CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

All About MLM 2014: Hencapan LIVE Minggu-9

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2014 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Juri sape pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 05:47 PM | Show all posts
iols nak tgk SYJ je lah

motip nama ahli kumpulan kat atas tuh jihan muse, yassin, yassin?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton posted on 22-10-2014 04:08 PM
bukan ke kalau dah menang tak boleh brtanding lagi?

motip sepah ada lagi?

Sbb tu rahim masuk group lain. Kalo dgn jep n suip dh x boleh sbb dh mng tahun lepas. Ni semua kan strategi astro. Kalo xde sepahtu, mmg suram jer la.

Pagi td tgk jehan dlm putu piring vs putu mayam. Mmg kelakar giler dia berlakon. Nape lah sepahtu xnk ambil jehan. Kalo x, mmg meletop lah dorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 08:57 PM | Show all posts
drivethru posted on 22-10-2014 08:23 PM
Sbb tu rahim masuk group lain. Kalo dgn jep n suip dh x boleh sbb dh mng tahun lepas. Ni semua kan ...

xyah la kco jihan tu..die ngan syj tu dah ngam..

btw mmg lawak gle jihan bebel dlm cite td
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:29 PM | Show all posts
Motip nabil ade lg?..aritue kemain nangis2..smpi meluat iols nengok..nak johan..nak johan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 09:58 PM | Show all posts
go jihan gooooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2014 11:27 PM | Show all posts
katakau posted on 22-10-2014 09:29 PM
Motip nabil ade lg?..aritue kemain nangis2..smpi meluat iols nengok..nak johan..nak johan..

tula pasal...bukan kata tak masuk dah?

Kecewa dengan kritikan, Nabil berhenti sertai MLM

Oleh IZWAN MOHD. ISA

MASIH menyayangi dunia lawak, Nabil sedia mempertimbangkan sesuatu tawaran pertandingan yang membabitkan hanya peserta solo.

KEHEBATAN yang ditampilkan Ahmad Nabil Ahmad, 31, atau lebih mesra disapa Nabil sewaktu menyertai pertandingan Raja Lawak musim kedua enam tahun lalu begitu mendapat perhatian ramai.

Saban minggu, lawak yang dipersembahkan oleh anak kelahiran Negeri Sembilan ini tidak pernah gagal menggeletek hati peminat yang menonton.

Selepas berjaya merangkul gelaran juara melalui rancangan tersebut, Nabil kemudiannya muncul menerusi dua lagi pertandingan berbentuk serupa iaitu Maharaja Lawak Mega musim kedua pada tahun 2012 dan ketiga (2013).

Malangnya, kualiti persembahan yang diketengahkan oleh Nabil dikata- kan semakin menurun dan peminat sudah mulai bosan dengan lawak yang cuba disampaikannya.

Kecewa dengan cemuhan dan kritikan yang diterima, ayah kepada Naira Mikayla itu memutuskan untuk tidak menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) jika rancangan tersebut diperbaharui untuk musim baharu kelak.

Ikuti temu bual selanjutnya yang dijalankan sewaktu berpeluang bertemu dengannya pada majlis pelancaran Royal Slim Lishuo Magic yang berlangsung di N’dah Catering, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Kosmo!: Apakah yang menyebabkan anda mengambil keputusan untuk tidak mahu menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada masa akan datang?

NABIL: Saya berasa sedikit terkilan apabila sering mendapat kritikan dan cemuhan daripada penonton. Lebih-lebih lagi kritikan itu datangnya daripada peminat-peminat peserta MLM lain yang tidak putus-putus mengeluarkan kata-kata negatif.

Paling teruk apabila saya di‘boo’ ketika mengadakan persembahan pada minggu ke-10 di Johor tempoh hari. Nampak sangat kehadiran saya tidak disenangi oleh peminat di sana.

Ada yang mengatakan anda sudah tidak menampilkan lawak yang berkualiti berbanding peserta lain. Adakah kenyataan itu benar?

Jika lawak yang saya tampilkan tidak berkualiti, mengapa saya layak sehingga ke minggu final? Saya penat apabila kerap kali dibandingkan dengan peserta lain.

Mana tidaknya, mereka bertanding sebagai peserta berkumpulan, sedangkan saya hanyalah peserta solo. Jika khalayak perlu faham idea seorang berbanding tiga atau dua orang peserta, gaya penyampaian tentunya berbeza.
NABIL meluahkan kekecewaannya apabila sering dibandingkan dengan peserta lain yang bertanding dalam MLM 2013.

Jadi, anda nekad untuk tidak mahu melawak lagi?

