CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6559|Reply: 79

[Tempatan] Isteri ditendang, dicerai kerana tutup lampu bilik tidur

[Copy link]
Post time 25-10-2014 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tindakan menegur suami yang membuka lampu bilik tidur menyebabkan seorang wanita ditendang sebelum diceraikan dengan talak satu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa yang berusia 38 tahun dibelasah suaminya di rumah mereka di Jalan Sungai Besi di sini.

Sumber polis berkata, mangsa pada mulanya berselisih faham dengan suami sebaik dia pulang dari kerja berikutan lelaki itu meminta wang darinya untuk keluar bersama rakan.

Menurutnya, suami mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan menggesa mangsa menyerahkan wang, namun permintaan itu tidak diendahkan.

“Ibu kepada tiga anak itu masuk ke bilik untuk menidurkan bayi mereka berusia sembilan bulan.

“Tanpa disangka suspek turut mengekori mangsa masuk ke dalam bilik sebelum membuka lampu bilik hingga menyebabkan anak mangsa terjaga dari tidur,” katanya.

Menurutnya, mangsa meminta suaminya memadamkan lampu bilik semula kerana mahu menidurkan bayi mereka semula.

“Bagaimanapun lelaki itu menjadi berang sebelum menendang mangsa beberapa kali di muka dan badan.

“Kejadian itu turut menakutkan dua lagi anak mangsa menyebabkan mereka menangis. Lelaki itu turut memukul anak mereka sebelum melafazkan cerai talak satu,” katanya.

Menurutnya, suspek meninggalkan rumah dengan membawa beg berisi pakaiannya,

“Suspek sebelum itu sempat mengugut mahu membunuh mangsa dan anak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

“Bimbang keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian lain di Meru, Klang, seorang wanita dibelasah teruk selepas menegur suaminya yang membuat bising ketika pulang dalam keadaan mabuk ke rumah, kelmarin.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an itu menasihati suaminya supaya tidak membuat bising berikutan anak mereka sedang tidur.

Sumber polis berkata, tindakan mangsa menyebabkan suaminya naik berang sebelum memukul dan menendang mangsa berulang kali.

“Seorang saudara lelaki yang turut tinggal di rumah itu kemudian campur tangan meleraikan pergaduhan itu.

“Bagaimanapun tindakan saudara lelaki mangsa itu mengundang marah suspek sebelum memukul lelaki itu menggunakan kerusi serta menetak kepala mangsa dengan pisau pemotong daging,” katanya.

Khuatir kejadian lebih teruk berlaku, mangsa dan saudara lelakinya melarikan diri dari rumah sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 08:26 AM | Show all posts
elokla bercerai mcm ni dari dapat lelaki mental...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:41 AM | Show all posts
laki umur 38, tak bekerja, bini bekerja, anak 3 org, paling muda 9 bulan. mintak duit kat bini. orang apa la ni.

tapi yg bawah tu clear betul explanation, xyah teka2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:45 AM | Show all posts
blackred99 posted on 25-10-2014 08:41 AM laki umur 38, tak bekerja, bini bekerja, anak 3 org, paling muda 9 bulan. mintak duit kat bini. oran ...

laaa..i tak baca habis.....elokla bercerai dari tanggung laki mcm ni....mcm mana la boleh tahan menanggung laki tak keje...dahla baran..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ok la.asal berlaki..lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki malaysia makin gila
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2014 08:57 AM | Show all posts
pulang dgn keadaan mabuk....i ingat india....tp bila cerai talak satu....tentula melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:01 AM | Show all posts
noor2 posted on 25-10-2014 08:45 AM
laaa..i tak baca habis.....elokla bercerai dari tanggung laki mcm ni....mcm mana la boleh tahan me ...

tu la pasal. skang ni mmg ada la yg couple jenis laki tak kerja, jadi househusband, tapi wife kerja. ada yg aku baca aritu sebab gaji wife besar sbb pangkat dah tinggi tahap dewa ataupun husband yg buat bisnes online, so duk kat rumah je.

pada aku takde masalah pun if jenis camni, yg penting wife tak hilang respek pada suami. kalo sekadar tak bekerja, bini balik je mintak duit kat bini, mmg layak kena tendang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 09:02 AM | Show all posts
noor2 posted on 25-10-2014 08:45 AM
laaa..i tak baca habis.....elokla bercerai dari tanggung laki mcm ni....mcm mana la boleh tahan me ...

Tapi kenapa masih panggil balik lepas bercerai semata dgn alasan utk masakan utk anak anak?

Wkakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:03 AM | Show all posts
blackred99 posted on 25-10-2014 09:01 AM tu la pasal. skang ni mmg ada la yg couple jenis laki tak kerja, jadi househusband, tapi wife kerj ...

i pun terus teringat thread tu.....eh bukan ke thread tu wartawan ambik dari kata2 suami ja....cuba tanya isteri pulak...apa perasaan dia suami tak keje dan jatuh beliau menanggung?...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:06 AM | Show all posts
noor2 posted on 25-10-2014 09:03 AM
i pun terus teringat thread tu.....eh bukan ke thread tu wartawan ambik dari kata2 suami ja....cub ...

Why don't you share...since takda wartawan nak interbiu nko?


Wakakakaakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:08 AM | Show all posts
Mentalnya
Tak guna berlaki kalau dah ugut bunuh bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 posted on 25-10-2014 08:57 AM
pulang dgn keadaan mabuk....i ingat india....tp bila cerai talak satu....tentula melayu...


ada 2 kes disitu
1st kes bini balik kerja, tgh2 penat dtg laki mntk duit nak berjimba dgn member.Bini x bg, masuk bilik,somi ikut, bukk lampu, baby terjaga, lalu bertengkar. Somi bg hadiah penendang & talak satu
2nd kes : Dkt Meru, somi balik mabuk2, buat bising, bini tegur lalu bergaduh. somi bg hadiah penendang, sedara lelaki tegur lalu somi bg hadiah parang. Tapi x tercatit ada bg talak ke idak Last edited by boyagombak on 25-10-2014 09:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok bercerai je dik. Biar jadi janda dari menaggung biawak hidup mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:45 AM | Show all posts
blackred99 posted on 25-10-2014 09:01 AM
tu la pasal. skang ni mmg ada la yg couple jenis laki tak kerja, jadi househusband, tapi wife kerj ...

Kan..
Pastu dh la bini penat baru blk keje, laki pulak bini baru bukak kasut nk masuk uma, terus mintak duit nk kuar ngn member, mmg elok cerai aje...
Jiran kami dulu ade mcm ni, kesian die..


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:56 AM | Show all posts
Dah tua2 pon mintak duit lagi kat bini... nasib dah cerai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 09:59 AM | Show all posts
kalau macam baik tak berlaki dari menyusahkan hidup je.........
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 10:02 AM | Show all posts
boyagombak posted on 25-10-2014 09:10 AM
ada 2 kes disitu
1st kes bini balik kerja, tgh2 penat dtg laki mntk duit nak berjimba dgn membe ...

tak perasan....i memang jenis tak baca kalau karangan panjang2,...hihi...tq atas info..

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 10:04 AM | Show all posts
noor2 posted on 25-10-2014 08:57 AM
pulang dgn keadaan mabuk....i ingat india....tp bila cerai talak satu....tentula melayu...

ada 2 citer dlm tu...


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 10:11 AM | Show all posts
Mungkin cik Firenzza @Firenzza dapat rungkaikan mystery penyakit abang ini....







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.079090 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list