CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

"Artis Baru Akan Sedar Apabila Mereka Jatuh" - Zed Zaidi

[Copy link]
Post time 22-10-2014 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
encikWawad posted on 22-10-2014 08:40 PM
I terbayangkan maksud kaka siput to put mariani "to sleep" ala2 pet yang dah terlalu tua kekdahnya ...

gelak ai bersahut2 dgn air ujan yg turun. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 09:56 PM | Show all posts
dia kan dah sendu..nok tarik mula perhatian..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:13 PM | Show all posts
haha .. xleh blah gambo lama d atuh kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:16 PM | Show all posts
zaman drama sembilu je dia ni peymes..lepas tu nan hadoooooo
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:22 PM | Show all posts
Motif kerja sekor2 nak menghencap zed zaidi??? Elok lah aktifkan persatuan, kumpul reramai retis bukan duk melangut settle hal berbalah shj
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
addamnor posted on 22-10-2014 10:22 PM
Motif kerja sekor2 nak menghencap zed zaidi??? Elok lah aktifkan persatuan, kumpul reramai retis buk ...

ni semua bekas peminat jed jedi yg terpinggir....kikikiki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2014 11:57 PM | Show all posts
Syd posted on 22-10-2014 10:46 PM
ni semua bekas peminat jed jedi yg terpinggir....kikikiki

abe syd pun kan


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
addamnor posted on 22-10-2014 11:57 PM
abe syd pun kan

ai kat sini sbb support geng comolot ai, @encikWawad laaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 12:42 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 22-10-2014 09:47 PM

hampir terlupa heols pernah melalui zaman hanak hekan gituhh




Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:44 AM | Show all posts
jed jedi ni patut sedar..dia yg dah tak popular
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:18 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 22-10-2014 08:14 PM
Mcm kau dulu la hawau.

Dah gemok baru nk sedar.

HAHAHAHAHAHAH. Padu gila statement kau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:21 AM | Show all posts
ko tu dah sendu sejak dlu lagi... masih x sedar2??
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:22 AM | Show all posts
dani-rox posted on 23-10-2014 12:42 AM
hampir terlupa heols pernah melalui zaman hanak hekan gituhh

eeerrhmmmmm tasty zaman heols hanak2 hikan dulu ni...

skrg dah jd zaman bapak panda ...so bye bye
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:30 AM | Show all posts
nama kempen nye pun dah switch off
memang switch off lansung artis2 nak join
ko bubuh la nama yang positive sikit
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:43 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 22-10-2014 09:47 PM

tasty nya doluu taim masuk hero remaja
now dah kertuu dan chubby - ya hampoon abang jed
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:45 AM | Show all posts
Syd posted on 22-10-2014 09:42 PM
bz ek? hmmm kalah jed jedi (return of the jedi konsepnya). alaaa tak yah curi cawan nak menderemmm ...

nokss u bila2 pun haus ngan avam kj u tu
i wonder dolu masa dia di gossip ngan maya kering
that time if it ever true - did maya pakai deodoran? khen kekdahnya sheols tu percaya pada bau sendiri as natural scent
*ke abam kj kinky suka wanita berpeluhan~ omaii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 09:51 AM | Show all posts
KARYAWAN tolak kempen Switch Off '14
KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mengambil pendirian tidak menyokong kempen “Switch Off” yang dianjurkan oleh beberapa pihak dalam industri perfileman.


“Yang pertama kita tidak faham apa objektif mereka” kata Datuk Freddie Fernandez, Presiden Karyawan.


“Yang kedua, sekiranya ada apa apa masalah dalam industri kita harus duduk sama sama dan bincang bagaimana nak atasi nya, dan bukan mengadakan protes seperti ini, yang kami rasa terlalu negatif dan tidak membawa apa apa hasil.

“Nampak nya mereka ingin membuatkan perkara yang sensasi untuk mendapat perhatian, tanpa fikirkan kesan dan imej negatif yang di bawa kepada semua penggiat filem apabila perkara sebegini berlaku” tambah beliau.


“Jika pembayaran kepada krew krew filem tidak berpatutan dan terlalu rendah mereka harus mengadakan rundingan dengan penerbit untuk menetapkan kadar bayaran yang adil dan saksama. Tetapi ironinya ialah penerbit sendiri yang menjadi penganjur kempen ini. Kenapa dia tidak mengeluarkan kenyataan menyeru semua penerbit menaikkan bayaran kepada krew? Dan sebelum ini persatuan yang mewakili krew pun tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau aduan tentang perkara ini ” tambah beliau.


