CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3542|Reply: 19

[Tempatan] Sempat melepas rindu 5 hari

[Copy link]
Post time 26-10-2014 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Maran: “Arwah hanya sempat lima hari melepaskan rindu kepada ibu bapanya yang baru pulang dari menunaikan haji di Makkah sebelum terbabit kemalangan,” kata Mohd Rofaie Hamdan, 42, bapa saudara kepada Nur Qistina Aleya Ahmad Zamani, 6, yang maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Elysion dipandu bapanya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 143.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan, berhampiran susur keluar Tol Chenor, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, MPV dipandu bapa Nur Qistina, Ahmad Zamani Yusop, 39, dalam perjalanan dari Taman Damai Court, Temerloh, ke rumah mereka di Taman Mahkota Putera, Kuantan sebelum terbabit kemalangan.

Turut berada di dalam MPV itu, isteri Zamani, Nurhanum Mohd Hamdan, 39, serta empat anak pasangan terbabit termasuk Nur Qistina dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Nur Qistina meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas tercampak keluar ke longkang di tengah jalan.

Pembantu rumah itu pula parah di kepala manakala seorang lagi anak pasangan terbabit, Ahmad Aqil Haziq Ahmad Zamani, 9, patah tangan kanan manakala penumpang lain dan pemandu treler hanya cedera.

Mohd Rofaie berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan Nurhanum sebelum dia bersama ahli keluarga yang lain bergegas ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

“Luluh hati saya apabila mengetahui Nur Qistina maut dalam kemalangan kerana sebelum itu kami sempat makan tengah hari bersama dan mereka pulang ke Kuantan, kira-kira jam 4 petang semalam (kelmarin,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, MPV dipandu Ahmad Zamani gagal mengelak treler di depannya.

“Ketika tiba di tempat kejadian, Zamani yang memandu di lorong paling kanan gagal mengelak treler dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun yang berada di depannya sebelum melanggar belakang kenderaan itu.

“Akibat rempuhan itu, kenderaan berkenaan berpusing tiga kali menyebabkan Nur Qistina yang berada di tempat duduk belakang pemandu tercampak keluar ke longkang di tengah jalan manakala pembantu rumah terhumban ke kiri jalan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera mengubungi pihak berkuasa sebelum anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan ambulans tiba untuk tindakan susulan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Laju sgt....
Bawak mpv habis treler nak ditonjol....

Agsk-agak lah....dgn kereta kau blh eksyen lah....

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian....lain masa hati2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
bahya keta besar2 bwk ramai2 jdiya korban pon beramai2.  takziah..bawak keta tu hati2 la oiii tk kira la keta tank ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 11:36 AM | Show all posts
bawa lorong paling kanan..mesti lorong laju
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah penumpang tidak memakai tali pinggang keselamatan sewaktu menaiki kenderaan? Atau kualiti tali pinggamg telah reput?


Tahziah dan alfatihah buat mangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2014 11:53 AM | Show all posts
Trelar tu pon ddk lorong kanan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah nmpk org bawak kete ni kat hway.. anak sorg kat driver seat. Sorang kat belakang. Umor dedua xsampai 3thn. Tingkap kete bukak. Kepala budak yg kat driver seat dok terjulur kuar smbil tersengih2 kat kete yg lalu sebelah dorg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 12:26 PM | Show all posts
Langgar belakang treler siapa yang salah?

Sekarang meratap.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 01:08 PM | Show all posts
Kdg2 kalau kita saja kt lorong kanan ada lori depan lorg kiri mcm kena besedia jgk takut2 lori tiba2 signal masuk kanan..so tiap kali

Nak pintas or speed beam siap2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 02:14 PM | Show all posts
kalu bawak anak ramai2, tu tk payahla potong kt highway

bawak 80km/j sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 02:36 PM | Show all posts
pakai seatbealt belakang bila jumpa roadblock je ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai Seatbelt blkg dh kuatkuasa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lori tu duk lorong kanan? Paling benci aku bila jmpa lori duk lorong kanan. Lori x patut masuk lorong paling kanan at all times. Psl kalu tiba2 lori tu rosak mapuh dkt lorong kanan tu jgk, bkn senang nk tunda ke hapa. Naya kita driver kenderaan kecik ni.
Teringat aku ada 1 eksiden few yrs back keta langgar lori rosak dkt lorong paling kanan.habes mati belaka dlm keta tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:26 PM | Show all posts
honda elysion ni lawa jon....tapi tak selawa honda odc....dan tgh2 antara stream rzs.....tapi lagi low honda cub
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 11:19 PM | Show all posts
semoga dipermudahkn urusan sekeluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 11:44 PM | Show all posts
bawa la lagi kereta laju2 membuta tuli bang, rasain loh, akak harap abang yg mati dalam kemalangan itu.
elohim itu maha adil
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 11:47 PM | Show all posts
matchstick posted on 26-10-2014 04:22 PM
Kenapa lori tu duk lorong kanan? Paling benci aku bila jmpa lori duk lorong kanan. Lori x patut masu ...

lori memandu di lorong mana sekalipun kalau kamu tak pergi langgar bontot lori itu takde la anak kau tercampak keluar dik.
tak tahu konsep jarakkan kenderaan dan tekan brake kereta ke sis?
takkan la kamu bawa kereta waji langgar kereta depan kalau kereta depan kamu itu slow dari speed yg kamu pandu?
jikalau itu pemikiran abang ini memang layak la anak beliau mati.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 11:51 PM | Show all posts
Changa posted on 26-10-2014 11:47 PM
lori memandu di lorong mana sekalipun kalau kamu tak pergi langgar bontot lori itu takde la anak k ...

hari ni kau cakap macam ni..esok2 kau maki pulak org yg memandu perlahan di lorong kanan..macamana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:20 PM | Show all posts
kita drive lorong kiri jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.077045 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list