Sejujurnya saya sangat sayangkan dunia lawak kerana saya lahir daripada pertandingan Raja Lawak. Jika pihak Astro mengadakan pertandingan yang disertai oleh pelawak solo sahaja, mungkin saya akan pertimbangkan untuk turut bertanding.

Ada juga yang mengatakan anda tidak sensitif kerana menjadikan juri MLM 2013 iaitu Luna Maya sebagai subjek lawak anda minggu lalu. Apa komen anda?

Saya sangat kecewa apabila komen-komen negatif itu datangnya daripada rakyat Malaysia sendiri. Saya tidak mengaibkan sesiapa dan apa yang disampaikan itu merupakan perkara yang benar. Saya faham mengenai isu sensitif yang cuba disampaikan oleh peminat kerana saya pernah dikecam akibat melakukan perkara yang hampir sama dahulu.

Jadi apa tindakan anda seterusnya?

Saya enggan mengambil tahu tentang kritikan yang ditujukan kepada saya. Biarlah apa orang mahu kata. Apa yang penting adalah persembahan yang bakal saya berikan pada persembahan akhir MLM 2013 pada Jumaat ini.

Sejak kebelakangan ini, anda dilihat lebih selesa untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara. Ada berniat untuk beralih bidang?

Bagi saya, tidak salah untuk menumpukan perhatian pada bidang pengacaraan kerana ia merupakan salah satu daripada cabang seni yang saya minati. Sewaktu diberi peluang untuk berkongsi pentas bersama Datuk Aznil Nawawi bagi mengendalikan Anugerah Industri Muzik ke-20 beberapa bulan lalu, saya berasa sungguh gembira.

Ia merupakan suatu pencapaian terbaik bagi saya. Untuk beralih arah sepenuhnya, mungkin tidak. Sebab itu saya masih menerima tawaran menyertai rancangan Lawak Ke Derr dan Super Spontan.

Apa perkembangan terbaharu anda?

Sabtu ini saya akan bergandingan bersama Datuk AC Mizal dan Neelofa untuk mengacarakan Anugerah Meletop Era. Selepas itu, saya bakal terbang ke Paris, Perancis bagi menjalankan penggambaran drama Strawberi Karipap.

Kemudian, saya akan bercuti bersama peminat kelab bola sepak Manchester United di London, England. Dalam pada itu, cawangan terbaharu gimnasium saya, Rai Fitness akan dibuka di Seksyen 13, Taman Tun Dr. Ismail pada bulan Jun ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz3Gt75g7I7
Hakcipta terpelihara



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 12:08 AM | Show all posts
go JihanMuse!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 08:53 AM | Show all posts
nasi_goreng posted on 21-10-2014 10:08 PM
lepas super spontan, maharaja lawak mega pulak. keje aku tengok je. memang tak laa nak undi. buat ha ...

Baguslah kalau tak nak undi. Bagi dermakat Palestin lagi afdal daripada bagi derma kat rancangan cap ayam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:17 AM | Show all posts
mohdcrow posted on 22-10-2014 11:27 PM
tula pasal...bukan kata tak masuk dah?

kan?..kan?..kan?..cakap tak srupa bikin..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:40 AM | Show all posts
choy la zizang asal buleh je nak masuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:40 AM | Show all posts
nape xde JOHAN...adehhhhh....nk johann
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:41 AM | Show all posts
johan di mana
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:43 AM | Show all posts
hani_rose85 posted on 23-10-2014 09:40 AM
nape xde JOHAN...adehhhhh....nk johann

johan last minute masuk kot nanti.....dia ngan team dia JOHARA......tunggu ajalah nanti
si nabil ni asyik sorang aja....tamak nak konker hadiah sorang2 ker atau mmg dia tak de chemistry ngan mana2 pelawak kat msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:45 AM | Show all posts
pink_prada88 posted on 21-10-2014 07:33 PM
so sepahtu ada???? join ngan pak ya..... teringat kepok bonda wakakakak

best kan dorang dalam tu, cuma ilya tu agak serius dalam tu, jadi bahan saja , tapi ok, neutralkan dua org tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:47 AM | Show all posts
oh nooooo...johann xderr...bowringggggggggggggggggggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 09:58 AM | Show all posts
mamat sepah dah bersepah ke sampai takde ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:00 AM | Show all posts
kuceeng posted on 21-10-2014 07:40 PM
tamatkan jela program ni...x pon buat 4 thn skali....

ahhhh nk bagi senang ingat..buat sempena tawon lompat..asal tawon lompat jer..ada la MLM
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:11 AM | Show all posts
lorr napa tak de johan.. bagi laa dia kapel ngan nabil.. satu group.. kan best..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:19 AM | Show all posts
aku dok nampak zizan akan overshadow jambu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.085024 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list