CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1674|Reply: 12

[Tempatan] Kenderaan lebih muatan, JPJ isytihar ‘perang’

[Copy link]
Post time 31-10-2014 07:15 AM | Show all posts |Read mode
PERMATANG PAUH 31 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi besar-besaran bagi `memerangi’ syarikat dan pemandu kenderaan perdagangan yang tidak mematuhi syarat muatan ditetapkan agensi itu, bermula 1 Disember ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan pengguna jalan raya itu yang membawa muatan berlebihan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurut beliau, Jabatan Peguam Negara telah membenarkan pihaknya menghantar kertas siasatan kes membabitkan kesalahan itu secara terus kepada Pejabat Pendakwa Raya (DPP) supaya tindakan segera dapat diambil.

“Operasi besar-besaran dan bersepadu akan kita gerakkan di kawasan-kawasan panas yang sering menjadi tumpuan kenderaan lebih muatan ini di seluruh negara,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan bersama Penguat Kuasa JPJ Zon Utara di sini semalam yang dihadiri oleh 448 anggota dan pegawai penguat kuasa JPJ dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut Ismail, dalam usaha itu pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Katanya, mereka yang melakukan kesalahan itu boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 89 dan 92, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300.

“Mereka yang didapati bersalah juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman penalti maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ismail berkata, JPJ juga tidak akan teragak-agak menggantung permit mana-mana institusi memandu yang didapati mengenakan yuran lesen memandu melebihi harga siling ditetapkan.

Menurutnya, semua pengusaha institusi memandu wajib mematuhi harga siling tersebut memandangkan kajian lengkap telah dilakukan sebelum penguatkuasaan harga berkenaan dilakukan.

“Sebelum ini purata untuk mengambil lesen kereta adalah RM1,300 hingga RM1,400, tetapi selepas kajian dibuat JPJ telah tetapkan harga siling sebanyak RM1,150 bagi kereta manual dan RM1,250 untuk kereta automatik.

“Bagi lesen B2 iaitu motosikal pula, harga maksimum yang boleh dikenakan adalah sebanyak RM350,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung yuran lesen memandu yang tinggi boleh menyalurkannya ke ibu pejabat JPJ berdekatan untuk tindakan lanjut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 07:49 AM | Show all posts
perang betul2, jgn pilih bulu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat bukan nak operasi besar-besaran mega raksasa ke apa........

Yg penting ialah operasi yg berterusan.

apa la bangang nya enforcement kt malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 08:11 AM | Show all posts
korang perasan tak... setiap kali JPJ ni buat road blok mesti ada kete tonto dekat situ...
pernah terserempak JPJ n makan, tonto dok meje sebelah, JPJ bla... tonto pun ikut sama,

kalau mcm ni sampai bila kes tak selesai,
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya bila lori bawa batu lebih muatan..bila batu jatuh ke jalanraya dan pecahkan cermin kenderaan kita,apa yg perlu dilakukan (hak sebagai pengguna jalanraya)?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:12 AM | Show all posts
jangan cakap je perang, pastu kau memilih bulus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 09:13 AM | Show all posts
batusembilan posted on 31-10-2014 07:56 AM
Rakyat bukan nak operasi besar-besaran mega raksasa ke apa........

Yg penting ialah operasi yg be ...

Enforcement kat Malaysia ni mcm hampas dan bermusim.

Kenderaan berat lebih muatan ni menyusahkan dan membahayakan nyawa pengguna jalanraya lain.
Disebabkan amalan lebih muatan, naik bukit tak larat dan penyebab jem, lori asyik rosak, banyak kes tayar pecah, break rosak, barang muatan yg jatuh di jalanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sat lgk dgr perang ditangguhkn utk jpj kaji bla bla blalol:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 09:46 AM | Show all posts
Equalizer posted on 31-10-2014 09:13 AM
Enforcement kat Malaysia ni mcm hampas dan bermusim.

Kenderaan berat lebih muatan ni menyusahka ...

itu la pasal......org nk berterusan.....bukan nya bermusim ke.....besar2an ke......ni semua permainan org2 malas
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:49 AM | Show all posts
semoga ianya berterusan
tolong lahhh
and lagi satu tolong lah tengok and do something pada orang2 yang suka park kereta mereka di hentian bas or teksi and buat bodo tinggalkan kereta semalaman kat situ macam garaj rumah dia dibuatnya
tow je kereta yang park kat hentian bas or teksi ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebuh raya gm-kb penuh dgn roadblock beberapa minggu nih..
Dekat machang satu.dabong satu.

Sekian berita pprt dari kelate darul isele.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 04:01 AM | Show all posts
PERMATANG PAUH 31 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi besar-besaran bagi `memerangi’ syarikat dan pemandu kenderaan perdagangan yang tidak mematuhi syarat muatan ditetapkan agensi itu, bermula 1 Disember ini.

dah sekor lagi ...buek istiharan.....siap bagi tau tarikh
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 05:16 AM | Show all posts
Cuba aa buat jln bypass kuantan ni kalo berani...kekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.064152 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list