CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2662|Reply: 29

[Tempatan] Hukuman penjara lelaki Islam ‘shopping’ waktu solat Jumaat

[Copy link]
Post time 24-10-2014 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Ramai lelaki Islam ‘shopping’ waktu solat Jumaat, hukuman penjara wajar



Ramai lelaki Islam ponteng solat Jumaat dan tanpa segan silu pergi membeli-belah serta berada di kedai makan, menyebabkan hukuman penjara atas mereka memang wajar dilaksanakan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia.
Timbalan presidennya Roshdan Rafie berkata, walaupun undang-undang syarie itu tegas, ia tidak kejam kepada penganutnya kerana dalam agama Islam dinyatakan tentang kesalahan serta dosa orang yang meninggalkan solat Jumaat.

“Kita lihat sendiri apabila hari Jumaat, lelaki Islam ramai di pusat beli belah dan kedai-kedai makan tanpa segan silu tidak menunaikan kewajipan menunaikan solat Jumaat,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian.
Roshdan berkata Kelantan berhak menguatkuasakan hukuman itu kerana sudah ada di bawah Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang memperuntukkan denda sebanyak RM1,000 serta penjara selama setahun bagi kesalahan berkenaan.
Dia dilaporkan berkata oleh akhbar itu hari ini, masyarakat perlu mengubah persepsi negatif berhubung hukuman seperti dinyatakan dalam enakmen itu kerana sebarang hukuman yang bakal dikenakan itu akan mengikut prosedur betul.

“Bila dengar mungkin dipenjarakan setahun, semua ingat bila ditangkap terus dimasukkan dalam penjara. Itu semua tanggapan salah. Sebelum dikenakan hukuman, individu yang didapati bersalah boleh mengemukakan bukti dan membela diri," katanya.
Beliau turut menyeru negeri lain supaya mencontohi Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang Islam.
Ketika diminta mengulas tindakan kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) yang menyatakan tindakan kerajaan Kelantan itu bertentangan dan melanggar perlembagaan negara berkaitan kebebasan individu, Roshdan berkata peraturan dalam Islam tidak patut dipertikaikan tanpa memahami agama itu.

“Jangan cuba menjadikan agama sebagai bahan politik. Islam itu mudah dan tidak menindas umatnya,” katanya.
Exco Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas berkata, kerajaan negeri bakal memenjarakan lelaki Islam yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali selama setahun.
Katanya, setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Meranti itu berkata, sesiapa saja termasuk imam atau ahli jawatankuasa masjid boleh membuat aduan berhubung kegagalan individu menunaikan solat Jumaat bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka.
"Mereka yang membuat aduan perlu mengisi borang sebelum diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan.
"Bahagian penguatkuasa jabatan akan berbincang dengan imam. Pada masa sama, sebuah buku diberikan kepada imam dengan mengarahkan individu berkenaan menunaikan solat di masjid berkenaan sebanyak tiga kali berturut-turut.

"Imam yang dipertanggungjawab akan mencatatkan kehadiran individu itu. Sekiranya mereka gagal hadir dalam tempoh berkenaan, tindakan akan diambil," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Katanya, kerajaan PAS Kelantan juga tidak memerlukan persetujuan bukan Islam untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II atau hukum hudud di negeri berkenaan.

LFL bagaimanapun melihat hukuman itu bertentangan dan melanggar perlembagaan negara, iaitu Perkara 5 berkaitan kebebasan individu, Perkara 8 berhubung undang-undang sama rata, Perkara 9 berkaitan kebebasan bergerak dan Perkara 11 berkaitan kebebasan beragama.
- The Malaysian Insider
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki-lelaki yg sibuk pilih tudung juma tu beringat lah iya.






Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:12 PM | Show all posts
jazaa posted on 24-10-2014 03:02 PM
Lelaki-lelaki yg sibuk pilih tudung juma tu beringat lah iya.

haha tergelak tang ni

bila taim sale pn ramai gak lelaki beratur

yg besnyer barangan sale tu barangan pompuan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 03:27 PM | Show all posts
Ramai lelaki Islam ponteng solat Jumaat dan tanpa segan silu pergi membeli-belah serta berada di kedai makan, menyebabkan hukuman penjara atas mereka memang wajar dilaksanakan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia.


Tapi memang bagus pun kalo hukum ni dikuatkuasakan. Sebab selalu je kalo time pompan dok shopping2 time rehat ari Jumaat tu, yang laki pun ade je yang buat bodo je. Muka memang muka xmalu la.
Xrase bersalah ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:34 PM | Show all posts
teringat masa gi brunei....
waktu solat jumaat, sume kedai tutup....sume orang duk umah..
lelaki yg berpelesaran ms tu kena saman...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 03:47 PM | Show all posts
agree !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju.....menyemak jer..restorn penuh ngan dorg
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sebab ia wajib dan selamatkan mereka jugak. Melainkan musafir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 04:12 PM | Show all posts
mufti kelantan ni ada masuk list...u know my list ulamak ...

not mybe...

ehmm....

gosh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:25 PM | Show all posts
amboi sampai penjara...

bagusla gigih... kena samarata la hukuman.. jgn pilih2 status pulak..

pastu cepat2la laksanakan hukum bunuh kpd para perogol peliwat pencabul perompak etc..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 05:02 PM | Show all posts
denda RM 1000 satu hal, pastu penjara setahun pulak.
mohon insaf wahai jejaka2 diluar sana..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey posted on 24-10-2014 04:12 PM
mufti kelantan ni ada masuk list...u know my list ulamak ...

not mybe...


Ha..ha....

Aku terbaca satu komen forumer tu - kau jgn nak bergosh-gosh...

Lawak siot.....


Jap lg kau pun kena....


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo time semayang sangt liat ummah ini..bila ada hanjeng trus naik minyak menggelupur lalu dirasuk roh hangtuah.....yang duk propa pasal hanjeng nih bangun xsmayang subuh sis? Hipokrit sngt
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:29 PM | Show all posts
jazaa posted on 24-10-2014 05:19 PM
Ha..ha....

Aku terbaca satu komen forumer tu - kau jgn nak bergosh-gosh...

sape??




Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey posted on 24-10-2014 05:29 PM
sape??

Aku dah lupa..
Tapi memang sakit perut aku gelakk.
..


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:40 PM | Show all posts
jazaa posted on 24-10-2014 05:38 PM
Aku dah lupa..
Tapi memang sakit perut aku gelakk.
..

ehmmm

well...
u sakit perut sebab ...mungkin mybe ...ape org cakap tu ....

perut meragam...i will ....ishh takkan la...

mybe..

gosh......














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 05:41 PM | Show all posts
jazaa posted on 24-10-2014 05:38 PM
Aku dah lupa..
Tapi memang sakit perut aku gelakk.
..

ooooo,,tu forumer orange1 cakap kat dia....muahhahahahaha aku baca tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey posted on 24-10-2014 05:41 PM
ooooo,,tu forumer orange1 cakap kat dia....muahhahahahaha aku baca tu

Ha...iya lah...orange1..

Baru aku ingat...

Wah...kau pun ada gaya lah...


Terkesima aku....


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:47 PM | Show all posts
jazaa posted on 24-10-2014 05:44 PM
Ha...iya lah...orange1..

Baru aku ingat...

well...u know...

she in my list....ala ..list saya tu....

komen dia bukan tahap kaki saya...tapi atas kepala saya...
u know kepala...

gosh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo laki tu dlm keadaan musafir, acane dorg nk tahu? takkan men cekup je.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.103626 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list