CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4282|Reply: 25

[Tempatan] "Saya Maafkan Dia Walaupun Punca Parang Terpacak Di Muka Anak"

[Copy link]
Post time 1-11-2014 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: “Saya maafkan walaupun dia menyebabkan parang terpacak di muka anak saya,” kata Mat Sahor Ahmad, bapa kepada Mohd Ridhuan yang bertarung nyawa selepas parang melekat di muka dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, dekat sini, kelmarin.

Mat Sahor, 43, berkata, individu itu  rakan baik anaknya dikenali sebagai Din berusia lingkungan 20 tahun dan kejadian malang terbabit  tidak disengajakan ketika mereka mahu membersihkan kawasan semak.

Katanya, Mohd Ridhuan, 20, turut memintanya supaya tidak memarahi Din ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.


“Saya reda dengan apa terjadi dan anak saya pun sudah memaafkan rakan baiknya itu, tiada apa hendak diungkit lagi kerana ketika kejadian rakannya sudah menyatakan kekesalan sambil menangis meminta maaf.

“Paling penting sekarang  melihat Mohd Ridhuan sihat seperti biasa untuk bekerja, isterinya kini mengandung empat bulan dan memerlukan penjagaan rapi,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA, di sini, semalam.

Dia berkata, keadaan Mohd Ridhuan kini semakin stabil selepas doktor melakukan pembedahan pada jam 9 malam kelmarin dan menjangkakan akan ditempatkan di hospital sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga minggu lagi.

“Doktor sudah mengeluarkan hulu parang yang tertanam di mukanya melalui pembedahan selama empat jam dan kini memerlukan pemantauan berterusan daripada pakar perubatan.






      Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:12 AM   
«»
ANGGOTA bomba memotong parang yang tertusuk di kepala mangsa dalam pembedahan.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5763#sthash.sKfybEWu.dpuf


p/s:apa kes sebenarnya sampai parang melayang?
Last edited by GhostWalking on 1-11-2014 01:27 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus anak beranak memaafkan perbuatan x sengaja tu. Lenkali parang kna pastikn hulunya di buat lain. Hulu parang yg beli kt kedai tu kdg2 ambik tgkp muat jer. Skali pakai dh goyang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2014 09:26 AM | Show all posts
Keadaan Mohd Ridzuan setelah parang yang terlekat di kepalanya dikeluarkan dalam satu pembedahan.
        KUANTAN - Seorang pemuda yang kepalanya tertusuk pangkal parang sedalam lima sentimeter yang tercabut ketika dia membersihkan semak di ladang Felcra Tembeling Tengah, Jerantut semalam dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan hari ini.

        Bagaimanapun Mohd Ridhuan Mat Sahor, 20, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan bagi mengeluarkan pangkal parang itu.

        Bapanya Mat Sahor Ahmad, 43, berkata, anaknya menjalani pembedahan kira-kira pukul 8 malam tadi dan doktor menyatakan anaknya itu mungkin sukar untuk bercakap kerana satu daripada uratnya masih bengkak.

        "Tetapi bahagian otaknya tidak mengalami sebarang masalah walaupun terkena sedikit pangkal parang itu dan penglihatannya juga tidak terjejas.
        "Berkemungkinan dia perlu dirawat selama sebulan sebelum dibenarkan keluar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

        Mat Sahor berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu turut memaafkan rakan sekerja yang juga adalah kawan baiknya sejak kecil di atas kejadian itu dan menganggap ia sebagai tidak disengajakan.

        "Anak saya sempat berpesan kepada saya sejurus selepas kemalangan itu supaya jangan marahkan rakannya yang dikenali sebagai Din. Berkali-kali dia berkata abah, jangan marah Din, dia tidak sengaja.

        "Saya dan keluarga reda dengan apa yang terjadi dan anak saya pun sudah memaafkan rakan baiknya itu. Tiada apa lagi yang hendak diungkitkan kerana kawan dia sudah menyatakan kekesalannya sehingga menangis meminta maaf," katanya.

        Mat Sahor berharap anaknya kembali sihat seperti biasa tambahan pula isteri anaknya sedang mengandung empat bulan.

        Mohd Ridhuan terkena bilah parang parang itu milik rakannya selepas pangkalnya tiba-tiba tercabut dan melayang ke arah mangsa dan tertusuk di kepalanya.

        Mangsa pada mulanya dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sebelum dirujuk ke Hospital Jerantut dan kemudian ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh sebelum dihantar ke HTAA.  - Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 09:36 AM | Show all posts
maaf memaafi amalan mulia.memang kawan dia bebetul tak sengaja kot.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 09:39 AM | Show all posts
malang tak berbau.. semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 09:42 AM | Show all posts
memaafkan perbuatan tak sengaja bukan lah luar biasa.

tapi ia kedengaran luar biasa dalam konteks zaman moden ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2014 09:59 AM | Show all posts
bagus budak ni
dalam umur yg muda da paham konsep memaafkan w/pon muka bakal cacat
teringat pulak kisah si fifi dgn kereta nya yg baru tercalar sikit
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 10:04 AM | Show all posts
aduhai... mudanya dak ridhuan ni kawin... bapaknya pun baru 43 dah nak bercucu... syukur pembedahan selamat... dorang ni bergurau kot kes tak sengaja aja nih... tapi kalo smpai meninggal dak ridhuan ni macam mana... boleh ka nak maaf gitu aja...mesti dah jadi citer lain plak kan... Last edited by asyriqa on 1-11-2014 10:07 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang baik begini semuga mendapat kehidupan yang baik2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kawan die pi tebas ka tebang..tgh dok hayun parang tu.tecabot la parang tu dari pangkal die dn tekene kt budak ni..mmg bnde x sengaja.bnde nk jdk.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 10:41 AM | Show all posts
btw, ak quite respek ngan bomba2 ni..dh mcm keje doktor pulak nk kena berhati2 keluarkan hulu parang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 11:45 AM | Show all posts
bagus anak beranak ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pangkal tercabut..patutlah..
Innalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 12:49 PM | Show all posts
kalau tak maafkan perbuatan tak sengaja tu baharulah luar biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 01:10 PM | Show all posts
sambaldurian posted on 1-11-2014 10:41 AM
btw, ak quite respek ngan bomba2 ni..dh mcm keje doktor pulak nk kena berhati2 keluarkan hulu parang ...

Bomba x leh kuarkan hulu parang, tugas bomba potong, bagi mudah kerja doktor

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 01:13 PM | Show all posts
slyfynx posted on 1-11-2014 01:10 PM
Bomba x leh kuarkan hulu parang, tugas bomba potong, bagi mudah kerja doktor

ow yeke,ingat tlg keluarkan, mcm kes cincin nk besarkan alat *** tersekat di alat si polan, hospital terpaksa panggil bomba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2014 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat permohonan mahap dari presiden sebuah parti suatu ketika dulu.

Dimulut kata 'maapkan la kami' tp bila ditanya apa salah/silap ngaku takde buat salah plak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bless him...and get well soon.



Hmm...which part  pada otak yang terkena sikit  parang tu...???urat apa yg bengkak...i wonder....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni tak sengaja mmg pttla dimaafkan. Bagusla saling maaf memaafi
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mudanya ye dh nk jd bapak budak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.851323 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list