CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3958|Reply: 40

[Tempatan] Panglima suluk ditembak

[Copy link]
Post time 31-10-2014 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU 30 Okt. – Penduduk di sekitar Penampang dekat sini gempar dengan satu kejadian tembakan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjata dan pasukan keselamatan berhampiran sebuah pasar raya di Penampang dekat sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, difahamkan kumpulan lelaki berkenaan keluar dari sebuah pacuan empat roda berwarna putih lalu berhenti di tengah-tengah lorong di sebuah blok bangunan di kawasan terbabit.

Kumpulan itu dipercayai cuba melakukan jenayah samun dan rompakan di salah sebuah premis berhampiran.

Sumber memberitahu, sepasukan anggota polis yang berada di tempat kejadian bertindak melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan dua penjenayah terbunuh di tempat kejadian.

Menurutnya, dua yang terbunuh dipercayai merupakan kumpulan pengganas Sulu berpangkat ‘panglima’.

Pengamal media termasuk jurugambar yang berada di tempat kejadian bagaimanapun dihalang membuat liputan di lokasi kejadian sementara Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh yang berada di lokasi enggan memberikan sebarang kenyataan.

Kalangan media yang berada di tempat kejadian juga menyaksikan polis telah menutup kawasan tersebut di samping dua ‘mayat' diusung ke dalam kenderaan polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang ditanya tentang kejadian itu menerusi WhatsApp juga ‘menutup mulut'.

Ketika ditanya sama ada kejadian itu sebagai latihan polis, beliau hanya menjawab:

“‘Exercise’ (latihan) ada juga, di samping operasi memburu penjenayah."

Beliau turut menambah, pihaknya akan menjelaskan tentang insiden itu dalam sidang akhbar di pejabatnya, esok.

Menerusi sidang akhbarnya iaitu beberapa jam sebelum kejadian tembakan itu berlaku, beliau ada memaklumkan polis kini sedang melakukan latihan mengekang penceroboh, penyeludupan dan penculikan menerusi Op Gempar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 09:14 AM | Show all posts
Latihan la sangat...ada dua mayat dlm kereta
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko tau ke dia mati...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:42 AM | Show all posts
elok le
kita wajib mempertahan negara kita
walaupun apa cara pun buat lah as long as rakyat malaysia selamat
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:03 AM | Show all posts
gambar2 disebarkan melalui whatsApp
















Last edited by Login_ID on 31-10-2014 10:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:53 AM | Show all posts
rasakan

dont play2 with
the best among the best
of the Royal Malaysian Police commandos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 10:55 AM | Show all posts
alhamdulillah mati.         
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:56 AM | Show all posts
wah...hebat betul geng UTK ni

teringin pulak aku nak jadi macam diorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 11:06 AM | Show all posts


sempoi gila UTK nih...... tgk sorang nek moto je, pakai helmet... sorang lagi pakai seluar sekerat.....



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:11 AM | Show all posts
that means polis mmg pantau ye ...keselamatan di Sabah ni ...ekoran kejadian dulu.

okay ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:15 AM | Show all posts
mcm cite coboi.....bagus2......kasi bunuh je sapa2 yg selalu bikin kecoh dlm negara
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:30 AM | Show all posts
mikasa posted on 31-10-2014 10:56 AM
wah...hebat betul geng UTK ni

teringin pulak aku nak jadi macam diorg

kan, aku pun rasa mcm tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:44 AM | Show all posts
dengar gangstar kongsi gelap gaduh tembak tembak...kemudian polis masuk....tak ada kena mengena dgn tajuk...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 03:51 AM | Show all posts
shabas PDRM
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 04:26 AM | Show all posts
Perghh...cayalah PDRM! Tolong bunuh kan semua keparat2 suluk yang datang menceroboh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:01 AM | Show all posts
abes keturunan @Simunggu  kena tembak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2014 07:52 AM | Show all posts
aku pun heran kenapa dulu apabila kampung Seri Tanjung dipindahkan...dipindahkan ke Kinarut....skg Pulau Gaya pula...mau dipindahkan juga ke Kinarut...

Kenapa kerajaan tak pindah kesebelah utara pula mcm Tuaran, Kota Belud...???..sanakan banyak suluk...

Yg dipindahkan ini kebanyakannya pendatang yg baru dpt IC...pilak pun banyak..siap pindah bawa M16...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 12:36 PM | Show all posts
Simunggu posted on 3-11-2014 07:52 AM
aku pun heran kenapa dulu apabila kampung Seri Tanjung dipindahkan...dipindahkan ke Kinarut....skg P ...

abis la brunei di sana...ada jarum-jarum halus nak menghapuskan brunei...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 02:43 PM | Show all posts
OmJualGas posted on 3-11-2014 12:36 PM
abis la brunei di sana...ada jarum-jarum halus nak menghapuskan brunei...

kalau dipindahkan SOGT dulu...amatlah dialu alukan...tapi bukan sul...kalau sul bagus hantar pg Tuaran kah..Donggongon kah...KB kah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 03:36 PM | Show all posts
OmJualGas posted on 3-11-2014 12:36 PM
abis la brunei di sana...ada jarum-jarum halus nak menghapuskan brunei...

Hanya mampu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075153 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list