CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2849|Reply: 22

[Tempatan] Wanita yg berkahwin rela dipukul?

[Copy link]
Post time 24-10-2014 09:29 AM | Show all posts |Read mode
TRAGIS, sedih dan simpati melihat nasib seorang wanita berusia 51 tahun yang patang tulang belakang kerana dipijak oleh suami. Lebih tragis kejadian itu berlaku pada hari kedua Aidiladha yang lalu.


Kenapa suami sanggup perlakukan isteri hingga ke tahap itu? Bukankan ketika si suami mengambil keputusan untuk mengahwinini perempuan tersebut kerana dia kasih dan sayang?

Mengapa sebelum berkahwin lelaki itu melayan wanita dengan baik, penuh kasih sayang, meninggi suarapun tidak? Adakah perasaan lelaki berubah setelah wanita itu menjadi isterinya? Mengapa perlu dipukul? Apakah duduk berbincang tidak dapat menyelesaikan masalah?

Jika sudah tidak ada lagi kasih sayang, sudah tidak suka kepada isteri kenapa tidak diceraikan sahaja? Kenapa sanggup mendera isteri hingga mengalami kecederaan serius seperti dan kemungkinan akan cacat seumur hidup.

Isteri pula kenapa membiarkan diri dipukul suami sebegitu? Adakah isteri fikir dia tidak berhak melawan atau melarikan diri dari suami yang sedang mengbelasahnya? Adakah isteri takut suami akan meninggalkannya dan mencari wanita lain? Apakah denan membiarkan diri dipukul menjamin suami tidak mencari wanita lain? Atau kerana kasihankan masa depan anak-anak? Apakah masa depan anak-anak itu bergantung pada suami dan bapa kaki pukul?

Kerap berlaku isteri dipukul suami kerana beberapa sebab. Antaranya isteri selalu melawan cakap suami atau isteri kuat cemburu, pemalas, boros, tidak pandai melayan dan sebagainya. Namun semua ini tidak menghalalkan suami untuk memukul isteri.

Islam tidak merestui sebarang bentuk keganasan malah melarang apa juga bentuk kezaliman. Kitab suci Al-Quran dan hadis-hadis serta contoh teladan Rasulullah SAW sangat menekankan kasih sayang, perbuatan dan perkataan yang baik, kemesraan dan keadilan dalam perhubungan antara anggota keluarga.

Rasulullah SAW telah bersabda: “Yang paling baik dalam kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.” Ini bermaksud sebaik-baik lelaki ialah lelaki yang paling lemah lembut terhadap isterinya.

Aishah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah memukul pesuruh atau isteri Baginda, dan Baginda tidak pernah memukul sesiapa dengan tangan Baginda sendiri.

Islam melarang suami mengambil tindakan yang keterlaluan terhadap isteri atau menuduhnya, memaki hamun, atau apa-apa yang menyebabkan jatuhnya maruah isteri atau dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat yang boleh menyebabkan rasa hormat isteri terhadap suami akan berkurangan.

Pukulan dimuka adalah dilarang samasekali. Hari ini ramai suami yang melakukan perbuatan yang melampaui batas ini walaupun jelas dilarang keras oleh Islam.

Perbuatan ini adalah salah di bawah Seksyen 127 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 di mana sekiranya suami disabit kesalahan menganiayai isterinya maka beliau boleh dihukum denda sehingga seribu ringgit atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menyalahi mana-mana pihak tidak akan menyelesaikan masalah. Kedua dua pihak perlu faham apa sebenarnya tanggungjawab dan tuntutan sebagai seorang lelaki Islam yang mempunyai isteri dan anak, dan tanggungjawab dan tuntutan sebagai seorang perempuan Islam.

Jika suami berterusan bersikap ganas, kejam dan zalim, isteri wajar melaporkannya kepada polis dan kemudian keluar meninggalkan suami yang zalim itu atas alasan bimbangkan keselamatan diri dan anak.

Jika suami mengugut isteri nusyuz (dehaka), isteri perlu sedar bahawa sabit nusyuz atau tidak ke atas isteri adalah bergantung kepada keadaan sebenar yang berlaku.

Dari segi syarak mungkin telah berlaku isteri nusyuz, namun dalam undang-undang keluarga Islam negeri, isteri tidak disabitkan nusyuz selagi suami tidak membuat aduan isteri nusyuz ke mahkamah syariah dan selagi mahkamah tidak mensabitkan isteri sebagai nusyuz.

Perintah isteri perlu taat kepada suami hanyalah selagi mana tidak melanggar syarak. Jika suami menyakiti sehingga mencederakan (patah kaki tangan, hidung pecah, muka lebam, tulang retak, dan sebagainya), isteri perlu segera buat laporan polis dan laporan pemeriksaan dari hospital sebagai bukti isteri ada alasan kukuh keluar dari rumah dan bukannya nusyuz. Malah, laporan polis dan laporan hospital boleh digunakan untuk memohon fasakh (pembubaran perkahwinan).

Rasulullah SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah SAW bertanya: “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lelaki itu menjawab: “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia.” Sahut Rasulullah: “Aku tidak bertanyakan alasanmu.” “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

Ada ketika, Rasulullah SAW pernah bertanya isterinya, ada apa-apakah untuk dimakan pada hari itu, tetapi isterinya menjawab tiada apa-apa untuk dimakan, lalu Rasulullah SAW beritahu isterinya yang baginda akan berpuasa saja.

