CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
 Author| Post time 26-11-2014 11:55 AM | Show all posts
Kisah 8 - Perjalanan yang Panjang

Hari Sabtu, seorang teman dari zaman U aku bakal melangsungkan perkahwinan. Member-member yg mana duduk KL pakat-pakat nak konvoi ke Kuala Perlis untuk menghadiri kenduri teman kami tu. Memandangkan ramai yg ada komitmen kerja, kami buat keputusan nak bertolak lepas Isyak hari Jumaat malam Sabtu. Aiza, teman yg nak kenduri tu dah book kan homestay untuk kami di Kuala Perlis. Yang perempuan akan tinggal di homestay, yg lelaki akan bermalam di rumah sepupu Aiza di kawasan perumahan yg sama.

Jumlah kereta yg akan bergerak dari KL ialah sebanyak 3 kereta - lelaki seramai 4 orang dalam satu kereta, perempuan 7 orang termasuklah aku. Kami bertolak agak lewat malam tu, dalam pukul 11 lebih barulah nak bertolak dari meeting point kat R&R Rawang. Disebabkan aku ni jenis berjaga punya orang, aku ditugaskan jadi driver. Kereta yg aku bawak jadi kereta kedua. Kereta lelaki jadi kepala. Jadi, bertolaklah kami ke Kuala Perlis. Masing-masing excited dah nak jalan jauh. Mama dah dua tiga kali call, pesan aku supaya berhati-hati. Nak ikutkan, Mama tak bagi aku drive jauh malam-malam, tapi aku dengan suksesnya telah memujuk Mama.

Malam tu agak cerahla jugak. Bila betul-betul masuk PLUS, kereta makin berkurangan. Walaupun ada member yg nak dengar radio, aku berkeras nak pasang CD bacaan ayat-ayat suci. Kalau tak, aku tak nak drive. Aku drive dalam 100 - 120 km/j. Agak-agak boring, aku tekanla laju sikit, main kejar-kejar dengan kereta bebudak jantan kat depan. Kalau Mama tahu, habis kering aku kena leter.

Agak-agak dalam pukul 1 lebih tu, member aku dapat mesej dari kereta belakang. Ada member nak buang air kecil. Peraturan konvoi kami, kalau satu kereta berhenti, semua sekali kena berhenti. Masalahnya, R&R atau hentian terdekat tu jauh lagi padahal member dah bebetul tak tahan nak buang air kecil. Adoi, tadi bila ada R&R kau tak nak pulak kencing. Ni berapa puluh kilometer lagi nak jumpa pit stop kau boleh pulak nak terkencing dah sangat-sangat. Aku dah membebel. Aku call Fahad yg kami lantik sebagai ketua konvoi.

Aku: Fahad, Hanim nak buang air ni. Dia tak tahan sesangat.
Fahad: Hoh? Bakpe la dok gi awal-awal tadi? Doh ni nak berenti mana pulok?
Aku: Tak tau la aku. Kot dia sanggup nak buat tepi jalan ni ke.
Fahad: Eh, jangan ikut hati je nak buat tepi jalan. Bahaya.
Aku: Dah tu?
Fahad: Hmmm... gini ah. Kejak aku call ke kereta satu lagi tengok camne.

Dalam 5 minit kemudian, Fahad call aku balik.

Fahad: Kita berhenti depan sikit lagi. Hanim tokleh tahan sangat dah tu.
Aku: Ay, ay captain.

Maka kami pun berhentilah di tepi. Aku tak ingat kami berhenti KM berapa, tapi adalah agak-agak 30-40 km lagi nak sampai Tapah. Tak jauh mana pun, tapi memandangkan Si Hanim ni dah tak tahan sangat, kami terpaksa jugak berhenti. Proton Wira milik Fahad berhenti agak jauh dari kami. Yelah, nak bagi ruang privasi sikit kat Hanim nak buat bisnes dia. Kami 6 orang perempuan yg lain cuba seboleh mungkin cover Hanim. Tengah Hanim dok membuang air kecik dia tu, tiba-tiba Fahad keluar kereta.

Fahad: Woi, cepatla!
Aku: Sabaqla. Dia nak habih dah.
Fahad: Cepat!

