CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2435|Reply: 8

[Jenayah] Pekerja resort bunuh majikan dihukum gantung 24 Oktober 2014 11:19 AM

[Copy link]
Post time 24-10-2014 11:55 AM | Show all posts |Read mode

IPOH 23 Okt. - Seorang bekas pekerja sebuah resort di Pulau Pangkor dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh pengurus resort berkenaan, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh seperti mana dalam pertuduhan.

Tertuduh, Hamzah Osman, 24, didapati bersalah membunuh Norazudah Iden, 31, di sebuah bilik di Suria Beach Resort, Teluk Nipah di Pulau Pangkor, kira-kira pukul 1 pagi, 18 Ogos 2008.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd. Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili Datuk Naran Singh. - UTUSAN ONLINE
Last edited by Modngengade on 24-10-2014 12:12 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 03:14 PM | Show all posts
majikan xbayar gaji kah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:59 PM | Show all posts
dia bunuh pempuan ke neh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 06:00 PM | Show all posts
Bekas Pekerja Resort Dihukum Gantung Bunuh Pengurus

IPOH, 24 Okt (Bernama) -- Seorang bekas pekerja resort di Pulau Pangkor hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh pengurusnya, enam tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Hamzah Osman, 24, di akhir kes pembelaan.

Hamzah didakwa membunuh pengurusnya yang juga isteri kepada pemilik resort, Norazudah Iden, 31, di bilik 202, Suria Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada 1 pagi, 18 Ogos 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Zainal Adzam dalam penghakimannya berkata pembelaan tertuduh hanyalah penafian semata-mata dan tiada apa-apa nilai keterangan.

"Pemergian tertuduh dari Pangkor atau tempat kejadian dengan tergesa-gesa pada waktu Subuh dengan menuju ke seberang (tanah besar) dan kemudian ke Johor, merupakan antara keterangan mengikut keadaan yang relevan terhadap tertuduh," katanya.

Mengenai penemuan DNA tertuduh pada puntung rokok yang ditemui dalam bilik si mati, Zainal Adzam berkata dalam kes itu, penjelasan tertuduh bahawa dia adalah perokok dan sentiasa membuang puntung rokok di merata-rata adalah tidak munasabah dan tidak masuk akal.

"Tertuduh sebagai orang yang bertanggungjawab mencuci dan membersih bilik di resort berkenaan sudah tentu tidak akan membuang puntung rokok di dalam bilik yang telah dikemasnya," kata beliau.

Mengenai keterangan penjualan barangan kemas si-mati oleh tertuduh di sebuah kedai emas di Johor, hakim berkata penjelasan tertuduh bahawa ia milik teman wanitanya, merupakan kenyataan kosong tanpa apa-apa nilai bukti.

"Keterangan pihak pendakwaan mengenai barang-barang itu disokong oleh bukti yang meyakinkan," kata Zainal Adzam yang akan bersara daripada badan kehakiman mulai Jumaat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong dan tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.

Sementara itu, Naran ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sebanyak 20 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 06:00 PM | Show all posts
skandal ek?
lepak2 bilik bagai
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 06:43 PM | Show all posts
tu dia...
24 + 6 = 30 ye..

30 thn hidup sia2, dihukum gantung akhirnya
moga pelakunya insap & mendekati ngan agama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..muda2 lagi dh kne gantung. Sia2 hidup kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 07:10 PM | Show all posts
selayak nya la dik.
mereput la kamu kelak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 08:17 PM | Show all posts
cinta tak berbalas??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.076033 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list