CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3131|Reply: 40

[Tempatan] kelantan selar kumpulan peguam pertikai isu solat jumaat

[Copy link]
Post time 22-10-2014 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyelar kumpulan Lawyers For Liberty (LFL) yang mempertikaikan penguatkuasaan peraturan mewajibkan orang lelaki Islam menunaikan solat Jumaat di negeri itu.

Utusan Malaysia melaporkan Ahmad menegaskan peraturan itu tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak terutamanya orang bukan Islam kerana ia merupakan hak dan peraturan yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Banyak pihak sekarang ini cuba mempertikaikan ibadat orang Islam. Saya rasa tak perlu dibangkitkan, sebab kita tak pernah pun mengkritik apa-apa amalan dalam agama lain.

“Contohnya, membakar mayat dalam agama lain. Dalam Islam tak boleh tetapi kita tetap hormat agama dia. Jadi kita harap semua pihak tolong menghormati agama masing-masing,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud baru-baru ini mengumumkan, lelaki Islam yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut ketika berada di negeri ini boleh dipenjarakan selama setahun serta denda sehingga RM1,000.

Ahad lalu, LFL mengeluarkan kenyataan menyamakan pelaksanaan peraturan itu seperti tindakan meletakkan orang Islam bawah “kediaman terhad, seperti penjenayah berat”.

Menurut LFL lagi, tindakan kerajaan PAS negeri untuk mengenakan tindakan terhadap orang Islam itu melanggar beberapa perkara dalam perlembagaan, berkaitan kebebasan individu, kebebasan bergerak dan kebebasan beragama.               

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hish...mcm mcm hal..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 02:35 PM | Show all posts
Semua lelaki Islam akan berada di masjid semase solat jumaat , jadi pihak mana pulak yg nak menangkap lelaki islam yg tak pergi solat ni. Mungkin jemaah kena punc kad dulu sebelum masuk masjid Last edited by akusukaq on 22-10-2014 02:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 02:45 PM | Show all posts
Gi solat jumaat tapi tangan dok sibuk tot tet main smartphone tu mcm mana pulak yer?
Klu tanya golongan golongan tu, imam tadi khutbah apa yer? Haram tak tau jawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 02:54 PM | Show all posts
Eric.n9 posted on 22-10-2014 02:45 PM
Gi solat jumaat tapi tangan dok sibuk tot tet main smartphone tu mcm mana pulak yer?
Klu tanya golo ...

takap, bulih gugel balik apa yang tok imam khutbahkan tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana peginya pejuang 'demi agama, bangsa, dan negara' takmo turun berjuang kaa??

Setakat berhimpun kat mesjid angkat banner kalimah dan beredar sebaik azan berkumandang takguna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2014 02:59 PM | Show all posts
edee_91 posted on 22-10-2014 02:54 PM
takap, bulih gugel balik apa yang tok imam khutbahkan tadi...

klu ada yg rajin nak upload...

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 03:00 PM | Show all posts
eh takap pulak... takpa lah. typo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 03:08 PM | Show all posts
Saya cabar Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan peraturan mewajibkan orang lelaki Islam menunaikan solat Jumaat di negeri itu. Jangan asyik pung pang pung pang je.

Kalu ia tidak dikuatkuasakan menjelang akhir 2014, ia bermakna  Kerajaan PAS Kelantan adalah pengecut & tidak layak memerintah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok la lawyer ni...undang2 tu untuk lelaki islam..bukan untuk kafir..yg diorang sibuk sgt pasal?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 05:13 PM | Show all posts
NeoMatrix posted on 22-10-2014 03:08 PM
Saya cabar Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan peraturan mewajibkan orang lelaki Islam menunaikan sol ...

semua negeri wajibkn laki islam pi solat ler..

ada enakmen dlm jenayah syariah, cume ada yg tk nmpk aja..

cm kt kl, tahun 1997 lagi dh ada

AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

Seksyen 14. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat.


Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.



Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
celakalah kafir2 tu...sibuk...ini adalh negara islam...x suka berambus balik china
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 05:19 PM | Show all posts
Aku setuju dengan peraturan ini. Malah aku juga ingin mencadangkan supaya orang yang tidur semasa khatib membaca khutbah juga dikenakan hukuman
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 05:25 PM | Show all posts
batmana posted on 22-10-2014 05:13 PM
semua negeri wajibkn laki islam pi solat ler..

ada enakmen dlm jenayah syariah, cume ada yg tk  ...

bagus ! ada dalam akta rupanya
elok highlight utk vip muslim yg juga tak gi sembahyang
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 05:53 PM | Show all posts
batmana posted on 22-10-2014 05:13 PM
semua negeri wajibkn laki islam pi solat ler..

ada enakmen dlm jenayah syariah, cume ada yg tk  ...


Kat negeri BN pun dah ada undang2 camni rupanya. Dah tiba masanya PAS kuatkuasakan undang2 ni di Kelantan. Alasan kononnya federal tak sokong dah tak leh apakai dah.

Kalu benda mudah camni pun taknak di kuatkuasakan di Kelantan camner PAS nak laksanakan hudud.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 06:09 PM | Show all posts
Eric.n9 posted on 22-10-2014 02:45 PM
Gi solat jumaat tapi tangan dok sibuk tot tet main smartphone tu mcm mana pulak yer?
Klu tanya golo ...

aku pernah gesture dgn budak yang melayari smartphone masa khutbah ni suruh dia tutup. anoyying betul....

siap menjawab tak bising tak apa katanya.... sukati ko lah dik....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 06:22 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 22-10-2014 06:09 PM
aku pernah gesture dgn budak yang melayari smartphone masa khutbah ni suruh dia tutup. anoyying be ...

konkelusinyer

budak2 pun tak respect sama lu...






Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 06:30 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 22-10-2014 06:09 PM
aku pernah gesture dgn budak yang melayari smartphone masa khutbah ni suruh dia tutup. anoyying be ...

aku pernah gesture dgn budak yang melayari smartphone masa khutbah ni suruh dia tutup. anoyying betul....

terus budak tu off hp dia..




hip hip horreyyyy


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 06:31 PM | Show all posts



syiok nyer berforum.....



Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
main smartfon ke, main gameboy ke time dgr khutbah jumaat, sekurang2nya hadir d masjid, mudah2an lg mudah terima hidayah utk dikemudian hari.. drp tros jahil langsung tak pegi solat jumaat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.094816 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list