CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4836|Reply: 25

Mangsa dera tempah piza....

[Copy link]
Post time 26-10-2014 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Piza Alasan Mangsa Dera Buat Panggilan Kecemasan

SEORANG operator 911 dikejutkan dengan panggilan kecemasan seorang wanita yang pada mulanya disangkakan sebagai gurauan kerana mahu membuat tempahan piza.

Tetapi sebenarnya tidak walaupun wanita terus mendesak untuk mendapatkan piza yang mengandungi peperoni, cendawan dan lada secepat mungkin.

Operator itu yang menyiarkan transkrip panggilan itu di laman sosial Reddit berkata, panggillan itu pada mulanya kedengaran seperti main-main tetapi ia sebenarnya sesuatu yang serius.

Selepas menghubungi 911, wanita itu memberikan alamatnya tanpa memberikan butiran mengenai insiden yang berlaku.

Apabila ditanya oleh operator mengenai apa yang berlaku di tempat kejadian, mangsa hanya mahu membuat tempatan piza, menyebabkan petugas itu percaya bahawa panggilan itu dibuat sekadar gurauan.

Transkrip yang disiarkan oleh operator itu merupakan dialog bersama wanita yang membuat panggilan kepadanya.

"911, di manakah berlaku kecemasan anda?"

"123 Main St."

"Ok, apa yang berlaku di sana?"

"Saya mahu menempah sekeping piza untuk penghantaran." (oh satu lagi panggilan gurauan).

"Cik, anda menghubungi 911."

"Ye, saya tahu. Boleh saya dapatkan sekeping piza besar dengan peperoni, cendawan dan lada?"

"Umm... maafkan saya, anda tahu yang anda menghubungi 911 kan?"

"Ye, bolehkah anda tahu bilakah ia mengambil masa?"

"Ok, cik. Adakah semuanya ok di sana? Adakah anda berhadapan dengan kecemasan?"

"Ye, memang ada."

"....Dan anda tidak boleh bercakap mengenainya kerana ada orang lain di bilik itu bersama anda?" (mula menyedari apa yang berlaku).

"Benar, memang betul. Adakah anda tahu berapa lama ia akan sampai?"

"Terdapat seorang pegawai kira-kira lebih kurang 1 kilometer dari lokasi anda. Adakah terdapat sebarang senjata di rumah anda?"

"Tidak"

"Boleh anda terus bersama saya di panggilan?"

"Tidak. Jumpa anda tidak lama lagi. Terima kasih."

Selepas seorang pegawai kecemasan dihantar ke alamat itu, operator berkenaan memeriksa rekod di rumah itu dan mendapati terdapat banyak panggilan berkenaan panggilan kecemasan.

Sebaik sahaja anggota polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui seorang wanita yang didera teruk dan seorang lelaki yang mabuk.

Operator itu kemudiannya mengulas mengenai panggilan itu: "Saya fikir wanita itu amat bijak menggunakan alasan. Sudah tentu ia menjadi salah satu panggilan yang paling diingati buat saya." - mirror.co.uk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 01:57 PM | Show all posts
genius.huhu..
nasib baik operator cepat pickup.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 02:37 PM | Show all posts
Give that operator a medal!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 04:03 PM | Show all posts
Rasanya kalau kat mesia dah lama operator tu letak telefon atau maki2....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:44 PM | Show all posts
pandai operator tu break the code.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:56 PM | Show all posts
pandainya operator tu.hehhe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2014 10:52 AM | Show all posts
operator perlu cekap tafsir nada suara pemanggil..... bkn mcm kite punye 999!!!! ular tedung selar kt umah aku , 45 minit baru bomba sampai!!!! dh la tgh malam, siap lak die pesan "tgk ular tu pergi mane n jangan bagi die lari!!!" baik aku jadi bomba je kalo gitu...sendiri tangkap!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 02:29 PM | Show all posts
bellaa posted on 26-10-2014 04:44 PM
pandai operator tu break the code.

betul betul...hebatlah operator tu....klau kat Msia emm....dah mati dah org yg call tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 03:47 PM | Show all posts
Siape_aku, kisah awak mmg lawak.haha...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:48 PM | Show all posts
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 04:30 PM | Show all posts
siape_aku posted on 27-10-2014 10:52 AM
operator perlu cekap tafsir nada suara pemanggil..... bkn mcm kite punye 999!!!! ular tedung selar k ...

Boleh pulak suruh tgk ular tu lari ke mana? aku pernah juga call bomba ular masuk rumah kat dapur so diaorg suruh aku kua dgn baby (kebetulan aku mc).. pastu diaorg keluar kata ular dah lari, dah selamat.. aku pn masuk dapur ehhhh elok je aku tengok ular tu melingkar atas rak  botol2 kaca, nasib baik abg bomba belum start engine nak balik phewwww...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:01 PM | Show all posts
dua dua pun bijak....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 11:28 PM | Show all posts
siape_aku posted on 27-10-2014 10:52 AM
operator perlu cekap tafsir nada suara pemanggil..... bkn mcm kite punye 999!!!! ular tedung selar k ...

adik aku call mintk ambulance sbb ada budak kena langgar, operator tu tya teruk ke budak tu? umur brapa? adeiii menyempat lak dia. Akhir skali org kg yg bwk budk tu ke spital. org dh blk semua br dtg, siap call adik aku blk ckp xde pn kemalangan tu. tggu ko nk anto ambulance, arwah la budak tu. bengong!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 08:55 AM | Show all posts
edmundo posted on 27-10-2014 03:47 PM
Siape_aku, kisah awak mmg lawak.haha...

haah, sebab dh selamat lawak la...tapi mase kejadian, peluh jantan, peluh pompuan, peluh pondan sume kuar....hahahaha.... yg mat2 rempit, mat pekida yg bajet sado lengan berketul2 mcm plastic susu 2kilo tu, pakat tgk dari jauh je...datang berbelas bijik moto tapi sume tgk dari jauh...terserlah fonen memasing.....sudahnye budak JPAM kat area umah tu yg tangkap....yang tak bole blah...dgn ular die berani...sekali ade lipas panjat seluar die, terus menjerit...ahahahaha.... elok die masuk guni ular tu (aku tak tau dari mane die dpt guni), baru bomba dtg.... ular tu lepaskan kat hutan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 02:32 PM | Show all posts
xde pic mangsa dera tu???
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:17 PM | Show all posts
Nasib operator tu faham maksud yang tersurat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
siape_aku posted on 27-10-2014 10:52 AM
operator perlu cekap tafsir nada suara pemanggil..... bkn mcm kite punye 999!!!! ular tedung selar k ...

Ini kelakar sbb penah jadi kat rumah aku.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:21 AM | Show all posts
siape_aku posted on 27-10-2014 10:52 AM
operator perlu cekap tafsir nada suara pemanggil..... bkn mcm kite punye 999!!!! ular tedung selar k ...

gilo suruh ko tengok ular tu gi mana?
ular tedung kot..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 11:05 AM | Show all posts
Artemesiaa posted on 28-10-2014 04:17 PM
Nasib operator tu faham maksud yang tersurat.

tersirat laa chuolss

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 11:40 AM | Show all posts
mokcikKSKB posted on 28-10-2014 09:35 PM
Ini kelakar sbb penah jadi kat rumah aku.

sabar je la kan.....huhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.102260 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list