CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1961|Reply: 24

[Tempatan] Gelaran Datuk boleh sebabkan gangguan mental

[Copy link]
Post time 31-10-2014 11:21 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelawak Pian (Cecupak) disahkan mengalami gangguan mental selepas menerima gelaran Datuk daripada kumpulan puak Naning negeri itu  pada pertengahan tahun ini.

Pian atau  Rafik Raman, 45, berkata, gelaran itu benar-benar menyumbang kepada tekanan jiwanya sehingga masalah berkenaan tidak dapat dikawal.

“Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan serta kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Mei lalu, Pian bersama dua teman artis iaitu Boy Iman dan penyanyi Nash (Lefthanded) telah menerima Darjah Jaksa Naning Melaka yang membawa Datuk.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning  Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 4 Mei 2014.

Gelaran berkenaan tidak diiktiraf oleh mana-mana kerajaan negeri dan juga persekutuan.

Bagaimanapun Pian dalam kenayatannya sebelum ini memberitahu dia perlu menerima pengurniaan darjah itu sebagai menghormati pihak terbabit.

Dari kiri; Pian, Nash dan Boy Iman bergambar selepas menerima Darjah Jaksa Naning Melaka pada 4 Mei lalu.

Dalam pada itu Pian berkata, tuduhan dan kata-kata hinaan membuatkan dia menjadi murung dan selepas dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ogos lalu, doktor mengesahkan dia menghidap masalah mental.

Kata Pian, disebabkan penyakit itu dia perlu mendapatkan rawatan selama lapan bulan selain dikehendaki menjalani rawatan kaunseling.

“Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan," ujarnya.

Nafi Mengamuk Tidak Dipanggil Datuk

Sementara itu dalam perkembangan lain Pian menafikan dia mengamuk terhadap seorang jurufoto yang tidak memanggilnya Datuk dalam satu majlis di sebuah hotel di Ipoh minggu lalu.

Katanya, insiden itu berlaku disebabkan sikap kurang ajar jurufoto terbabit yang telah memarahinya kerana tidak berpuas hati terhadap perjalanan majlis yang dikendalikannya sebagai pengacara.

"Ya, memang ada perselisihan faham antara saya dengan seorang jurugambar sebuah organisasi namun ia bukan kerana disebabkan saya marah kerana saya tidak dipanggil Datuk.

"Ia adalah kerana tindakan jurugambar itu yang memarahi saya dahulu setelah dia tidak berpuas hati dengan pengurusan majlis. Walhal saya hanya mengacarakan majlis itu sahaja. Saya tiada kaitan dengan keseluruhan majlis itu.

"Itu fitnah kalau dia kata saya marah sebab tidak dipanggil Datuk. Saya langsung tidak kisah orang nak panggil saya apa pun.

"Yang penting ialah sikap hormat terutamanya oleh orang muda kepada orang yang lebih berumur daripada kita. Saya ni sudah umur 45 tahun dan dia orang muda, tidak bolehkah bercakap secara baik," soalnya.

Bagaimanapun, Pian berkata dia sudah menyelesaikan perkara tersebut dengan menghubungi ketua organisasi syarikat jurufoto berkenaan bertugas bagi menceritakan hal sebenar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 11:26 PM | Show all posts

gangguan mental akibat melihat wajah heshe nih mcm mana pulak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:34 PM | Show all posts
hmmmmm.... AT LEAST .... dia pergi mendapatkan bantuan bagi merawat mental dia ......  itu lah sebaiknya.

mata dia .. macam mata kuceng.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 11:43 PM | Show all posts
orang yg ada gelaran Datuk
dan orang yg dah pergi Haji

memang ada setengah tu kalau tak dipanggil gelaran mereka tu, tak akan menyahut pun panggilan kita
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox posted on 31-10-2014 11:26 PM
gangguan mental akibat melihat wajah heshe nih mcm mana pulak

Mcm Freddy Kruger ..gulp
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 12:36 AM | Show all posts
Dia ni mmg ada unsur gila babi sejak awal lagi.  Datuk kepala hangguk dia laaa.   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2014 03:30 AM | Show all posts
artis penyumbang pembangunan rakyat dan negaro.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
bru je sorg pak cik ni, aku pgl die encik, die ckp " u call me datok ok" .lol:lol..tpi pk cik ni naik kia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 08:01 AM | Show all posts
tengok pic dia boleh dpt gangguan mental
mcm manusia jadi-jadian
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 09:28 AM | Show all posts
“Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan serta kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini,”

hinaan dan kata-kata kesat is the main factor here..

gelaran tu cuma menyedapkan orang nak perlekehkan dia..

sabarlah datuk pian.. walaupun tak diiktiraf.. ada jugak orang nak bagi penghargaan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Haish dh jd Latok mentel plk. Tu lah gelar menggelar ni doniya shj. X der title Datok pun, klau bnyk duit pun apa nk kisah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit Takde kot..cane nk bgaya mcm dato , org kaya
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 11:00 AM | Show all posts
kalau Datin tekanan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 11:03 AM | Show all posts
Decaffeinated posted on 1-11-2014 11:00 AM
kalau Datin tekanan tak?

ntah...

agak2 dorang rasa tekanan...dorang pi repot mod la...

cam lu gak...



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 12:18 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 1-11-2014 11:00 AM
kalau Datin tekanan tak?

Datin selalu dapat tekanan....

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah pelahap gelaran nk naikkan kasta ke sis? Pandang sinis saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2014 03:15 PM | Show all posts
Pian atau  Rafik Raman, 45
wartawan pun tak letak gelaran Datuk pada nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 01:57 AM | Show all posts
Datuk kalo tak kaya pasti rasa tertekan
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk pakai title dato tu make sure la byk duit.. Ni idop pon mcm mengemis je..sgguh menjatuhkan maruah..

Sorg lg tu dato boy Iman biz ape die buat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 11:37 AM | Show all posts
Kesian gak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.081165 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list