CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4392|Reply: 35

[Tempatan] Bimbang terowong 
jadi projek gajah putih

[Copy link]
Post time 24-10-2014 04:06 PM | Show all posts |Read mode


Projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion yang dirancang kerajaan negeri dibimbangi menjadi projek gajah putih yang gagal memberi manfaat kepada penduduk negeri ini.
Yang Dipertua Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (GPMPP), Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, perkara itu memandangkan projek tersebut bukan merupakan ke-perluan mendesak dalam kalangan penduduk negeri ini.
Sambil melahirkan rasa kesal de-ngan kedegilan Kerajaan DAP Pulau Pinang meneruskan projek itu, Mohd. Rizuad menambah, kerajaan negeri sepatutnya mengambil kira suara majoriti rakyat negeri ini yang menolak pembangunan projek tersebut.
“Apa rasionalnya untuk negeri ini mempunyai terowong dasar laut seperti itu. Adalah jelas projek ini langsung tidak memanfaatkan rak-yat tetapi hanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu,” kata-nya kepada Utusan Ma--laysia di sini hari ini.
Mohd. Ri-zuad me-ngulas bantahan pelbagai pihak terutama pen-duduk ne-geri ini ter-hadap has-rat kerajaan negeri me-neruskan projek pem-bi-naan tero-wong dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau dengan Bagan Ajam di Seberang Perai Utara sepanjang 6.5 kilometer.
Projek yang mencetuskan kontroversi berhubung pemberian tender yang didakwa tidak telus itu dijadual memulakan pembinaan awal pada tahun hadapan dan dijangka siap dalam tempoh 12 tahun.
Menurut Mohd. Rizuad, kerajaan negeri sepatutnya memberi tum-puan kepada projek yang lebih diperlukan rakyat ketika ini antaranya penyedia-an infrastruktur yang lebih baik dan rumah mampu milik.
Katanya, kerajaan negeri sehingga kini seolah-olah tidak berbuat apa-apa dalam menyelesaikan masalah keadaan jalan raya yang tidak sempurna serta banjir kilat yang terus berulang sehingga membebankan penduduk.
“Kerajaan negeri juga langsung tidak berusaha menyelesaikan masalah rumah mampu milik yang menghimpit penduduk negeri ini sebaliknya dilihat lebih mesra pemaju yang menawarkan projek berbi-lion ringgit,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Penge-rusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang (PMPP), Muhammad Yusuf Abdul Ghani berkata, pembinaan projek tersebut bakal menyebabkan penduduk negeri ini berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.
Apatah lagi tegasnya, pembangunan projek itu turut melibatkan perjanjian pemberian konsesi tol selama 30 tahun yang pastinya hanya menguntungkan syarikat terlibat.
“Projek ini juga akan membunuh perkhidmatan feri yang selama ini menjadi keunikan dan identiti di ne-geri ini selain meletakkan masa depan pelabuhan Pulau Pinang dalam keadaan terancam,” katanya.

- sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bimbang-terowong-8232-jadi-projek-gajah-putih-1.16272#sthash.u1VBLJf2.dpuf


p/s: marah benor depa pasal konsesi tol...mcm mana dgn konsesi tol yg lain? tak mau marah jugak ka? mcm tol batu 3, tol plus. oh itu layennnn....








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 04:10 PM | Show all posts
wow....first time melayu kacukan tolak pembangunan projek2 ni......dulu kemain sebat lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:15 PM | Show all posts
dengar cite penang nak buat MRT round 1 pulau...sampai ke mainland...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 04:24 PM | Show all posts
kentel posted on 24-10-2014 04:15 PM
dengar cite penang nak buat MRT round 1 pulau...sampai ke mainland...

what??? MRT satu pulau? tak patut betul. habis lah image penang driver yg menjadi tarikkan pelancongan gitu. penang people tak mau semua tuh. depa nak suh selesaikan masalah rumah mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:26 PM | Show all posts
lompatikam posted on 24-10-2014 04:24 PM
what??? MRT satu pulau? tak patut betul. habis lah image penang driver yg menjadi tarikkan pelanco ...

