CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 3-12-2014 03:30 PM | Show all posts
cik.nana posted on 3-12-2014 12:22 PM
Assalamualaikum korang semua! Ok, sekarang dah ada di KK, malam ni flight balik. Badan udah sengal-s ...

Terbaikkkk cik.nana!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 03:41 PM | Show all posts
cik.nana posted on 28-11-2014 01:19 PM
Kisah 9 - Perjalanan yang Panjang (Part II)

Dek kerana pengalaman malam sebelumnya perjalanan KL  ...

beraninya benti hentian gua tempurung tu. Aku slalu lalu siang hari pun, xsanggup nk benti singgah. Apatah lagi malam. Simpang  malaikat 44 la. dah la bawah bukit, keliling hutan pulak tu. slalu lalu dok jenguk2 je dari higway tu.

Kalau musim raya je, penuh sampai ke luar2 orang beratur kat toilet tu.
Last edited by nomey on 3-12-2014 03:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 03:56 PM | Show all posts
nomey posted on 3-12-2014 03:41 PM
beraninya benti hentian gua tempurung tu. Aku slalu lalu siang hari pun, xsanggup nk benti singgah ...

kenapa la nak buat hentian kat bwh bukit berhutan tu ye? iskkkk
Iols pun tak pernah benti kat situ wpun selalu ulang alik ke utara dr kl...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 04:48 PM | Show all posts
cik.nana posted on 3-12-2014 12:22 PM
Assalamualaikum korang semua! Ok, sekarang dah ada di KK, malam ni flight balik. Badan udah sengal-s ...

Waalaikumsalam cik nana..semoga pulang dengan selamat..  iols akan sabar menunggu khabar berita cerita cik nana...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 09:29 PM | Show all posts
Yeay.. cik.nana is back.. xsaba dah ni.. update cecepat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 01:11 PM | Show all posts
Kisah 10 - Padah Main Mercun

Malam sebelum Hari Kebangsaan, IPTA aku ada buat acara countdown ke detik 12 tengah malam. IPTA aku mula-mula aku masuk ni, ada gelaran dia. 'Jurassic Park'. Memang ala-ala Jurassic Park pun, sebab kelilingnya hutan. Almaklumlah, area Felda. Jadi malam tu kami ramai-ramai berkumpul di dewan sambil menunggu detik 12 tengah malam. Tak paham aku. Hari Kebangsaan pun nak buat countdown ke? Aku dengan budak-budak sekelas semua duduk dekat-dekat pintu sebab kitorang nak balik cepat lepas habis program. Esok masing-masing dok pikir nak balik kampung je ni.

Habis-habis program tu, kitorang langsung balik kolej. Aku dengan budak-budak sekelas majoriti duduk di level 3. Kami berjiran, jadinya meriah macam taman perumahan makcik-makcik. Pintu bilik memang jarang amat ditutup, kecuali waktu tidur. Sebelah kanan bilik aku, ada 4 orang budak kelas aku sendiri - Nadia, Julia, Kak Nas dan Fira. Nadia dgn Julia ni antara budak-budak nakal masa tu. Diorang ni suka kenakan orang. Aku pun pernah kena gak. Si Nadia ni lepaskan rambut dia yg panjang sampai bontot tu, pakai kain putih, dok duduk atas katil aku masa aku balik dari toilet. Menjerit aku dibuatnya. Kuang ajar betul. Dia boleh gelak mengekek je.

Ok, balik pada cerita asal. Balik je bilik tu, aku buka majalah Remaja yg aku pinjam dari bilik depan. Aku duduk kat meja study. Meja study aku tu menghadap ke tingkap. Tingkap tu pulak menghadap ke bangunan pentadbiran. Tapi kat bawah tu ialah tempat sidai kain dan tempat tu bila malam sangatlah gelap. Selalunya bila malam, aku memang pastikan langsir bilik bertutup. Siap letak penyepit baju supaya langsir tak terselak. Tengah aku dok khusyuk menghadap majalah Remaja tu, tetiba je bunyi mercun meletup berdentum-dentam. Bunyi betul-betul kat luar tingkap tu. Siap asap mercun berkepul-kepul masuk bilik aku.

Aku: Woi, sapa main mercun?

