CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3220|Reply: 38

[Jenayah] Wanita DiPukau Lelaki Berwajah Ereb.Rugi RM90k

[Copy link]
Post time 25-10-2014 08:12 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Seorang wanita mendakwa dipukau seorang lelaki berwajah Arab, di sebuah kompleks beli belah di Subang Jaya dengan kerugian dianggarkan lebih RM90,000.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, wanita itu yang baru tiba di kompleks berkenaan kira-kira jam 11.50 pagi dikatakan didatangi seorang individu tidak dikenali yang mengetuk cermin keretanya.

“Mangsa mendakwa hanya mendengar suspek berkata ‘adik’ dan tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

“Sebaik sedar wanita itu mendapati dirinya ditinggalkan sendirian di perhentian bas di Seksyen 27, Shah Alam. Semua barang peribadi termasuk telefon bimbit, dokumen pengenalan diri, wang tunai RM1,500 dan keretanya turut hilang,” katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa yang mendakwa dirinya dipukau juga tidak pasti apa yang berlaku sepanjang perjalanan ke Shah Alam termasuk laluan yang digunakan suspek.

Yahaya berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan sempat berbual-bual dengan suspek sebelum mengeluarkan wang tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kompleks berkenaan.

“Siasatan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa berjalan sendirian menuju ke ATM di tingkat tiga kompleks berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, rakaman CCTV itu turut menunjukkan imej dua orang berada dalam kereta mangsa jenis Honda Jazz, keluar dari kawasan tempat letak kereta kira-kira jam 1.45 petang.

“Bagaimanapun wajah suspek dan mangsa tidak jelas pada CCTV itu. Siasatan diteruskan bagi menjejaki suspek.

“Suspek dikatakan bertubuh gempal dan mempunyai ketinggian enam kaki selain berkulit cerah dan berjambang.

"Ketika kejadian, suspek dipercayai memakai kemeja T berlengan pendek, berwarna merah,” katanya.

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/se ... h-rm90-000-1.327473
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 08:23 PM | Show all posts
pelik

Yahaya berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan sempat berbual-bual dengan suspek sebelum mengeluarkan wang tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kompleks berkenaan.

ni lak

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, wanita itu yang baru tiba di kompleks berkenaan kira-kira jam 11.50 pagi dikatakan didatangi seorang individu tidak dikenali yang mengetuk cermin keretanya.

“Mangsa mendakwa hanya mendengar suspek berkata ‘adik’ dan tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.




Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpukau dgn ketampanan ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:31 PM | Show all posts
bambimo posted on 25-10-2014 08:25 PM
Terpukau dgn ketampanan ke apa?

terpukau dengan kegarauan suara agaknya

ADIKKK

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kata kalau ada orang bagi salam dari belakang, kita kena toleh tengok org tu dulu. Sbb takut kena pukau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:34 PM | Show all posts
ice_sky92 posted on 25-10-2014 08:31 PM
Orang kata kalau ada orang bagi salam dari belakang, kita kena toleh tengok org tu dulu. Sbb takut k ...

toleh .. pastu baru jawab salam?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2014 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pukau lah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan semudah tu di pukau...




Last edited by jazaa on 25-10-2014 08:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2014 09:00 PM | Show all posts
Jangan leka sebab ada kes derang ni berhentikan kereta kononnya nak tukar duit,ujung2 duit melayang.Memang dah pernah ada kes ni kat shah alam few years back
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:08 PM | Show all posts
sebab tu klu sorg2 jgn kosongkn fikiran, zikir ke ape.

klu minda kosong, org bole msuk format otak hang.

pukau ni jadi gak kt membe aku, laki, sorg2 pi mkn kt kdai mkn, alih2 kene tego dgn sorg pakcik, trus tak sedar bagi kad atm, no. pin skali. lpas sedar duit kene songlap rm8k, tinggal rm30 aja.

padahal membe ni bukan org bahlol pun.. budak pndai, cgpa 4.0 lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 25-10-2014 09:00 PM
Jangan leka sebab ada kes derang ni berhentikan kereta kononnya nak tukar duit,ujung2 duit melayang. ...


Betul. Aku antara yg pernah diusha. Kejadian berlaku di Puchong area depan depot sykt kurier. Masa tu aku tgh berjln menuju ke kereta yg aku parked tepi jln. Tetiba berhenti satu kereta yg dipandu olh mamat arab. Dia nak tanya jln ke Putrajaya seigt aku. Drp sekdr tanya psl jln, dia mintak nk tgk pulak matawang Malaysia kekononnya dia baru smpai d ngr ni. Haa wife aku masa tu dh bg signal kt aku supaya jgn layan n ajak chow. Apa lg bila wife nampak aku kluarkan wallet. Haha. Aku jrg baca paper, so manalah aku alert sgt kes2 seumpamanya. Bila mat arab tu nmpak aku berckp dgn wife aku dan tgk body language wife aku cam marah, terus mamat tu blah. Tahan telinga je la dgr wife aku bg lecture free Last edited by jari10 on 25-10-2014 09:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:26 PM | Show all posts
xde alasan lain ke kak? adoyaiii kemark sgt dgn arab berbulu..ni mkn dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa wanita suka fitnah ''pukau'' kehulu kehilir kat lelaki???tak ada soal lain ke???
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:36 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2014 09:41 PM | Show all posts
jari10 posted on 25-10-2014 01:18 PM
Betul. Aku antara yg pernah diusha. Kejadian berlaku di Puchong area depan depot sykt kurier. Ma ...

Nasib baik berdua.Depa guna modus operandi lebih kurang je.Kadang memang rasa bersalah sebab orang nak minta tolong tunjuk jalan etc kan.Tapi nak buat guano terpaksa untuk elak dari benda gini jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene rogol tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ice_sky92 posted on 25-10-2014 08:31 PM
Orang kata kalau ada orang bagi salam dari belakang, kita kena toleh tengok org tu dulu. Sbb takut k ...

Aku bkn setakat toleh tengok dulu...aku siap pikir nak jawab ke takk.....

Ha..ha...lantak lah mslaikat nk marah aku......


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2014 09:46 PM | Show all posts
ultra78 posted on 25-10-2014 01:36 PM

Itu pukauan kelenjar namanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
poison_paradise posted on 25-10-2014 09:43 PM
Kene rogol tak?

kena...tapi sikit jer..tak sampai inzal...keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
poison_paradise posted on 25-10-2014 09:43 PM
Kene rogol tak?

Pak ereb tak berkenan sgt dgn melayu yg tak berapa gebuzzz....


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.079898 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list