CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3922|Reply: 9

DOA PAS 16 TAHUN LALU TERMAKBUL!!!!

[Copy link]
Post time 3-11-2014 08:18 AM | Show all posts |Read mode
DOA PAS 16 TAHUN LALU TERMAKBUL, LIWAT SUKA SAMA SUKA BERLAKU KATA GOPAL SRI RAM



Blog pro PAS, Santauberapi mendakwa ikharah dan munajat selama 16 tahun lalu berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab melalui hujah ketua peguam belanya sendiri, Datuk Seri Gopal Sri Ram.


“Saiful Bukhari merupakan pelaku kesalahan bersama atas alasan Saiful rela diliwat oleh Anwar” kenyataan Gopal Sri Ram dipetik.
Kenyataan Gopal Sri Ram itu membawa maksud bahawa beliau mengaku Anwar telah melakukan perbuatan liwat dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, namun bukan berdasarkan paksaan, sebaliknya atas dasar suka sama suka.
Menurut blog Santauberapi, 16 tahun lalu, ahli-ahli PAS mencari kebenaran dengan bermohon kepada Allah Taala untuk menunjukkan kebenaran apabila berita Anwar yang dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998.
“Namun kebenaran yang ditunggu-tunggu, terungkap dengan sendiri tanpa boleh dinafikan oleh para penyokong Anwar, baik dalam PKR, UBN mahupun PAS.
“Kebenaran tersebut adalah menerusi hujah barisan peguambela Anwar Ibrahim sendiri yang mengakui Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat walaupun tujuan mereka adalah untuk membuktikan bahawa liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah atas dasar suka sama suka.
“16 tahun lalu, serata negara ahli-ahli dan pemimpin PAS termasuklah Imam Besar Masjid Negara pada waktu itu mengadakan solat hajat untuk memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kebenaran tuduhan tersebut. Mangsa liwat pada waktu itu adalah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah,”
“Bagaimana agaknya para penyokong Anwar Ibrahim yang bersembunyi di dalam PAS boleh menerima hakikat yang diungkapkan sendiri oleh peguam-peguam Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh empat hari ini?
“Adakah mereka masih mahu menyatakan bahawa sesiapa di kalangan ahli-ahli PAS yang percaya Anwar mengamalkan perbuatan liwat, maka mereka adalah ANJING UBN?,”soal blog itu.
Penyokong PKR Tidak Kisah Anwar Meliwat – ‘Itu Hak Dia’
Blog Santauberapi sebelum ini turut menempelak kumpulan Anwarinas dalam PAS yang menggunakan nama Almarhum Ustaz Fadhil Noor apabila ulama PAS lebih memihak kepada kes mahkamah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbanding dengan kes mahkamah Anwar.
“Pada saat inilah, mereka mula mengingatkan semula PAS tentang Almarhum Tuan Guru Ustaz Fadhil Noor yang menurut mereka, pasti tidak akan meninggalkan Anwar Ibrahim bersendirian.
Mereka tersilap sebenarnya atau dengan kata-kata lain, mereka cuba untuk memutarbelitkan kenyataan sebenar. Almarhum sebenarnya tidak bersolidariti dengan Anwar Ibrahim secara membuta tuli walaupun sebelum itu, Anwar Ibrahim membuat pelbagai ugutan dan cercaan ke atas ulama-ulama dan PAS sendiri.
“Almarhum pada waktu itu melihat peluang terbaik untuk mendidik masyarakat khususnya umat Islam agar mengambil peduli dengan undang-undang negara yang telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk berkuasa, terutama sekali oleh Anwar Ibrahim sendiri menerusi banyak tindakannya ke atas musuh-musuh politiknya sebelum itu. Almarhum telah menggunakan kebijaksanaannya untk melaksanakan helah politik yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada PAS.
“PAS yang sebelum itu tercalar teruk dengan pelbagai label dan jenama, menerusi kebijaksanaan Almarhum, telah menarik minat golongan muda untuk mendekati dan menyertai PAS. PAS bertambah kukuh dan pada pilihanraya umum tahun 1999, PAS menjadi pembangkang majoriti di Parlimen berbanding DAP dan PKR (PKN pada waktu itu),” ulasnya dalam artikel bertajuk “Bila Tengok PAS Tidak Bersama-sama Anwar Ibrahim, Serta-Merta Pro-Anwar Ingatkan Almarhum Ustaz Fadhil Noor.”
Tambah blogger itu lagi persepsi Ustaz Fadhil Noor menyokong Anwar adalah tidak tepat dan ia sengaja dipropaganda dan disebar luas oleh kumpulan Anwarinas dalam PAS.
“Jikalau diperhatikan dan diperhalusi, Almarhum sebenarnya tidak pernah peduli pun dengan Anwar Ibrahim tetapi golongan pro-Anwar Ibrahim yang sudah menyeberang masuk ke dalam PAS sebenarnya yang memberikan persepsi yang Almarhum menyokong Anwar Ibrahim.
“Buktinya, pada tahun 2002, Almarhum telah bersama-sama Dr.Mahathir dalam solidariti bersama-sama rakyat Palestin yang telah dizalimi oleh Zionis. Malah dalam banyak situasi sebelum Almarhum pulang ke pangkuan Allah Taala, dia banyak bersama-sama Mahathir berbanding Anwar Ibrahim di dalam penjara atau pun keluarga Anwar Ibrahim yang dikemudi oleh isterinya, Wan Azizah.
“Dari tahun 1998 sehinggalah sekarang, PAS telah dijadikan sebagai subjek yang boleh diperbodoh-bodohkan. Ketika sokongan diberikan kepada semua usaha yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR, haram tidak sepatah pun perkataan ‘terima kasih’ diucapkan, bahkan diungkit tentang semangat tahaluf siyasi yang sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar akar umbi PAS. Apabila PAS enggan menghantar bantuan bagi meramaikan hadirin, dikatakan PAS telah mengkhianati Pakatan Rakyat.
“Apa sebenarnya Pakatan Rakyat kalau dalam semua perkara, PAS sahaja yang terkena dan perlu mengalah? Mengapa PKR dan DAP tidak mengalah dengan PAS dalam soal tuntutan hudud dan hukum-hakam Islam, termasuklah pengukuhan institusi masjid serta sekolah-sekolah pondok dan agama? Sebaliknya PAS setiap kali memperkatakan tentang maslahat berkenaan, dikatakan mahu memecah belahkan Pakatan Rakyat.
“Orang bijak tidak akan masuk ke lubang ular dua kali berturut-turut. Cukuplah sokongan yang ditunjukkan kali pertama pada tahun 1998 dahulu. Sekarang, oleh kerana PKR sentiasa bercakap besar, buatlah sendiri dan tunjukkan yang PKR sebenarnya tidak memerlukan langsung PAS. Tunjukkan dan buktikanlah yang PKR sememangnya amat kuat, boleh menendang PAS sesuka hati mereka dan sangat disayangi serta dicintai oleh sekalian rakyat Malaysia,” ulasnya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2014 08:58 AM | Show all posts
kasihan macai umno. bontot saiful jadi talian hayat umno
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 09:08 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 3-11-2014 08:58 AM
kasihan macai umno. bontot saiful jadi talian hayat umno

