CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7811|Reply: 92

[Tempatan] TERKINI:Guru lemas jatuh sungai UPDATE #28

[Copy link]
Post time 30-10-2014 04:23 PM | Show all posts |Read mode
SUNGAI PETANI - Seorang guru wanita dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat sini semalam.

        Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat wanita berusia 46 tahun itu masih dijalankan.

        Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Rosdi Ismail berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam
        pada jam 3.35 petang.

        Beliau berkata, pencarian dilakukan penduduk kampung sehingga 500 meter dari lokasi tetapi gagal menemui wanita itu.

        "Keluasan sungai lebih kurang 100 meter. Kerja-kerja mencari dan menyelamat diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama Last edited by GhostWalking on 30-10-2014 12:00 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 04:25 PM | Show all posts
kesian nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana boleh terjatuh ye?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:42 PM | Show all posts
cegu  buat apa kat ctu?
memancing? beriadah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:44 PM | Show all posts
harap cepat ditemui
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:49 PM | Show all posts
katanya depressed sbb hubby kawin lain....sedihnya cikgu siti hajar kalau betul takkan sampai begini akhirnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2014 04:51 PM | Show all posts
nalis posted on 30-10-2014 04:33 PM
Mcm mana boleh terjatuh ye?

Memancing kot?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah sis.semoga roh dicucuri elohim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 04:55 PM | Show all posts
HaifaHanna posted on 30-10-2014 04:51 PM
Memancing kot?

dia depressed. dah beberapa hari duduk kat tebing sungai tu tak pi sekolah sampai jiran2 pi hantar makan/minum.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:59 PM | Show all posts
kasihannya kalau depressed kerana suami kawin lain


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:13 PM | Show all posts
mana gambar perempuan yang ambil suami dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:20 PM | Show all posts
Innalillah...semoga segera ditemui
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:25 PM | Show all posts
kesian dia kalau betul depress.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo betul la sebab suami dia curang dia bunuh diri alahai kesiannya. Puas la hati ko jantan. Korang suma tolongla jgn cinta mati sangat kt laki/bini/gf/bf korang. Cinta la Allah dulu sblm cinta manusia lebih2
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:34 PM | Show all posts
heran dgn perempuan melayu
laki kawin lain, bini merana
apa ada hal? hidup ajela mcm biasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong posted on 30-10-2014 05:28 PM
Kalo betul la sebab suami dia curang dia bunuh diri alahai kesiannya. Puas la hati ko jantan. Korang ...

Setuju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 05:39 PM | Show all posts
sekngucing posted on 30-10-2014 05:34 PM
heran dgn perempuan melayu
laki kawin lain, bini merana
apa ada hal? hidup ajela mcm biasa

elehh senang je kau cakap..tu soal hati tau..merana bukan hanya kerana di tingalkan tapi sedih kerana rasa di anaiya.ditipu .put  urself in her shoes.dah kau syg  dan pecaya100 % dgn suami .last2 dgr dia ada bini lain.ada kah kau  happy ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:43 PM | Show all posts
sape tak merana oii..sayangg kott bepuluh2 tahun hidup same..cume yg tak betulnye kalau smpai depressed mengabaikan diri tak igt Tuhan la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:43 PM | Show all posts
wadiunong posted on 30-10-2014 05:28 PM
Kalo betul la sebab suami dia curang dia bunuh diri alahai kesiannya. Puas la hati ko jantan. Korang ...

aku tak fikir dia bunuh diri..dia tertekan tu tak sedar apa yg dia buat ..tergelincir kot...kesian .
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:48 PM | Show all posts
voiletiris posted on 30-10-2014 05:39 PM
elehh senang je kau cakap..tu soal hati tau..merana bukan hanya kerana di tingalkan tapi sedih ker ...

kena tipu? kena aniaya? apa benda ni?
ni halal laa
takkan nak lawan benda yg dah dihalalkan?
heran aku

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.091625 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list