CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2800|Reply: 21

[Tempatan] Jika Marina Takde Mood Dia Takkan Tunjut Gelagat Menarik!

[Copy link]
Post time 25-10-2014 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Chukai: Mungkin ramai yang pernah menyaksikan gelagat seekor orang utan menari sambil memakan limau di laman sosial YouTube, tetapi hanya segelintir mengetahui mamalia yang dipanggil Marina itu sebenarnya satu daripada lima orang utan yang ditempatkan di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman (TRMZK), dekat sini.


Bukan saja terbabit dengan penggambaran video berdurasi tiga minit 48 saat di YouTube itu, malah Marina yang kini berusia 14 tahun turut terbabit dalam pelbagai iklan komersial antarabangsa di televisyen berikutan kelebihannya yang boleh mengikut arahan.


Pengarah TRMZK Abdul Halim Mamat berkata, pihaknya bertuah kerana memiliki Marina yang cerdik dan mampu mengikut arahan dengan baik.


“Rata-rata pengunjung yang pernah datang ke sini teruja melihat aksi Marina yang pandai menari selain keletah dan kemahirannya mengupas kelapa dengan pantas.


“Marina kini adalah tarikan utama TRMZK kerana dia sangat mesra dan pengunjung berpeluang merakam gambar dengannya berbanding orang utan lain iaitu Mawar, Melur, Anita dan Amina,” katanya ketika ditemui Harian Metro di TRMZK.


Beliau berkata, bagi memastikan ‘mood’ Marina sentiasa baik, pihak TRMZK menyediakan menu kegemarannya iaitu jambu batu dan air kotak.


“Kami menyediakan pelbagai hidangan berkhasiat terdiri daripada buah-buahan tempatan selain hidangan ringan mengikut keperluan kepada orang utan di sini seperti kelapa, tebu dan coklat,” katanya.


Menurutnya, TRMZK sentiasa memantau kesihatan Marina dan orang utan lain supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat seterusnya memperlihatkan keletahnya dengan gaya tersendiri kepada pengunjung.


“Mood Marina berperanan penting bagi memastikan ia sentiasa ceria dan memperlihatkan keletah yang menarik tumpuan pengunjung.


“Sekiranya mood Marina tidak baik, ia tidak akan memperlihatkan gelagat yang menarik, malah tidak berminat untuk berinteraksi dengan pengunjung seterusnya memencilkan diri di sebalik tembok,” katanya.

Katanya, keletah yang paling digemari pengunjung ialah gelagat Marina yang suka meminta coklat daripada pengunjung sambil menghulurkan tangan dan sesekali mengeluarkan lidah tanda merayu kepada pengunjung.

“Sejak Marina ditempatkan di TRMZK pada Oktober 2012, kawasan ini semakin meriah, malah jumlah pengunjung juga meningkat termasuk lawatan sekolah dan tabika dari seluruh negeri,” katanya.





Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 5:50 AM

MARINA menghiburkan pengunjung TRMZK dengan aksi spontannya.












- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4049#sthash.QUr8Vstj.dpuf
Last edited by GhostWalking on 25-10-2014 06:07 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 01:27 PM | Show all posts
Marina kini adalah tarikan utama TRMZK kerana dia sangat mesra dan pengunjung berpeluang merakam gambar dengannya berbanding orang utan lain iaitu Mawar, Melur, Anita dan Amina


Ali, Ramasamy & Soi Lek takde ka?

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape bg nama marina..terasa la org yg bernama marina..letakla nama hijau ke...kuning ke..perang ke...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Marina, amina, mawar dan melur,anita.....amboi nama hmm..interesting. Last edited by mbhcsf on 25-10-2014 01:37 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2014 01:56 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 25-10-2014 05:27 AM
Ali, Ramasamy & Soi Lek takde ka?

Kalau Soi Lek kena sediakan lappy lak
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 02:02 PM | Show all posts
Igt marina mane tadi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2014 02:07 PM | Show all posts
magnus posted on 25-10-2014 01:30 PM
Nape bg nama marina..terasa la org yg bernama marina..letakla nama hijau ke...kuning ke..perang ke.. ...

Kau marina eaaa.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 posted on 25-10-2014 02:07 PM
Kau marina eaaa.

Bukan...nasib baik bukan...ai cuma terpikir je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 02:23 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 25-10-2014 01:56 PM
Kalau Soi Lek kena sediakan lappy lak

point is, dorang ni nak suruh Marina and the gang tu berlesbo sajork ka...

kasi lah Awang sekor ka... mewah gitu...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
magnus posted on 25-10-2014 02:09 PM
Bukan...nasib baik bukan...ai cuma terpikir je...

Jeng jeng jeng......  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus saya terfikir marina mahathir..kesian dia sis disekufukan sebegitu rupa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat merina mahathir tadik
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Marina mahathir? Yg jantan bg nama mahathir mohamad lak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 03:15 PM | Show all posts
semua betina kah, selayaknya dilatih menjadi penari tiang dangdut belly dance arab
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 04:08 PM | Show all posts
try letak nama balqis..
test jin nk rasuk ke tk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:15 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 25-10-2014 02:07 PM
Kau marina eaaa.

orang utan je pun....

lain lah hanjeng.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 05:17 PM | Show all posts
ninja boy posted on 25-10-2014 03:15 PM
semua betina kah, selayaknya dilatih menjadi penari tiang dangdut belly dance arab

bukan sahaja semua betina, malah semua melayu uols...

betina melayu kekdahnya....

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 05:23 PM | Show all posts
takpe ke org utan minum air kotak dan coklat ni? tak kene diabetes ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated posted on 25-10-2014 05:15 PM
orang utan je pun....

lain lah hanjeng.....

Hahaha.  Kau pun marina ya?  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:36 PM | Show all posts
ingatkan siapa tadi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.098717 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list