“Bagi Karyawan kami sudah mengambil langkah langkah proaktif untuk memperbaiki keadaan dalam industri dengan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Penerbit Filem, PFM dan telah menwujudkan deraf Kontrak Standard untuk penggiat industri yang akan berkuatkuasa tidak lama lagi”


“Selain itu kami juga telah mewujudkan portal artistexchange.com.my untuk membantu penggiat industri mencari pekerjaan” tambah beliau.


“Inilah yang di harapkan dari persatuan. Bukan asyik memberontak dan membuat protes tetapi kerja proaktif yang akan menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk semua penggiat industri kreatif. Saya berharap penggiat filem tempatan tidak menyokong usaha negatif seperti “Switch Off ” ini yang tidak akan membawa apa apa manfaat kepada industri sebaliknya menunjukkan betapa ceteknya fikiran beberapa pemimpin dalam industri yang tidak mampu menyelesaikan masalah industri dengan cara yang professional” ujar beliau.


- Persatuan Karyawan Malaysia




Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... tch-off-14-46466?cp


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:53 AM | Show all posts
Finas tidak sokong kempen 'Switch Off 14'

20/10/2014 6:31pm

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), berpendirian dan sebulat suara tidak menyokong kempen 'Switch Off 14' anjuran beberapa persatuan penggiat industri seni yang dijangkakan akan berlangsung di Dataran Merdeka.

Pelaksanaan kempen yang diketuai oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) itu bertujuan mendesak kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan industri seni yang masih tidak diselesaikan dengan baik.

Pemangku Ketua Pengarah Finas, Dr. Megat Al-Imran Yasin berkata, pelaksanaan kempen dan demonstrasi seperti itu bukan merupakan jalan yang terbaik dalam menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap mana-mana pihak. Sebaliknya, pihak persatuan yang bernaung di bawah GAFIM dan GAFIM sendiri perlu bersua muka dan duduk semeja bagi membincangkan perkara itu.

"Sepatutnya, jika ada apa-apa rasa tidak puas hati daripada pihak GAFIM dan persatuan di bawah naungannya, mereka tidak perlulah mengambil langkah seperti ini. Jika mereka menyuarakan apa-apa tuntutan sekali pun, ada cara yang lebih beradab. Bukan dengan cara melakukan kempen sebegini rupa.

"Pada tarikh 23 Oktober ini, ada satu program bajet berkaitan industri seni yang akan dibentangkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabeery Cheek. Manakala pada 30 Oktober nanti pula akan diadakan satu sidang akhbar bersama semua penggiat seni bagi membincangkan sekali gus menyelesaikan kemelut ini.

"Jadi, jadikan pertemuan ini sebagai landasan yang tepat untuk menyuarakan apa-apa bantahan. Jangan hanya tahu lakukan provokasi sahaja," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Beliau berkata, jika persatuan-persatuan seni itu mempunyai idea yang menarik untuk membangunkan industri seni di negara ini serta bersikap profesional, mengapa memilih jalan yang tidak elok seperti melakukan protes.

"Jika kempen sebegitu diadakan, kesan yang industri kita terima bukanlah kecil, bahkan mampu memberi tanggapan negatif kepada masyarakat," ujarnya. - KOSMO!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 6.htm#ixzz3Gvecf6Q8
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
azie.dz posted on 23-10-2014 12:44 AM
jed jedi ni patut sedar..dia yg dah tak popular

Sejak bila dia popular uols? Sangkut ABP pun x pernah. Sendu tahap frozen jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:55 AM | Show all posts
Kempen ‘Switch Off 14’ untuk bantu, bukan lawan kerajaan, kata penggiat industri
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 21 October 2014

Kempen "Switch Off 14" yang dianjurkan gabungan persatuan penggiat televisyen, industri filem, dan pengiklanan bukan bertujuan menentang kerajaan sebaliknya mereka menawarkan kerjasama supaya nasib kumpulan krew penerbitan dan penggiat seni tanah air dapat dibela.

Kempen yang digerakkan presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) Jurey Latiff Rosli yang dilancarkan secara rasmi di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, hari ini dijangka bakal mengadakan himpunan pada 11 November depan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan stesen televisyen tempatan terhadap penggiat seni.

"Masalah yang kita bangkitkan ini adalah masalah yang kita hadapi dalam industri. Kita menyokong kerajaan selama ini," kata Jurey, ketika berucap di hadapn lebih 200 penyokong kempen berkenaan.


