|
SEPANG – Polis menemui semula sebahagian besar daripada wang berjumlah RM2 juta yang disamun daripada sebuah van keselamatan di Lestari Perdana, Seri Kembangan di Serdang, Selangor Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, wang berjumlah RM1.1 juta tersebut ditemui selepas pihaknya menyoal siasat lima lelaki yang ditahan dalam tempoh 30 jam selepas rompakan itu berlaku.
Katanya, empat daripadanya merupakan pengawal sebuah syarikat keselamatan yang yang ditahan sejurus kejadian manakala seorang lagi lelaki berusia lingkungan 30-an diberkas awal pagi kelmarin ketika sedang tidur di rumahnya di Felda Jengka, Pahang.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
|