CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4413|Reply: 12

Edisi GELII: Rama-rama Masuk Telinga???

[Copy link]
Post time 24-10-2014 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki 'Dengar' Rama-Rama Kibas Kepak Dalam Telinga
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 11:59 AM
[size=0.75em]Mikey lega selepas rakan berjaya keluarkan rama-rama dalam telinganya.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki menjadi tidak keruan apabila pendengarannya diganggu dengan bunyi seolah-olah ada sesuatu sedang bergerak-gerak dan mengibaskan kepak dalam telinganya.




[size=0.98em]Hanya dikenali sebagai Mikey, lelaki itu ditemui rakannya terbaring di lantai sambil mengadu mengesyaki ada serangga masuk ke dalam telinganya dan ia mungkin rama-rama.

Mikey juga memberitahu rakannya, dia dapat mendengar pergerakan serangga itu dalam telinganya terutama ketika kepaknya dikibas.

Menggambarkan saat serangga itu terbang ke dalam telinganya, Mikey berkata: "Saya dapat rasakan ia masuk, saya cuba menepis tetapi gagal."

Kejadian di Missouri, Amerika Syarikat ini menyebabkan rakannya terpaksa menggunakan lampu suluh dan penyepit untuk mengeluarkan rama-rama itu.

Tambah menyukarkan keadaan apabila telinga Mikey juga dipenuhi tahi telinga menyebabkan rakannya perlu membersihkannya dahulu, sebelum meneruskan usaha untuk mengeluarkan rama-rama yang bersembunyi jauh ke dalam lubang telinga lelaki malang itu.

Selepas beberapa kali cubaan gagal, akhirnya mereka berjaya menarik keluar rama-rama coklat sepanjang kira-kira tiga sentimeter dan ia masih hidup.

Sambil serangga itu mengibaskan kepaknya di lantai, Mikey yang ternyata lega berulang kali mengucapkan terima kasih kepada rakan yang membantunya.

Pada awal bulan ini, Mirror melaporkan bagaimana pengembara Britain terpaksa menahan rasa sakit dan tidak selesa apabila lintah melekat pada hidungnya.

Daniella Liverani ke Vietnam dan mengalami pendarahan hidung dan sebaik pulang ke Edinburgh dan mendapatkan rawatan, doktor mengesan adanya lintah pada hidungnya.

Selain itu, pada Ogos, Brit Rob Fielding dilaporkan menjalani pembedahan selama 90 minit untuk mengeluarkan rama-rama yang dikatakan berterbangan dalam kepalanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 02:47 PM | Show all posts
besar sangat ke lubang telinga sampai rama-rama boleh masok. ke kupu-kupu?

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 02:57 PM | Show all posts
dasyatnya..
setakat ni masok semut ja.. masa kecik2 lu..
siksa bangat...
rama2 mcm besar ja nak masok huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:00 PM | Show all posts
tetibe telinga rase geli2 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:49 PM | Show all posts
seram lak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:02 PM | Show all posts
Nasib dapat dikeluarkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 08:30 PM | Show all posts
Klu nk kuarkn serangga dr telinga, tutup mata, telinga yg x masuk serangga, tutup mulut, hidung. Lpstu try hembus nafas seperti angin nafas tu kuar kut telinga yg di masuki serangga tu.. Nnti pelan2 serangga tu kuardr telinga sbb dah xde udara kn...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:25 PM | Show all posts
masalhnya dia ni x rasa ke ms rerama tu start nk msk telinga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 11:41 AM | Show all posts
Memang nampak sakit sangat ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:04 PM | Show all posts
pergh. sakit tu.

Pernah dulu waktu sekolah asrama, kumbang masuk telinga. pergh, pekak telinga sebelah 2 3 hari. sampai kena g klinik
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 09:21 AM | Show all posts
taik telinga banyak....kupu2 tu igt nak terbang je tapi melekat....tarik2 makin melekat...hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:49 AM | Show all posts
ngilu kt telinga tetibe
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 12:08 PM | Show all posts
Selain itu, pada Ogos, Brit Rob Fielding dilaporkan menjalani pembedahan selama 90 minit untuk mengeluarkan rama-rama yang dikatakan berterbangan dalam kepalanya - camnerlah rerama leh berterbangan dlm kepala...lg tercapai dek akal ku ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.073315 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list