Fahad dah bercekak pinggang. Apsal pulak mamat ni nak marah-marah ni? Aku suruh Hanim lekas-lekas selesaikan bisnes dia. Fahad tak masuk kereta sampailah kami semua dah masuk kereta. Masuk-masuk je kereta, aku dapat call dari Fahad.

Fahad: Terus gerak. Bawak laju sikit.

Tegas arahan Fahad tu. Aku pelik. Apa kes? Tapi aku malas nak banyak soal. Aku ikut je la arahan ketua tu. Agak laju jugak la kami pergi, antara 120 - 140 km/j. Aku tak perasan sebenarnya yg kereta belakang dah agak jauh tertinggal. Kemudian aku dapat call dari Dina, driver kereta ketiga.

Dina: Nana, slow sikit. Aku dah tak nampak kereta kau ni.
Aku: Ape pulak tak nampak? Aku nampak je kereta kau ni.
Dina: Serius la. Aku tak nampak kereta lain langsung ni.
Aku: Hah? Ko biar betul.

Sambil tu aku jenguk side mirror. Ada je kereta Honda City yg Dina pandu tu kat belakang. Nombor plet aku tak nampak sangat, tapi warna kereta putih, sama macam warna kereta Dina.

Dina: Aku tak tau apsal ni, kereta aku tak boleh gi laju ni. Takat 80 - 90 je ni, Nana.
Aku: What!? Kejap. Ko drive je, Dina. Aku call Fahad kejap.

Member-member lain dalam kereta aku semua dah sibuk-sibuk tanya kenapa. Aku suruh Sofia tengok belakang, camkan nombor plet kereta putih belakang kami. Sambil tu aku call Fahad. Dua tiga kali aku try, tak dapat. Bunyi nada engage. Aih, bergayut dengan makwe ke apa? Aku bagi lampu pada kereta Fahad. Tak ada reaksi langsung dari kereta depan. Kelajuan masih tetap sama. Aku try call Fahad sekali lagi. Masa tu lah Sofia panggil aku.

Sofia: Na... na... Nana... ke.. ke..
Aku: Sejak bilak pulak kau gagap ni, Pia? Cuba cakap elok-elok.
Sofia: Kereta belakang tu... tak... takde orang!
Aku: Hah!?

Aku terkejut. Aku try intai sekali lagi melalui side mirror. Tak jelas. Aku tengok melalui cermin depan pun tak jelas. Ah sudah! Aku terus try call Fahad. Tak dapat jugak. Aku try pula call Dina. Pun tak dapat. Ah sudah! Aku mula rasa panik. Liana, member yg duduk sebelah pun try call member yg lain. Tak dapat jugak. Takde line. Aku rasa peluh dah mula merenik di dahi. Perut aku pun mula rasa memulas. Petandanya aku tengah nervous yg amat dengan keadaan waktu ni.

Sofia: Jaga-jaga, kereta tu nak potong kita, Nana.

Aku slowkan kereta. Kereta putih itu memotong. Masa kereta putih itu selari dengan kereta aku, aku pun pandangla sebelah. Ya Allah! Memang betul cakap Sofia, kereta tu takde orang. Kereta tu kosong! Bergerak sendiri! Kereta tu laju je potong kami dan hilang ghaib bila sampai depan. Aku beristighfar. Sofia dan Liana pun sama. Dengan tangan terketar-ketar, aku try call Fahad sekali lagi. Alhamdulillah, kali ni dapat.

Fahad: Oi mana kau?
Aku: Aku... aku kat belakang sikit ni.
Fahad: Ada apa-apa jadi ke?
Aku: Dina... Dina tak dapat catch up.
Fahad: Call dia. Jangan tunggu. Call dia, cakap drive sampai Tapah. Kita berhenti Tapah.

Aku call Dina pulak.

Aku: Dina, kau kat mana?
Dina: Belakang sikit dari kau. Aku dah nampak kereta kau. Tapi aku still takleh nak tekan. Macam berat sikit kereta aku.
Aku: Takpe, terus drive je sampai Tapah. Kitorang tunggu kat Tapah ok?
Dina: Ok, ok. Tapi, Nana...
Aku: Hah, kenapa?
Dina: Aku takut...
Aku: Takut apa?
Dina: Aku... aku rasa ada benda atas bumbung kereta. *nada berbisik*

Aku tengok side mirror sekali lagi. Aku nampak kereta Dina, tapi sayup-sayup je. Aku tak nampak apa-apa yg pelik pun.