KETUA Pembela dah kata LIWAT berlaku, apakah anda species begitu
apakah hujah pembela cari forumer UMNO juga yg kena , puiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 09:21 AM | Show all posts
peguam anwar asyik duk ulang-ulang cerita lama... macam ASTRO jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 09:33 AM | Show all posts
crossfire posted on 3-11-2014 09:08 AM
KETUA Pembela dah kata LIWAT berlaku, apakah anda species begitu  
apakah hujah pembela cari ...

kalau dia betul liwat ? teruskanlah hukuman. jangan lupa saiful juga fitnah anwar merogol? sebab tak logik anwar memaksa saiful. kecuali kes suka sama suka atau pun fitnah. itu lebih logik.

adakah  kes liwat konspirasi anwar nk alihkan perhatian gst, tarik subsidi minyak? rasuah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 01:09 PM | Show all posts
udah2 le tu....bile nk abis ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2014 09:57 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 3-11-2014 09:33 AM
kalau dia betul liwat ? teruskanlah hukuman. jangan lupa saiful juga fitnah anwar merogol? s ...

ape punye statment la macai nuar ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 07:44 PM | Show all posts
Tak kesah la. Kalau liwat atas suka sama suka. Kasi penjara je both Anwar dengan Saiful.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 08:40 AM | Show all posts
dah suka sama suka...kasi dok satu penjara...xla sunyi nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Abam keruh ske bener liwat meliwat ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.064119 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list