Senyap. Aku toleh tengok, sorang pun roomates aku takde. Tak lain pergi bertandang bilik jiran la tu. Aku biarkan dan sambung baca majalah. Tak sampai 2 minit, terkocoh-kocoh roomates aku yg 3 orang masuk bilik. Kasut dan selipar yg bersepah depan pintu bilik disusun rapi.

Aku: Ni apahal pulak ni?
Suria: RS datang!

RS atau Resident Staff ni kira macam warden la jugak. RS kitorang ni memang kerek sikit. Pantang nampak kasut/selipar bersepah depan pintu. Silap-silap boleh dapat 'surat cinta' kalau tengah mood dia tak baik. Aku pun pergila join member-member menempel kat pintu, tengok kenapa RS datang. RS terus menuju ke bilik sebelah kami, masuk dan buat spot check. Lepas tu aku dengar dia membebel dengan suara tinggi. Dia cakap pasal disiplin, tatatertib bla bla bla. RS jumpa lighter dalam bilik Nadia ngan Julia tu. Automatik diorang kena tuduh main mercun. Kad matrik pelajar Nadia ngan Julia dirampas. RS kata nak bawa hal ni ke pihak pengurusan. Masam mencuka muka Nadian ngan Julia. Kak Nas dengan Fira tak kena sebab diorang takde dalam bilik masa kejadian.

Lepas RS dah blah, aku pun masuk bilik Nadia, tanya dia betul ke dia yg main mercun. Dia sengih-sengih.

Aku: Berani betul ko ni main mercun tengah-tengah malam buta ni.
Nadia: Nak takut mende? Mercun je pun.
Julia: Dah kata nak sambut Merdeka, kitorang tolong tambah meriah je la.

Aku geleng-geleng kepala je dengan perangai budak berdua tu. Kemudian aku balik bilik semula, nak sambung baca majalah. Roomates aku pun ada dalam bilik. Ada yg baca novel, yg duduk saja dengar radio. Aku duduk semula kat meja study. Tengah aku dok baca majalah tu, tiba-tiba angin bertiup kuat, sampai terselak sikit langsir. Berderau darah aku bilamana langsir terselak tu, aku nampak macam ada kain putih sekali lalu kat tingkap. Terus aku bangun, beralih dari meja study duduk kat katil, sebelah Mira yg dok baca novel. Mood nak baca majalah hilang. Mata aku dok jeling-jeling je arah tingkap.

Dalam pada tu, aku terdengar jeritan nyaring dari bilik sebelah. Dalam sesaat, suasana jadi kecoh. Aku dengan roomates terus keluar bilik, pergi ke bilik sebelah. Benda pertama aku nampak, Nadia terbaring kat atas lantai tak sedar diri. Lepas tu aku nampak Julia tengah duduk peluk lutut bawah meja study. Muka Julia pucat lesi. Kak Nas memangku kepala Nadia sambil cuba mengejutkan Nadia.

Aku: Apa jadi ni, Kak Nas?
Kak Nas: Akak tak tau. Akak tengah kemas beg, tetiba je diorang dua ni menjerit.
Aku: Fira mana?
Fira: Ada ni. Aku pi toilet tadi, tak tau apa jadi.

Aku pun pergi rapat kat Julia yg tengah menyorok bawah meja. Bila dah rapat baru aku perasan satu tubuh Julia menggigil. Aku sentuh tangan Julia.

Aku: Ju...
Julia: Ada hantu, ada hantu.

Julia dok ulang-ulang ayat tu. Masa ni makin ramai orang datang bilik tu. Bila Julia kata ada hantu, masing-masing dah kecoh. Barulah aku perasan langsir bilik diorang ni tak bertutup pun. Terbuka luas. Aku teringat kain putih yg aku nampak sekali lalu tadi. Meremang bulu roma aku.

Aku: Julia, meh keluar. Takde apa pun.
Julia: Takut...

Julia mula menangis. Aku tarik jugak Julia keluar dari bawah meja. Julia tutup muka dengan tapak tangan, menangis. Nadia pulak dah mula sedarkan diri. Sedar-sedar je terus dia peluk Kak Nas.

Nadia: Kak Nas, Nad takut, Kak Nas.
Kak Nas: Mengucap, Nad, mengucap. Nad takut apa ni?
Nadia: Tu, ada kat luar tingkap tu...

