CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2135|Reply: 14

[Tempatan] Mamat Khalid Masuk ICU.Kini Stabil

[Copy link]
Post time 31-10-2014 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: “Sebenarnya dari semalam lagi dia dah mengadu tak sedap badan. Keadaan dia makin serius pagi tadi jadi kami terpaksa hantar ke hospital. Dia ditahan kerana doktor sahkan jantungnya tersumbat,” kata Hasmah Hassan, isteri kepada Mamat Khalid mengenai suaminya yang kini ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Assunta dekat sini, akibat masalah jantung, pagi ini.
Hasmah yang dihubungi berkata, Mamat yang mengadu keletihan sejak semalam terpaksa ditahan di hospital itu sejurus mereka melakukan pemeriksaan bagi merehatkannya.
“Abang (Mamat) jenis yang fobia dengan hospital dan tidak pernah buat pemeriksaan kesihatan jadi kita pun tak tahu dia ada masalah apa-apa.

“Pagi tadi bila doktor periksa tahap darahnya naik tinggi jadi doktor terpaksa buat rawatan segera. Saya difahamkan keadaanya stabil sekarang dan doktor mahu dia berehat,” katanya.
Difahamkan, pengarah filem Amir dan Lokman Pergi Ke Laut itu ditahan di ICU hospital swasta itu pagi ini kerana masalah jantung tersumbat.
Menurut isterinya, Mamat mengadu keletihan sejak semalam berikutan jadual kerjanya yang padat sejak seminggu lalu.
Mamat yang sedang menjalani penggambaran telefilem Pindah Randah di Perak untuk Astro kerap berulang-alik ke sini sepanjang minggu ini bagi memenuhi beberapa komitmen rakaman program televisyen.
Hasmah berkata, dia berharap dapat membawa Mamat pulang ke Perak untuk rawatan lanjut tetapi masih tidak dibenarkan keluar ketika ini.
“Kalau boleh kakak nak abang dirawat atau pembedahan di Perak sebab itu tempat kami lagi mudah kalau apa-apa tapi doktor tak benarkan keluar lagi.
“Doktor masih pantau abang untuk tempoh 48 jam ini. Jadi kami kena tunggu dan lihatlah keadaan. Insya-Allah dia akan okey,” katanya.





      Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 5:16 PM   
«»
MAMAT Khalid semasa majlis pelancaran sebuah filemnya. FOTO Mior Azfar Mior Kamarulbaid











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5598#sthash.5C6aflyB.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 06:10 PM | Show all posts
Filem dia Man Laksa aku tak pernah jemu tengok....

Ada banyak sindiran dlm filem tu....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:16 PM | Show all posts
sumpahan dari pembikinan apokolips? atau ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:20 PM | Show all posts
aku suka citer dia Rombongan Cik Kiah ke sukan Komanwel.
baru smlm repeat kat youtube. Gila kelakar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:23 PM | Show all posts
"Abang (Mamat) jenis yang fobia dengan hospital dan tidak pernah buat pemeriksaan kesihatan jadi kita pun tak tahu dia ada masalah apa-apa"

aiyoo abang.....felem meletop tgk muka ganas tpi kenapa fobia? kesian abang mat....get well soon...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:32 PM | Show all posts
soslaili posted on 31-10-2014 06:20 PM
aku suka citer dia Rombongan Cik Kiah ke sukan Komanwel.
baru smlm repeat kat youtube. Gila kelakar ...


ada telefilem baru dia, rombongan cik kiah ke kelana jaya, nak menghantar pak senin pegi haji...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 06:34 PM | Show all posts
Get well soon supaya bolah bikin pilem yang best2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
soslaili posted on 31-10-2014 06:20 PM
aku suka citer dia Rombongan Cik Kiah ke sukan Komanwel.
baru smlm repeat kat youtube. Gila kelakar ...

Rombongn cik kiah ke klana jaya ko tgk x??
Best jugak...dialog dia penuh dgn sindiran secara subtle....
Mamat khalid is a genius...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 09:24 PM | Show all posts
oni313 posted on 31-10-2014 06:32 PM
ada telefilem baru dia, rombongan cik kiah ke kelana jaya, nak menghantar pak senin pegi haji... ...


aku plan nak tgok kat astro first..tau tak berapa hinggit ye?
..makcik yg lesong batu, mak si adam dan nora ada tak? hahhaa..

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:25 PM | Show all posts
bambimo posted on 31-10-2014 06:43 PM
Rombongn cik kiah ke klana jaya ko tgk x??
Best jugak...dialog dia penuh dgn sindiran secara subt ...

belum sempat lagi. tp kalau korang kata best harus nak kena tengok cepat.


tp citer amir dan lokman mmg ke laut la.. kureng sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:29 PM | Show all posts
ronin posted on 31-10-2014 06:10 PM
Filem dia Man Laksa aku tak pernah jemu tengok....

Ada banyak sindiran dlm filem tu....

Lagi banyak sindiran dlm lang buana.... Tambah2 scene kat jirat cina tu.... Bagi aku lang buana karya agung beb....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:39 PM | Show all posts
johnazizul posted on 31-10-2014 09:29 PM
Lagi banyak sindiran dlm lang buana.... Tambah2 scene kat jirat cina tu.... Bagi aku lang buana ka ...

aku belum tengok Lang Buana.....so tak boleh nak compare...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:12 PM | Show all posts
ronin posted on 31-10-2014 09:39 PM
aku belum tengok Lang Buana.....so tak boleh nak compare...

Tgk la beb... Mmg suasana politik kat malaysia.... Byk yg tersirat....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:15 PM | Show all posts
coronary events ke?
sakit jantung ke , sebab kata tersumbat....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:15 PM | Show all posts
get well soon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.299366 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list