CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12735|Reply: 231

[Tempatan] Kes cerai makin parah.Salah Siapa Atau Apa?

[Copy link]
Post time 30-10-2014 07:41 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Trend perceraian di Malaysia semakin meningkat dalam tempoh lima tahun sejak 2007 menunjukkan ia perlu ditangani dengan serius oleh semua pihak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Dasar Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Anjli Panalal Doshi, dapatan kajian yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia itu sehingga 2012 menunjukkan berlaku peningkatan kes perceraian setiap tahun.

Katanya, berdasarkan kajian itu, jumlah kes perceraian bagi pasangan Muslim saja pada 2007 ialah 18,592 diikuti 20,206 (2008), 24,274 (2009), 24,226 (2010), 23,200 (2011) dan 24,886 (2012).


“Manakala peratusan usia antara 35 hingga 44 tahun adalah paling tinggi bercerai iaitu 31.4 peratus berbanding kumpulan usia lain berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

“Kebiasaannya punca perceraian berdasarkan kajian 10 tahun sekali yang pihak kami lakukan ialah tiada persefahaman dan tidak bertanggungjawab malah, berdasarkan satu kajian di Barat menunjukkan 70 peratus orang tidak mendapat pelukan dalam hidup mereka,” katanya kepada pemberita selepas Forum ‘10 Saat Pelukan Keluarga’ di Bangunan LPPKN di sini, semalam.

Barisan panel dalam forum itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pengasuhan Positif Datuk Dr Zulkifli Ismail, Kolumnis Smart Parents Network Sdn Bhd Zaid Mohamad dan Panel Program Tanyalah Ustazah TV9 dan Tiga Ustazah Astro Oasis Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria.

Dr Anjli berkata, atas dasar tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi LPPKN mengadakan inisiatif melancarkan kempen ‘10 Saat Pelukan Keluarga’ pada Ahad ini sebagai memupuk budaya meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

“Pada hari berkenaan setiap rakyat Malaysia digalakkan memeluk anak dan pasangan masing-masing sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 saat di rumah.

“Kami berharap kempen ini akan menjadi budaya yang mengingatkan setiap lapisan masyarakat mengenai amalan utamakan keluarga dalam pelbagai perspektif kerana kasih sayang adalah tunjang kesejahteraan negara,” katanya.

Sementara itu, Zaid berkata, kempen ini adalah langkah proaktif untuk mencegah masalah seperti keretakan dalam hubungan kekeluargaan.





      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:12 AM   
«»
ANGGOTA panel forum yang diadakan di bangunan LPPKN di ibu kota, semalam.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5217#sthash.vdUVRs2K.dpuf Last edited by GhostWalking on 30-10-2014 02:04 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 08:08 AM | Show all posts
x semestinya semakin lama bersama semakin serasi...
kdg2 bersama dalam tempoh yg lama sekadar bertahan saja..
kalau da x boleh terus bertahan dr terus menderita & terseksa & xde lagi persefahaman lebih baik berpisah
buat apa terus menerus hidup dlm kepuraan puraan sdgkan dlm hati menyumpah seranah, mengungkit, mencela pasangan sendiri..menambahkan dosa jerk..
buat apa sekadar nak kurangkan rekod peningkatan penceraian kalau hidup dlm hubungan yg xde makna & kualiti pun..

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anak pompuan dah jadi isteri orang, takkan bapak nak peluk kemas kemas ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:18 AM | Show all posts
haryatie posted on 30-10-2014 08:08 AM
x semestinya semakin lama bersama semakin serasi...
kdg2 bersama dalam tempoh yg lama sekadar berta ...

putus sudah kasih sayang...cari lain la..

[youtube]xdOLlg4WmbM[/youtube]






Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:24 AM | Show all posts
Psgan non-muslim duduk sekali (trial run) dulu sebelum kawin dah jadi trend skrg. Itu pasal diorg tak byk cerai.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:27 AM | Show all posts
haryatie posted on 30-10-2014 08:08 AM
x semestinya semakin lama bersama semakin serasi...
kdg2 bersama dalam tempoh yg lama sekadar berta ...

betul... nak bertahan sebab anak, tp kebahagiaan diri sndiri xde... cerai jalan terbaik...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2014 08:29 AM | Show all posts
salah satu punca cerai berai ni sebab "RM"
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila hati berubah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 08:33 AM | Show all posts
lavaroyel posted on 30-10-2014 08:18 AM
putus sudah kasih sayang...cari lain la..

yerrrr......
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
haryatie posted on 30-10-2014 08:08 AM
x semestinya semakin lama bersama semakin serasi...
kdg2 bersama dalam tempoh yg lama sekadar berta ...

Anak2 pun jd psycho mak bapak asik berperang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bell posted on 30-10-2014 08:24 AM
Psgan non-muslim duduk sekali (trial run) dulu sebelum kawin dah jadi trend skrg. Itu pasal diorg ta ...

Takkan nak suruh yg muslim ni trial gak kot.....sbbnya masing masing tak tau pentingnya tanggungjawap....ingat nak seks halal saja
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:01 AM | Show all posts
Vellfire posted on 30-10-2014 08:29 AM
salah satu punca cerai berai ni sebab "RM"

betul tu vell. most of my friends yg divorcee ni mmg kes financial.
2-3 thn pertama mmg bahagia
masuk thn ke-4 dgn jumlah tentera yg makin bertambah..erm paham2 je la
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:04 AM | Show all posts
Pakat cerai beramai2 ni sebab nak pi cari awek Thai ke??
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:14 AM | Show all posts
makneng posted on 30-10-2014 09:01 AM
betul tu vell. most of my friends yg divorcee ni mmg kes financial.
2-3 thn pertama mmg bahagia
...


banyak sebab sebenarnya

kalau tak pandai urus duit
macam mana nak urus keluarga?
tambah2 sekarang ni barang semua mahal
nak beli rumah pun fikir 1000x
ada yg murah tapi jauhhhh, yg dekat tak mampu pulak rega ratus2 ribu

selain tu godaan disekeliling kita
mesti adik, akak, abang sini tau kan


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:14 AM | Show all posts
bila dah duk serumah baru tau perangai masing2.....
antara sabar dan tak aja lah
tp klau dah tak serasi...jalan terakhir bwk haluan masing2....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:18 AM | Show all posts
maka jika dilihat dari segi kebaikan adalah..pihak kami mendapat kelebihan dari segi permintaan untuk pengangkutan apabila pasangan bercerai si isteri akan memindah barang ke tempat lain oleh itu lari 3 ton atau 1 ton amat sibuk sekarang dan pendapatan mengunjur sedikit naik dari 12 bulan yg lalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 09:22 AM | Show all posts
nak buat macam mane...konon pemempin sendiri nk bercerai (nurul izzah) *cough*
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:46 AM | Show all posts
mana tak cerai..
masa dating jumpa cantik handsome wangi manja penyayang pemurah..
bila dah kawin duduk serumah baru tau true colors
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:49 AM | Show all posts
menjadi trend kt malaysia skang nie......cuba tengok apa kesilapan dalam apa yang dilakukan.....lain kata..muhasabah diri...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:53 AM | Show all posts
namirulmukminin posted on 30-10-2014 09:04 AM
Pakat cerai beramai2 ni sebab nak pi cari awek Thai ke??

ye la tu...mmb aku mcm tu la..kne cerai sbb laki die ade awek siam wo....yg sorg lg tu...bapak die nk kawin ngn org asli....sian la...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.317644 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list