View: 3877|Reply: 12
|
[Tempatan]
‘Ribut berhenti dengar azan’.Abang Tentera Berbadan Sado Baiki Bumbung
[Copy link]
|
|
Ledang: “Oleh kerana terlalu takut, anak saya melaungkan azan sebelum ribut reda dengan tiba-tiba,” kata Rahmah Rahmat, 51, mangsa ribut yang menyebabkan 15 rumah di Kampung Teluk Rimba, Bukit Kangkar, di sini, rosak dalam kejadian Isnin lalu.
Rahmah berkata, kejadian jam 3 petang itu menyebabkan bumbung rumah bergegar sebelum tercabut dan diterbangkan angin kencang yang melanda.
“Saya bersyukur semuanya selamat. Ribut yang melanda menyebabkan bumbung rumah bergoncang tiga kali sebelum bumbung tercabut.
“Bagaimanapun, sebaik anak kedua saya Alif Senin, 29, melaungkan azan ribut terus berhenti,” katanya.
Ribut turut menyebabkan bumbung 15 rumah rosak akibat diterbangkan angin dengan jumlah kerugian dianggarkan RM100,000.
Bumbung tiga daripada 15 rumah terbabit terjejas teruk menyebabkan tiga keluarga membabitkan lebih 10 penghuni dipindahkan ke surau kampung buat sementara waktu.
Rahmah berkata, sejak tinggal di kampung itu lebih lima tahun lalu, ia kejadian ribut pertama kali berlaku yang disifatkan sebagai pengalaman paling menakutkan pernah dilalui.
“Ketika kejadian saya dan tiga anak berada di ruang tamu dan apabila rumah dipukul ribut bumbung rumah bergoncang tiga kali sebelum diterbangkan. Kami bersembunyi di dapur bagi mengelak terkena runtuhan bumbung yang patah.
“Walaupun angin kencang mulai reda, rumah kami dipenuhi air hujan menyebabkan perabot dan beberapa barangan elektrik rosak,” kata ibu kepada enam anak itu.
Menurutnya, walaupun sedih kerana kejadian itu berlaku menjelang majlis perkahwinan anak ketiganya, Norhidayah, 25, pada 6 Disember ini, mereka tetap bersyukur kerana ahli keluarga terselamat.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:11 AM
«»
anggota tentera membaik pulih bumbung mangsa ribut di Kampung Teluk Rimba, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5213#sthash.2IF0ndYX.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
huntung laaaa org2 kg jugak. dapat usha abg sado baiki atap. |
|
|
|
|
|
|
|
byk kali aku prasan bila ujan tgh lebat...masuk je waktu azan ...ujn jd reda...trus renyai
kalo dgr ribut petir bagai...istighfar je byk kali... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib ribut tak berlaku di kg baru cina, estet india, atau jinjang...sape nak laung azan?? |
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 30-10-2014 07:49 AM
byk kali aku prasan bila ujan tgh lebat...masuk je waktu azan ...ujn jd reda...trus renyai
kalo dgr ...
betul tu..klo tgh ujan ribut bile azan je makin reda.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak menahan baca tajuk akak ghost ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ok aku masuk benang ni semata2 nak tgk abg sojar berbadan sado je.. |
|
|
|
|
|
|
|
sado sgt abg askar tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
abg sado..nan hadoo
bole la dia usha2 awek kpg.. |
|
|
|
|
|
|
|
badan sado ni apa benda weh...? perkataan baru ke? |
|
|
|
|
|
|
|
apa kaitan azan dgn bencana alam??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|