Mereka terdiri daripada 10 persatuan penggiat seni tempatan termasuk pelakon, kumpulan krew penerbitan, pengiklanan, dan sebagainya.
Berdasarkan rancangan Switch Off 14, mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Putrajaya pada tarikh berkenaan yang mengandungi 11 tuntutan.

“Kalau kita jumpa menteri, dengan jumlah kita yang ramai seperti ini, menteri mesti sokong kita," kata Jurey.

Selain kempen di laman media sosial, mereka juga menyeru agar pengguna televisyen untuk menjimatkan penggunaan elektrik mereka pada 11 November itu dengan tidak menonton televisyen bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

Antara mereka yang kelihatan ketika pelancaran Switch Off 14 adalah pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Fauziah Nawi, Harun Salim Bachik, Imuda, Zed Zaidi, dan Norish Karman, serta ramai lagi.

Jurey pada sidang medianya berkata, mereka yang membantah rancangan Switch Off 14 sebenarnya tidak menerima gambaran jelas tujuan sebenar mereka.

"Ada 2 persatuan yang keluarkan kenyataan akhbar tentang Switch Off. Mereka katakan kita nak bangkang kerajaan, adakah kita nak bangkang kerajaan?” katanya, dan dijawab "Tidak" oleh mereka yang hadir.

"Mereka salah anggap apa kita nak buat, 11 perkara itu tiada masalah kalau kita jumpa sesiapa. Kita tidak hentam sesiapa.”

Kumpulan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum ini menyatakan bantahan terhadap Switch Off 14 kerana beranggapan demonstrasi bukan tindakan terbaik untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

"Kalau mereka tidak sedar, saya sanggup jumpa mereka dan bentangkan 11 perkara yang mereka kata kita ini bising dan tidak bermanfaat," katanya.

Antara 11 gesaan Switch Off 14 adalah mewujudkan akta industri kandungan kreatif; menekankan hak harta intelek yang adil dan munasabah; menaikkan kadar harga dengan menyelaraskan harga slot kandungan di stesyen TV; pengagihan slot TV yang lebih adil dengan menekankan 70% kandungan tempatan; dan penguatkuasaan polisi buatan Malaysia dan paducitra.

Selain itu, mereka turut menggesa agar kerajaan menubuhkan satu badan atau pusat sehenti yang mengawal selia televisyen secara langsung; melantik wakil industri yang dipersetujui oleh pemain industri dalam peranan membuat dasar industri; menyediakan slot TV khusus berbentuk patriotik; skim pengecualian cukai syarikat korporat yang menaja penerbitan program TV tempatan bagi pembelian peralatan teknikal; skim insurans khusus; dan dana dan geran khusus untuk memajukan industri TV tempatan.

Memorandum berkenaan dijangkal bakal diserahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika perhimpunan mereka nanti.

Lokasi himpunan berkenaan bagaimanapun masih belum ditetapkan.

Jurey berkata, asas kepada tuntutan mereka adalah mendapatkan bayaran yang berpatutan untuk pembuatan drama memandangkan bayaran yang diterima hari ini tidak berubah sejak 20 tahun lalu.

"Pelbagai deliberasi, memorandum, kajian dan aduan diadakan oleh wakil-wakil industri namun segalanya ibarat 'menuang air ke atas daun keladi'," kata kenyataan Switch Off 14.

Matlamat mereka dalam penganjuran himpunan aman itu adalah untuk berkongsi dengan kerajaan tentang keadaan industri sejak 20 tahun lalu, menjalinkan kerjasama erat antara kerajaan dan penggiat industri, menaik taraf kehidupan pekerja industri kreatif yang tidak berubah sejak 20 tahun, dan menjalankan variasi pembaharuan yang dapat mengintegrasikan ekosistem industri kreatif.

Presiden Seniman Zed Zaidi berkata, mereka bukan menuntut kepada kerajaan supaya melaksanakan tuntutan mereka, sebaliknya hanya menyuarakan cadangan untuk dipertimbangkan pihak kerajaan.

Malah, beliau turut berkata, pergerakan itu juga tidak bertujuan memboikot stesen televisyen sebaliknya hanya menyuarakan rasa tidak puas hati demi masa depan generasi pelapis mereka pada masa hadapan.

"Kita bukan nak boikot stesen TV, mereka yang boikot kita," kata Zed.

"Mahasiswa Aswara dan Industri Kreatif juga kami perjuangkan, jika tidak di mana mereka mahu mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian," katanya. – 21 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.uVr2fzu4.dpuf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.533488 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list