Aku: Dina, zikir dan selawat banyak-banyak. Kau drive je. Jangan stop k? Kuatkan semangat.

Aku berpesan pada Dina. Dina hanya kata ok. Aku dan Fahad masuk ke R&R Tapah. Kami parking dan tunggu kereta Dina. Aku keluar dan hampiri Fahad yg mula menyalakan rokok.

Aku: Kau nampak apa masa kita berhenti mula-mula tadi?

Aku dah syak Fahad nampak sesuatu masa Hanim buang air tu sebab tiba-tiba je dia gesa kami. Hairul pula datang menghampiri kami.

Fahad: Hairul yg memula nampak.
Aku: Kau nampak apa?
Hairul: Aku nampak macam ada perempuan berdiri sebelah palang besi tak jauh dari kereta Dina. Perempuan baju putih, rambut panjang.

Terus aku rasa seram sejuk. Perempuan mana pulak nak berdiri tepi highway malam-malam buta gini?

Fahad: Masa aku keluar kereta pun, aku nampak jugak. Tu aku suruh korang cepat. Aku suruh drive laju sebab aku nampak benda tu ikut. Aku rasa, benda tu tumpang kereta Dina sekarang. Tu yg Dina jadi slow tu.
Aku: Kitorang tadi, kena potong kereta takde orang. Aku ingatkan tu kereta Dina. Sekali bila dah potong, aku tengok takde orang pun. Lepas potong kereta kitorang, hilang ghaib kereta tu.

Fahad geleng-gelengkan kepala. Rokok yg hampir habis dibuang ke atas tanah lalu dipijak.

Fahad: Ujian kita malam ni.

Aku diam. Aku pandang arah jalan masuk, mencari-cari kereta Dina. Dari kejauhan nampak City putih Dina mula memasuki kawasan R&R Tapah. Aku menghela nafas lega. Masa kereta dia mula menghampiri tempat parking kami, aku tengok muka keempat-empat orang dalam kereta tu pucat lesi. Baik-baik sahaja Dina park kereta, keempat-empat mereka keluar kereta serentak dan... UWEKKK!! Semuanya muntah. Aku perhati je sambil diri sendiri tahan diri dari muntah jugak. Aku ambil sebotol air mineral dari dalam kereta dan sua pada Dina. Sofia dan Liana dah keluar kereta, menghulur tisu pada kawan-kawan lain.

Selesai sesi mengeluarkan isi perut secara berjemaah, Fahad ajak kami minum dulu.

Aku: Korang ok tak?
Dina: Bau busuk gila dalam kereta. Macam bau bangkai!

Padanlah masing-masing muntah bila berhenti. Fahad dah pesan pada aku, cerita 'perempuan' tepi jalan dan kereta tanpa pemandu tadi jangan beritahu pada Dina dan kawan-kawan lain. Fahad risau mereka jadi takut. Jadi kami diamkan saja pasal benda tu.

Dina: Aku memang rasa kereta berat semacam je tadi. Aku perasan macam ada something je atas bumbung kereta.
Aku: Mainan perasaan je kot...
Hanim: Tak, Nana. Memang masa nak jalan tu, kitorang dengar bunyi macam ada benda jatuh atas bumbung. Macam bunyi buah ke apa jatuh. Lepas tu, kereta jadi berat.
Fahad: Dah, takde apa pun tu. Ni korang dah selamat sampai Tapah pun kan? Perjalanan kita jauh lagi ni. Kalau takde apa-apa, kita geraklah dulu. Siapa-siapa nak kencing ke apa, tolong buat sekarang ye. Aku tak nak berhenti tepi jalan dah lepas ni. Kita hanya akan berhenti kat R&R. Ada paham?

Kami semua angguk jelah. Pakat-pakat semua masuk tandas, buat apa yg patut. Kali ni, Fahad arahkan kereta aku mengepalai jalan. Dia akan memandu di belakang sekali. Aku baca doa apa yg patut, ayat Kursi dan 3 qul sebelum memulakan perjalanan. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, kami keluar dari kawasan R&R Tapah, meneruskan perjalanan.

