Apam Manis, #AwakKatMana? – Aidil Zafuan Cari Ni
Bagi seorang wanita, detik-detik bergelar ibu adalah saat yang paling dinantikan, betul tak? Terutama bila mengidam sesuatu, pasti encik suami akan tunaikan.
Seronok betul kami lihat cara Aidil Zafuan melayan isterinya, Zarema Zainal yang sedang sarat mengandung anak sulung mereka. Iyalah, siapa tak sayang bini oii.
Mengidam punya pasal, Aidil sempat bertanya pada pengikut Instagram jika ada sesiapa yang ingin ke Jakarta. Nak kirim murtabak manis katanya. So sweet!
Tapi, yang lucunya, ramai yang tertanya-tanya sama ada yang di idamkan Zarema itu murtabak atau apam balik manis. Kalau lihat pada foto yang dimuat naik, rasanya apam balik.
Tiba-tiba Instagram Aidil jadi medan perdebatan pengikutnya yang tak bersetuju apam balik manis dipanggil murtabak. Haha, macam-macam ragam! Kami pun tergelak membacanya.
Namun, kami respect dengan keprihatinan masyarakat Malaysia yang tak lokek untuk berkongsi lokasi di mana Aidil boleh mendapatkan makanan tersebut. Apapun, tak kisahlah murtabak atau apam balik, yang penting Aidil dapat menunaikan hajat isteri kesayangannya itu. Semoga berjaya Aidil!
From: OhBulan
http://www.ohbulan.com/aidil-zafuan-cari-apam-manis/
P.s Macam biasa lah, kalau benang tidak relevant/tidak sesuai/sudah ada or benang bakal tak laku, momod sila lah katup tapi kasi lah tacang dulu sebutir dua he he he
Last edited by NHolmes on 26-11-2014 03:00 PM
|