Nadia tunjuk ke arah tingkap. Aku tak pandang langsung walaupun takde apa-apa. Aku seriau. Aku penakut. Tiba-tiba, lampu bilik Nadia terpadam! Menjerit habis jiran tetangga bila lampu bilik terpadam. Dan waktu itulah, sesusuk tubuh berpakaian serba putih melintas di tingkap bilik Nadia. Slow motion je dia lalu. Aku pulak memang dah terpandang tingkap. Bila dah pandang, tak reti pulak nak tengok ke lain. Julia dan Nadia menjerit. Aku tergamam. Aku macam tak sedar apa sampailah Kak Nas tepuk bahu aku, kuat.

Kak Nas: Nana, bangun! Bawak Julia keluar bilik.

Masa tu barulah aku macam tersedar, terus seret je Julia keluar dari bilik dengan pertolongan Suria dan Mira. Kak Nas dan Fira papah Nadia. Kami masuk ke bilik bertentangan dengan bilik Nadia. Bilik tu ada pulak lampu. Cuma bilik Nadia je takde lampu. Kami keluar je dari bilik, BOOM! Pintu bilik Nadia tertutup kuat, macam ditiup angin. Kelam-kabut jiran-jiran lain menyempit masuk dalam bilik yg kami bawa Julia dan Nadia. Masing-masing dah ketakutan. Aku duduk di atas lantai, mengambil nafas sambil cuba tenangkan diri sendiri. Aku teringat balik apa yg aku nampak kat bilik Nadia tadi.

Macam perempuan, pakai kain telekung.Bila 'dia' lalu kat tingkap secara slow motion tu, tak nampak muka. Tapi 'dia' berhenti dan paling muka ke dalam. Sebelum sempat dia paling muka tu lah, Kak Nas tepuk bahu aku. Aku rasa jantung aku berdegup kencang gila, macam nak terkeluar jantung dari dalam dada aku. Suria hulur segelas air pada aku. Aku teguk sampai habis. Masa tu aku mula rasa tenang sikit. Bila pandang keliling, rupanya dah ramai orang berkumpul kat dalam dan luar bilik. Budak-budak blok lain pun ada. Julia dan Nadia masih menangis, menggigil ketakutan.

Kak Nas: Itulah, Kak Nas dah pesan, jangan main mercun waktu-waktu gini. Awak dua orang degil. Tengok apa dah jadi?

Riak wajah Kak Nas kesal. Kak Nas mengarahkan siapa-siapa yg boleh bersolat agar mengambil wuduk dan mulakan bacaan Yaasin. Sampai Subuh jugakla kami dok baca Yaasin. Dengan Nadia dan Julia sekali dipaksa baca Yaasin. Lepas Subuh, barulah Kak Nas masuk semula bilik yg diganggu semalam. Nadia dan Julia masih tak berani nak masuk. Kak Nas dan Fira yg tolong kemaskan beg baju diorang. Kitorang cabut balik kampung pagi tu jugak. Habis cuti, Nadia dan Julia masuk lambat seminggu. Demam rupanya dua orang si nakal tu. Masuk je kolej, diorang mintak tukar bilik.

Lepas insiden tu, kurang banyakla nakal Nadia dan Julia ni. Dah takdela cakap-cakap besar. Bilik aku pulak, sebelum Maghrib lagi kami tutup rapat-rapat. Siap tindih kain langsir tu dengan buku, tak nak bagi terselak walau sedikit pun. Sebab lepas kejadian tu, bilik-bilik yg lain ada je nampak 'benda' melintas kat tingkap bilik. Aku mintak simpang la nak nampak benda tu lagi. Ngeri. Aku anggap benda tu balasan je la pada Nadia dan Julia sebab 'ganggu' dengan main mercun malam-malam buta.


Tamat.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
park kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 01:33 PM | Show all posts
Dulu masa Sha dekat Uni belah Utara, ada juga kejadian yang melucukan kalau di ingat balik sekarang ini. Kalian pernah dngr THR yg siarkan cerita hantu memalam tu tak? Kalau tak silap THR la. Sha ni penakot , roomate Sha ni nak juga dgr THR malam tu. Katanya kawan dia cerita best.

