 100. Stuck  ...

time tu streaming point tak diambilkira lagi untuk Billboard 100, so just digital sales + airplay..Gangnam Style punya airplay point tak cukup strong untuk kalahkan lagu Maroon 5, "One More Night"...If i remembered correctly, ada satu minggu ni hampir2 Gangnam Style nak dapat #1, dibezakan dengan margin point less than 1% je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:07 AM | Show all posts
x catchy mcm gangnam style pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 11:13 AM | Show all posts
ice_sky92 posted on 21-10-2014 08:40 AM
Aku sampai skg tak faham kenapa Gangnam Style tak berjaya dapat nombor 1 on US Billboard 100. Stuck  ...

ummah USA tak bagi kot Asian mengatasi diorang
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:38 AM | Show all posts
Modngengade posted on 21-10-2014 10:54 AM
memang ada epal kecik ni noq..crab apple nama dia...

cutenya..tp seriously mmg xtau pun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:43 AM | Show all posts
mamapea posted on 21-10-2014 11:38 AM
cutenya..tp seriously mmg xtau pun..

hehe...tu lah....tapi apple ni tk sedap..kelat2 sikit...
ioul masa kat Utah dulu selalu petik epal ni kat uni  ioul.....

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:47 AM | Show all posts
Modngengade posted on 21-10-2014 11:43 AM
hehe...tu lah....tapi apple ni tk sedap..kelat2 sikit...
ioul masa kat Utah dulu selalu petik epa ...

kalau buat hiasan cantik la..tak pun letak atas kek..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.206864 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list