=====================


Last edited by cik.nana on 26-11-2014 01:02 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 12:04 PM | Show all posts


Nexttt..ok!addicted dah nii..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 12:29 PM | Show all posts
Sambil tu aku jenguk side mirror. Ada je kereta Honda City yg Dina pandu tu kat belakang. Nombor plet aku tak nampak sangat, tapi warna kereta hitam, sama macam warna kereta Dina.


Keta Dina Hitam ke putih sebenarnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 01:03 PM | Show all posts
zameyla posted on 26-11-2014 12:29 PM
Sambil tu aku jenguk side mirror. Ada je kereta Honda City yg Dina pandu tu kat belakang. Nombor ple ...

Putih. Tersilap. Hehehe. Kereta Fahad yg kaler hitam sebenarnya.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 01:05 PM | Show all posts
Ada new story
Dapat la jadi lunch tuk hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 01:07 PM | Show all posts
huuu seram.. byk jugak cerita aku bace melibatkan highway PLUS ni..
kg aku kt kedah.. so mmg sokmo lalu situ la...
tp aku balik naik bas.. ade 2 3 kali je drive sendiri..
alhamdulillah tak penah jumpe or jadi kejadiaan yg mcm ni..
padahal.. sepanjang highway tu.. aku sokmo je tgk luar tingkap, lagi2 kt kawasan gunung tu..
huuuuu nasib baik tak nampak benda bukan2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 01:59 PM | Show all posts
cik.nana posted on 26-11-2014 11:55 AM
Kisah 8 - Perjalanan yang Panjang

Hari Sabtu, seorang teman dari zaman U aku bakal melangsungkan  ...

cerita best ooo..
Sha dah kene banyak kali. Tapi Alhamdulillah tak sedar yg penampakan itu adalah 'dia'. Cuma nampak n pikiran kosong..dah lepas beberapa lama..baru ketaq sendri sebab terkejut. Sebab Sha mmg suka drive malam kalau nak balik kg kat Kota Tinggi Johor. Balik sekeluarga, tp yg jaga cuma yg drive je la..yang lain selamat tido..
Tapi mmg betul, kalau nak mulakan perjalanan malam or siang..eloklah sebelum memulakan perjalanan tu..baca ayat Qursi 3x n selawat la. InsyaAllah harta akan di jaga Allah dan perjalanan kita di lindungi.
Paling teruk Sha kene kacau, masa kat seremban kot *tempat yg bus ekpress terbang tu,tak ingatla. Sha terus terlelap tanpa sedar dan masa tu tengah bawa Van Wagon Ford n dlm ada dlm 7org..van dari line kanan sekali terus ke line kiri n nak masuk gaung tepi tu..Alhamdulillah tersedar sebelum masuk line kecemasan. Nak kata masa drive tu ngantok sesangat..tidak la pula. Tapi masa kejadian, Sha terus terlelap. Alhamdulillah tiada kejadian yg tidak di ingini. yg bestnyer...semua yg tido..tiada seorang pun yg terjaga..huhuhu...Sha je la yang mengucap sensorang..sampai destinasi baru cerita pada abah. Abah plak marah..."tu la, tak baca ayat Qursi nak mula drive.."
Sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 02:04 PM | Show all posts
Besttt ada citer baru...teruskan bercerita cik.nana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2014 02:17 PM | Show all posts
Jagendas posted on 26-11-2014 10:45 AM
abes yg acik ckp nampak arwah abah tu kenape pulak.
masih misteri disitu

Yang pasal Acik nampak arwah Abah tu, kitorang cuma anggap 'benda' tu nak mengusik je. Yelah, sebab nak ikutkan baru setahun lebih arwah Abah pergi masa tu, so kehilangan arwah masih terkesan. Acik sebenarnya agak terkilan sebab dia tak sempat nak cium dahi arwah sebelum dikebumi. Acik sampai agak lewat dari tempat belajar.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 02:51 PM | Show all posts
cik.nana posted on 26-11-2014 02:17 PM
Yang pasal Acik nampak arwah Abah tu, kitorang cuma anggap 'benda' tu nak mengusik je. Yelah, seba ...

sian nye dia
mungkin ape yg dia nampak tu roh yg berkunjung kot.

next story pls
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 03:51 PM | Show all posts
sharifa82 posted on 26-11-2014 01:59 PM
cerita  best ooo..
Sha dah kene banyak kali. Tapi Alhamdulillah tak sedar yg penampakan i ...

