CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2647|Reply: 7

wanita bakal penghuni surga

[Copy link]
Post time 24-10-2014 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Cerita Sedih Seorang Isteri Semasa Mandikan Jenazah Suaminya

Ia merupakan kisah sedih dan menyayat hati seorang isteri ketika memandikan jenazah suami. Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suaminya, satu perkara yang jarang berlaku. Bagaimanapun ketika itu, bapa mertuanya dan pihak polis forensik tak benarkan.

Wanita berkenaan berkata sambil menangis-nangis…

“Ini janji kami berdua.Jika abang meninggal dulu, kamu (isteri) akan mandikan jenazah abang. Kalau kamu meninggal dulu,abang akan mandikan jenazah kamu.”

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apa yang berlaku. Ustaz jawab tak pe kalau isteri nak mandikan jenazah suaminya. Ustaz tadi dan beberapa orang temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.

Si isteri dengan tenang membasuh muka suaminya sambil berdoa,

“Inilah wajah suami ku yang aku sayang tapi Allah lebih menyayangi abang. Moga Allah ampunkan dosa-dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.”

Isteri membasuh tangan jenazah suami sambil berkata,

“Tangan inilah yang mencari rezeki halal untuk kami. Masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untukmu suami ku.”

Isteri membasuh badan jenazah suami sambil berkata,

“Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2. Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku.”

Seterusnya isteri membasuh kaki jenazah suami sambil berkata:

“Dengan kaki ini,abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Terima kasih abang, Moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala berlipat gandanya.”

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata,

“Terima kasih abang kerana aku bahagia selama menjadi isterimu dan terlalu bahagia. Terima kasih kerana meninggalkan aku permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai isterimu redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah.”

Al-fatihah.



bini bini orang kat sini...sila ambil hikmah cerita ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 12:26 PM | Show all posts
huhuhuh..sedih laba citer ko ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 12:27 PM | Show all posts
sedih bukan sebab apa..sedih pasal aku takde hati dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 01:07 PM | Show all posts
semoga makcik laba diberikan hidayah seperti akak ni... aminnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 02:27 PM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 24-10-2014 01:07 PM
semoga makcik laba diberikan hidayah seperti akak ni... aminnnnnnn

amin.
amin.
amin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:42 AM | Show all posts
Kalau suami ada 2, 3, 4  isteri berebut ke tidak isteri-isteri itu?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2014 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku ada laki mcm tu pun aku akan sedih....kalau dpt laki sebaliknya..x de maknan aku nk mandikan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hat ceghita laki menyesal buat tahana dan tak pedulik kat anak bini tu mu tak teringin nak tepek ke,laba..?
tu pun bule dikategorikan isteri bayangan syorga gak tu..

apa ka nama tajuk dia..'kalau tak suka,pulangkan..' ka..ghasa aku laa..

Kasik perangat kat laki sama..jangan time bini idup ada di sisi buat dajei jah keja..bila bini dah mati baghu nak nyesai merempan meroyan tak hengat donia..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.457589 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list