Kuala Lumpur: Berang isterinya melarikan diri daripada rumah menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an nekad meletupkan tong gas di rumahnya di kondominium Taman Pusat Kepong di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa cuba membunuh diri, namun masih terselamat walaupun tubuhnya dijilat api.
Sumber berkata, mangsa yang melecur lebih 70 peratus di seluruh tubuh kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Kejadian berlaku apabila mangsa yang pulang ke rumah mendapati isterinya berusia lewat 30-an tiada di rumah itu.
“Mangsa yang yakin isterinya sudah melarikan diri nekad untuk membunuh diri selepas usahanya menghubungi wanita itu gagal,” katanya.
Difahamkan mangsa dan isterinya kerap bertengkar akibat masalah rumahtangga dihadapi.
Sumber itu berkata, mangsa dilapor mengangkat tong gas yang berada di dapur ke ruang tamu rumah sebelum membakarnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:11 AM
«»
RUMAH mangsa (paling atas) yang terbakar dalam percubaan nekad, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6652#sthash.gJOQ11Cw.dpuf Last edited by GhostWalking on 5-11-2014 01:07 AM
|