CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23991|Reply: 189

Yusof Haslam Anggap Wardina Tidak Matang Komen Isu Buli

[Copy link]
Post time 8-11-2014 12:44 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Datuk Yusof Haslam

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam menyifatkan kenyataan aktres Wardina Safiyyah menyalahkan filem-filem gengster tempatan sebagai punca terjadinya kes buli melibatkan pelajar sekolah di negara ini merupakan pendapat yang tidak matang.

Yusof berkata, sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran seperti Wardina, dia perlu berfikiran luas dan tidak menuding jari pada satu pihak tanpa mengkaji dahulu punca-punca gejala sosial itu berlaku.



"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.

"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?

"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.




[size=0.75em]Wardina Safiyyah


Wardina menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis meminta agar penerbit filem-filem berunsur gengster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini.

Wardina berkata, kebanyakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar.



Sementara itu. Yusof berkata, kenyataan Wardina itu dapat menjejaskan lagi industri perfileman negara yang sememangnya sedang 'nazak'.

"Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja.




"Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa," tegasnya.

Pada awal minggu lalu, tersebar sebuah klip video kes buli yang telah menjadi viral di Facebook.



Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Selepas itu muncul pula video seorang remaja dipukul rakan-rakannya sehingga cedera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 01:00 AM | Show all posts
ada betulnya jgk wardina kata gitu. byk aku dengar bdk2 kecik nk jd samseng lepas nengok movie2 gangster ni. cool katenye
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:06 AM | Show all posts
ada satu video yg budak2 buli siap sebut2 nama LAN TODAK. So? Kau ghase?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Haii....terase ke??

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:27 AM | Show all posts
Ada betulnya kata wardina tu, ramai jer budak2 terpengaruh dgn filem gangster
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:31 AM | Show all posts
usop terselam ni?

filem2 dia sendiri x lekang dengan scene disco sejak zaman sblm sembelit

filem2 anak dia plak x lekang dgn tailong sana sini...rempit sana sini...drift sana sini

lu lagi mau manyak munyi meh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2014 01:32 AM | Show all posts
ko gi tanya pengarah2 mesti la dorg x stuju..xkan la die nak jawab "ye mmg btol filem saya la punca kejadian buli tu suma"
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:37 AM | Show all posts






Last edited by sepitsiput on 8-11-2014 01:55 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ada kebenaran kata2 wardina. Media massa bg pengaruh kuat pd budak2
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:48 AM | Show all posts
kali nih iols setuju dgn wardina
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:50 AM | Show all posts
raya baru2 ni anak2 sedara meols (anak2 abang hubby meols), bertumbuk2 sesama sepupu siap sorg jd shark, sorg jd abg long fadel, sorg jd malik . meols peratii je... dgn anak meols yg darjah 1 skali kena blakon jd konco2 nasib baik bertumbuk olok2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:52 AM | Show all posts
Usop tersentap ayat wardina tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:54 AM | Show all posts
memang betul sebetul2x nyer kata wardina... pengaruh tv
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
This time wardina betul tapi fakta filem genster galak buli its not rocketscience.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 02:05 AM | Show all posts
Wardina dh sehabis berlapik bg pendapat tu berbanding sebelumnya....

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 03:15 AM | Show all posts
kukuikui makin panassss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 03:18 AM | Show all posts
Setuju dgn wardina..kena ada rasa tanggungjawab, kalau tak jawab di sini pun kena jawab di 'sana'
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 03:38 AM | Show all posts
kali ni, kroit pun setuju dengan wardina.

memang sakit hati bila dengar budak-budak kecik pun dok ulang-ulang ayat kurang ajar, cakap kasar, rasa nak pelempang je anak-anak orang ni
kononnya hebat bila cakap macam tu, gangster sangat lah

paling tak tahan, jumpa dengan orang-orang lebih tua, berumur, guna ayat macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 03:41 AM | Show all posts
gangster la kool ramai org sujud. kite nak jd macam sofi jikan dlm kl gangster tu ayat pon power2. betul tak budak2 semua?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 06:38 AM | Show all posts
Wait,

Pembuat filem yang salah,

Atau mak pak yang tak reti pantau apa jenis filem anak2 tengok kat rumah,

Yang salah?

Kau bagi anak kau tengok filem mencarut,

Bila anak kau mencarut ikut bahasa filem,

Kau maki pengarah filem?

Sesuai ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.093055 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list