Namun kita dikejuktkan dengan berita suami mengamuk marah dan pukul isteri kerana lambat masak mi segera.

Rasulullah SAW pernah pulang lewat dan pintu rumah berkunci lalu Rasulullah SAW tidur di luar rumah. Rasulullah SAW tidak menghempas-hempas pintu atau mengejutkan isteri supaya buka pintu atau pukul isteri kerana tidak menyambutnya pulang.

Perlakuan dan perkataan yang baik-baik dari Rasulullah SAW ini tidak pula dicontohi oleh ramai lelaki. Hanya bab kahwin empat sahaja yang tidak lupa dicontohi (walau tak cukup syarat).

“Dan mereka itu (para wanita) mempunyai hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang patut.” (Surah al-Baqarah : 228) dan“Dan bergaullah dengan mereka (para wanita) menurut cara yang patut.” (Surah an-Nisaa’:19).

Isteri dan anak bukan untuk dipukul bertubi-tubi. Suami sepatutnya mencurahkan kasih sayang dan menjadi pembela. Ternyata hanya lelaki pengecut yang menjadikan isteri sebagai tempat melepaskan amarahnya.

Sampai bila wanita akan membiarkan dia diperlakukan begini? Sampai dia jadi cacat atau sehingga menemui ajal? Isteri yang dipukul seperti hamba abdi adalah bertentangan dengan kesucian Islam. Maka tidak salah jika isteri bertindak menyelamatkan diri dan anak-anaknya.

Riwayat Imam Ibnu Saad : “Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu?”

Bagi wanita yang dipukul dan masih bernyawa, anda sepatutnya tinggalkan lelaki yang bertindak kejam ke atas anda. Tiada jaminan anda akan masih bernyawa jika dipukul sekali lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
bodo dah tua2 masih dibuli dek laki..patutnya selama hidup tu belajar la cara nak hempok laki tu blik baru ada akai laki bangsat camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:56 AM | Show all posts
selagi perempuan masih dengan sindrom asal berlaki, takkan habisnya kisah-kisah macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
X de makna nya berlaki kalo kene sepak terajang dia.. Tu belum lg bab2 kn tanggung makan minum laki.. Isss baik x berlaki kalo mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:08 AM | Show all posts
akak2 semua...sebelum laki angkat tangan, karate chop tengkuk dia siap2..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 10:46 AM | Show all posts
hadoii..tolonglah ummah pompuan..jgn la sesekali bg jate2 buat uolls mcm punching bag..kesian kat diri senirik okeh???
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 02:13 PM | Show all posts
Chilaka betul laki tak guna ni...
Pada isteri dia pulak...sudah2lah perhambakan diri pada laki tak guna satu sen ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 02:19 PM | Show all posts
asal berlaki le tu..
tu pasal rela dipukul..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 02:30 PM | Show all posts
bagi aku suami yg memukul/mendera isteri ni seburuk2 lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Xbaik lawan suami
Nnti xdpt masuk syorga tau....


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:16 PM | Show all posts
klu berani cubala pukul... bila dh pukul tu jgn nyesal klu dipukul balik...

sedangkan kekadang kena sergah dgn suami pun dh kecik ati... klu kna pukul i xtau la cmne..
yg kn sergah tu mmg padan muka i la sbb potpet kaco dia tgh busy..

tapi mmg malang la kat isteri2 yg sanggup kna belasah dgn suami tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:29 PM | Show all posts
byk sgt kes gini, kalau kerajaan btl2 check nk listkan...
aku rasa 70% jantan melayu dlm mesia ni makan hasil bini dan krg ajar
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:54 AM | Show all posts
rospinki posted on 24-10-2014 09:38 AM
bodo dah tua2 masih dibuli dek laki..patutnya selama hidup tu belajar la cara nak hempok laki tu bli ...

betui tu...kalu bulih ikut macang kak long aku...suami dia ...hampir ditetak dengan parang ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:57 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 24-10-2014 09:56 AM
selagi perempuan masih dengan sindrom asal berlaki, takkan habisnya kisah-kisah macam ni

melainkan ...pempuan tu adoh strong discipline...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:59 AM | Show all posts
becir posted on 24-10-2014 10:08 AM
akak2 semua...sebelum laki angkat tangan, karate chop tengkuk dia siap2..

biar dia ankek kaki dia....bagi under cut...celah kangkang dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 05:00 AM | Show all posts
bambimo posted on 24-10-2014 02:32 PM
Xbaik lawan suami
Nnti xdpt masuk syorga tau....

ia lah tu...laki yang dapek masuk surga istri....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:02 AM | Show all posts
clarizsa posted on 24-10-2014 03:16 PM
klu berani cubala pukul... bila dh pukul tu jgn nyesal klu dipukul balik...

sedangkan kekadang ke ...

al lah...setakai istri pot pek...kena sergah ..kocik aje...jangan pulak naik tangan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:34 AM | Show all posts
eHam....eHam...kena seimbang lah sikit....

[Jenayah] Suami Paling Romantik Untuk Bulan November 2014
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=836513

Kuala Lumpur: Seorang suami sanggup menjadikan tubuhnya sebagai ‘perisai’ serta membiarkan badannya ditetak parang bertalu-talu bagi menyelamatkan isteri daripada diserang perompak ganas.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian yg laki pulak tau nak belasah bini
Dah tua pun panas baran
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.378741 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list