Datuk Seri Noh Omar meminta Tun Dr Mahathir Mohamad lebih spesifik dalam gesaan beliau untuk pembaharuan dalam Umno, serta menafikan parti tersebut tidak sukakan ahli baru yang berbakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014.Menjawab kritikan bekas perdana menteri yang berpengaruh terhadap Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan sejak zaman bila orang ramai mula mengaitkan parti Melayu itu dengan rasuah? Pengerusi Badan Perhubungan Selangor Umno itu turut menggesa agar Dr Mahathir memberi komen secara spesifik berhubung desakannya agar Umno Selangor dibubarkan semalam. “Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?”
|