Bahayanya Berhati-hati selalu bawak kereta ni.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 04:25 PM | Show all posts
khailya posted on 26-11-2014 01:07 PM
huuu seram.. byk jugak cerita aku bace melibatkan highway PLUS ni..
kg aku kt kedah.. so mmg sokmo  ...

kg aku pun kedah jugak. setakat ni alhamdulillah tak pernah terjadi mistik ni lagi lalu highway plus. sebab aku suka balik malam sesorang drive. kalau siang aku mengantuk panas huhu. tapi make sure sampai sebelum pkl 12 mlm kt kg. keluar KL pkl 6, slalu perjalanan 6jam je.

kt highway slalu banyak lg kereta time tu, xtakot lagi laa. cuma otw masuk kg slalu dah pkl 12 lebih, kawasan gelap 500m je, aku tolak naik cermin pandang belakang tu. seram kot tetiba tengok putihhhh je dok kat belakang. mau demam 2mgu huhuuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 04:41 PM | Show all posts
nomey posted on 26-11-2014 04:25 PM
kg aku pun kedah jugak. setakat ni alhamdulillah tak pernah terjadi mistik ni lagi lalu highway pl ...

ko kedah kt mane?....
aku kt gurun... kire ok lagi la.. kawasan tak sunyi sgt...
hehehe...

mak aku mmg tak bagi drive malam2.. lagi2 sorang2 ... mmg takkkk la...
kalau ramai2 ok la..
salu ngn sedara2 la.. balik ramai2.. kira ok la lagi kan...


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 04:43 PM | Show all posts
sharifa82 posted on 26-11-2014 01:59 PM
cerita  best ooo..
Sha dah kene banyak kali. Tapi Alhamdulillah tak sedar yg penampakan i ...

yuhuuu org Johor! saya suka blk kg subuh2 atau sebelum subuh dlm kul 4 pagi drive sendiri. Sejuk, jln tak sesak. Tapi make sure tido awal mlm sebelum tu supaya bangun fresh & tak ngantuk.
Stop rnr utk solat subuh & pekena kopi panas2, smbg perjalanan semula. Best!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 05:14 PM | Show all posts
hatikudus posted on 26-11-2014 04:43 PM
yuhuuu org Johor! saya suka blk kg subuh2 atau sebelum subuh dlm kul 4 pagi drive sendiri. Sejuk,  ...

Terbaik ooo. Sejuk & aman damai je. Kete tak bnyk, cuma lori je laju2. RnR tempat terbaik utk rehat.
Rest..kene rest before mulakan perjalanan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 08:39 AM | Show all posts
Chek in...tunggu citer di update..tak sabarnyer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 09:29 AM | Show all posts
khailya posted on 26-11-2014 04:41 PM
ko kedah kt mane?....
aku kt gurun... kire ok lagi la.. kawasan tak sunyi sgt...
hehehe...

orang jagung la nie...
Aku dulu masa dok KL nk balik penang, selalu gerak lepas subuh sbb makin lama makin cerah, x ngantuk sangat. Klu gerak malam, makin lama makin gelap...takut...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 12:55 PM | Show all posts
zameyla posted on 27-11-2014 09:29 AM
orang jagung la nie...
Aku dulu masa dok KL nk balik penang, selalu gerak lepas subuh ...


Setuju sangatttt!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 05:56 PM | Show all posts
Mohon maaf tak berkesempatan lagi nak update kisah perjalanan ke utara sana. Sedang sibuk dengan persiapan peringkat akhir nak memanjat Gunung Kinabalu. Mohon maaf ya semua. cik.nana akan cuba sebaik mungkin untuk update esok. Sayam korang!  
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
yeay!! esok cik nana bg cite byk sikit hokeh!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.219924 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list