CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2806|Reply: 12

[Tempatan] Lagi Kes superbike kemalangan dan terbakar

[Copy link]
Post time 26-10-2014 10:26 AM | Show all posts |Read mode
SEPANG

Kejayaan juara dunia, Marc Marquez muncul pelumba terbanyak meraih petak utama pada kejuaraan motosikal dunia disulami insiden mencemaskan apabila jentera pelumba Tech 3 Yamaha, Pol Espargaro terbakar ketika sesi latihan bebas yang berlangsung pada sebelah pagi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.

                  Marquez yang bernaung di bawah pasukan Repsol Honda meng­ungguli aksi kelayakan MotoGP dengan catatan masa 1 minit 59.791 saat bagi membolehkan dia menjadi pelumba paling banyak bermula di hadapan dengan rekod 13 kali, musim ini.

Bagaimanapun kejayaan juara dunia dua kali dari Sepanyol itu dikejutkan dengan insiden kemalangan yang menimpa rakan se­negara, Espargaro apabila radiator jenteranya mengalami kebocoran sehingga mengakibatkan motosikal pelumba itu terbakar ketika berada pada selekoh pertama.
Berikutan insiden berkenaan, marshal perlumbaan terpaksa mengibarkan bendera merah bagi menghentikan seketika sesi latihan yang sedang berlangsung.

Kemalangan yang menimpa Espargaro menyebabkan dia patah kaki kiri dan dikejarkan ke pusat perubatan SIC bagi mendapatkan rawatan.
Ekoran insiden malang yang menimpa pelumba Sepanyol itu, dia hanya mampu melakukan tiga pusingan pada sesi kelayakan, semalam yang menempatkan Espargaro di kedudukan ke-12.

Namun, penganjur perlumbaan memberi kelonggaran kepada Espargaro sama ada mahu meneruskan aksi hari ini atau pun sebaliknya, bergantung kepada tahap kecergasan penunggang itu.

Sementara itu, rakan sepasukan Marquez, Dani Pedrosa akan memulakan saingan, hari ini di petak kedua selepas mencatat masa 1:59.973s.
Pelumba Movistar Yamaha MotoGP, Jorge Lorenzo (2:00.203s) mengekori di tangga ketiga, manakala Velentino Rossi yang menjadi tumpuan di Sepang sekadar berada di tangga keenam.

“Pasukan melakukan pelarasan yang baik ke atas jentera saya pada sesi kelayakan hari ini (semalam).
“Namun, apa yang menjadi kebimbangan saya kini adalah Dani kerana dia perlu berusaha mendapatkan lebih banyak mata di sini bagi memburu kedudukan kedua dalam senarai pelumba MotoGP, musim ini,” kata Marquez.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2014 10:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 10:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 10:34 AM | Show all posts
?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 10:34 AM | Show all posts
?

?

?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:38 AM | Show all posts
Gambar yang menarik......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2014 10:47 AM | Show all posts
ini betul2 terlatih menyelamatkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kowser sgt tajuk tered
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 10:52 AM | Show all posts
musim moto terbakar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:54 AM | Show all posts
Elo bayar cash
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:55 AM | Show all posts
ni video dia



mcmni la bru betul, bwak dlm litar lumba,
ni bwa kt jln raya..sapa nk tolong..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 10:57 AM | Show all posts
hari ni hari minggu. ramai bikers keluar, mesti ade excident ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 12:02 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 26-10-2014 10:54 AM
Elo bayar cash

Elo elo elo
Hahahahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.064578 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list