Shah Alam: Akibat tertekan dengan penyebaran video memaparkan dirinya memukul dan memaksa seorang bayi memakan ubat, seorang pengasuh menyerah diri kepada polis, di Kota Kemuning, di sini, pada 30 Oktober lalu.
Berdasarkan rakaman berdurasi dua minit 18 saat itu, wanita berusia 35 tahun dilihat memaksa bayi jagaannya memakan ubat dengan cara menekup serta menekan muka bayi berkenaan.
Wanita terbabit turut memukul dada bayi lelaki berusia 17 bulan itu tanpa belas kasihan sambil menekan muka bayi itu sekuat hati.
Menurut sumber, selepas rakaman berkenaan menjadi viral di laman sosial pada 30 Oktober lalu, beberapa laporan polis dibuat terhadap wanita itu termasuk daripada pihak taska di mana suspek terbabit bekerja.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:08 AM
«»
SUSPEK yang mendera kanak-kanak ketika memberi makan ubat disebuah taska.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6883#sthash.9m3W4NXw.dpuf |