no, tis is one of my fren yg cerita dkt aku...dia memang original penangites...and dia sangat kuat dgn opposition...dia ckp MRT tu akan round 1 pulau, then interconnects sampai mainland..then IKEA akan dibina dkt batu kawan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:26 PM | Show all posts
hurm.. mmg abes dah penang ni.. .kt balik pulau pelan3 depa amek..
buat umah juta2... sape je la yg mampu beli... kesian...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2014 04:40 PM | Show all posts
arira_arora posted on 24-10-2014 04:26 PM
hurm.. mmg abes dah penang ni.. .kt balik pulau pelan3 depa amek..
buat umah juta2... sape je la y ...

sama la jugak kat area KL, selangor, cyberjaya, putrajaya, seremban dan JB? siapa je la mampu beli?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:49 PM | Show all posts
betul bab rumah makin mahal bukan aje kat penang sini kat selangor pun byk rumah yg reganya juta2
x pun hampir sejuta walhal cuma double storey jer
x lg yg kat johor sana
kgku itu pun rumah dah leh tahan mahal walhal jauh dr jay bee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 05:16 PM | Show all posts
perwakilan tu terlepas pandang AES pun buat dulu, lepas kena kutuk baru ambik pandang rakyat
last2 jadi gajah putih
untung la siapa yg dpt projek RM700 juta tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:25 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 24-10-2014 04:10 PM
wow....first time melayu kacukan tolak pembangunan projek2 ni......dulu kemain sebat lagi....

errrkkk melayu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:28 PM | Show all posts
sama je umno ka pas ka dap ka pkr ka

masing2 jaga perut diri sundili je

yang peliknya penyokong siap baring atas jalan lagi taksub sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:29 PM | Show all posts
dino posted on 24-10-2014 05:25 PM
errrkkk melayu ka?

dna kacuk dino...

lagi satu mmg sume yang dok wat peribut penang ni kalau demo mmg sume rupa mamak eh??

dekat penang mmg takdak melayu pure ke ape??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:32 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 24-10-2014 05:29 PM
dna kacuk dino...

lagi satu mmg sume yang dok wat peribut penang ni kalau demo mmg sume rupa  ...

tu aaa muka berkerak jugak berlagak pejuang melayu....
concern psl org lain songlap... mcm la negeri BN aman makmur....  kat trg tu byk projek kontrobesi tp senyap jap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 05:35 PM | Show all posts
R2D2 posted on 24-10-2014 05:16 PM
perwakilan tu terlepas pandang AES pun buat dulu, lepas kena kutuk baru ambik pandang rakyat
last2  ...

itu layennnn....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 05:39 PM | Show all posts
dino posted on 24-10-2014 05:32 PM
tu aaa muka berkerak jugak berlagak pejuang melayu....
concern psl org lain songlap... mcm la  ...

jarang sekali saya tgok yang betul2 melayu tulen berdemo di penang
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:39 AM | Show all posts
Hello ...Mohd. Rizuad Mohd. Azudin ...kaw tak dapek pojek tu ke....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 04:40 AM | Show all posts
kucingTomey posted on 24-10-2014 04:10 PM
wow....first time melayu kacukan tolak pembangunan projek2 ni......dulu kemain sebat lagi....

dio tak dapek pojek tu...kesian dia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:41 AM | Show all posts
kentel posted on 24-10-2014 04:15 PM
dengar cite penang nak buat MRT round 1 pulau...sampai ke mainland...

kalu betui...apply korjo cepat Beb...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:43 AM | Show all posts
tekoyong posted on 24-10-2014 05:28 PM
sama je umno ka pas ka dap ka pkr ka

masing2 jaga perut diri sundili je

jangan silap Beb...baring atas jalan tu...terepy untuk sakit pinggang....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 07:36 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 25-10-2014 04:41 AM
kalu betui...apply korjo cepat Beb...

kiki...aden adoo kojo dah....kalau penang nanti bagi subcon pun msti anak beranak DAP dgn PAP
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.695690 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list