So, malam nak dgr THR tu, adalah dalam 10 org duk tido bilik. Nak beranikan diri la katakan.

Dalam mereka menunggu siaran THR tu, Sha tertido. Then bila Sha terjaga...hanya radio yg on..manusia yg ada semua dah off. Sha pun dgn berani nyer bgn n tutup la radio tu. Last2 Sha yg kene, radio dah OFF masih ada bunyi org mengilai n rajin pula 'dia' menunjukkan diri dia atas bumbung bertentangan dengan asrama Sha. Apa lagi..Sha melompat ke katil n peluk la bantal kesayangan. Esok pagi, bangun dari tido...mengamukla Sha ngan semua yg ada. Mereka yang beriya, Sha yg ada rezeki, 'JUMPA' lagi..

Wassalam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 03:04 PM | Show all posts
ambik ubat main mercun lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 03:51 PM | Show all posts
Hishhh.. ni makan nye... org dah ckp jgn.. main jugak kann.. merasaa laa..



Adakah lokasinya di uitm jengka ituu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 03:59 PM | Show all posts
gwe ghase uitm lendu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 04:12 PM | Show all posts
Ni kisah throwback dolu-dolu masa zaman sekolah menengah. Lama dahhhh. Baru teringat pasal cerita ni. Kisah ni macam lawak pun ada, tapi lebih kepada misteri la kot.

Kisah 11 - Awak, Awak, Awak Siapa?

Esok ada sambutan Hari Guru kat sekolah. Aku memang malas gila la nak pergi. Dah siap cakap kat Angah ngan Alang, aku nak ponteng je esok. Angah ngan Alang pun malas jugak nak pergi. So kitorang pun muktamad la nak ponteng je esoknya. Walaupun cikgu kata siapa tak datang esok akan dapat surat amaran, aku tetap tak peduli. Bukannya aku boleh join apa pun sebab aku ni pengawas sekolah. Sah-sah esok aku kena jadi 'guard' jaga tempat-tempat tertentu, bukannya boleh tengok apa pun. Lagi-lagi kompem pengawas kena datang sekolah awal dari biasa. Almaklumlah, kena jadi 'guard'.

Isnin tu, aku pi sekolah macam biasa. Jumpalah ketua kumpulan aku, nak tanya kat mana aku bertugas hari tu. John pun bagila tempat tugas masing-masing. Sebelum aku beredar dari bilik pengawas tu, John panggil aku.

John: Nana, Jumaat lepas kau tak sign attendance sheet bila habis tugas.
Aku: Hah? Aku mana ada datang sekolah Jumaat lepas.
John: Ey, kau ni, sendiri datang pun lupa ke? Tengok, masa datang, kau sign. Masa balik je tak sign.

John tunjuk attendance sheet hari Jumaat kat aku. Eh, eh memang ada nama akulah. Yang pelik tu, aku tulis nama dan tandatangan pakai pen merah. Waktu tercatit kat situ pukul 7.10 pagi. Peliknya. Siapa pulak yg memandai guna nama aku ni?

Aku: Tapi, John, aku memang tak datang la hari Jumaat tu. Aku ponteng.
John: Mane ada la. Memang kau la yg sign. Depan mata aku lagi.

Eh peliknya. Aku terdiam kejap. Masa tu member aku, Kina, masuk untuk sign attendance. Kina satu kumpulan dan satu kelas dengan aku.

John: Ha, kau tanya Kina, memang kau la masa hari Jumaat tu.
Kina: Ape? Ape?
Aku: John kata aku ada datang hari Jumaat lepas...
Kina: Masa Hari Guru tu kan? Haah, memang la ko ada. Kan kita tugas sama-sama kat pagar belakang.

Ah sudah! Siap bertugas pulak aku hari Jumaat tu? Aku dah kehairanan sangat-sangat ni. Aku pun pergilah cari Angah yg jugak seorang pengawas macam aku.

Aku: Ngah, hari Jumaat tu kan, betul la kita ponteng, kan?
Angah: Haah, ye la. Apsal?
Aku: John ngan Kina kata aku ada hari Jumaat lepas, siap tugas lagi.
Angah: Biar betul!?

Muka Angah dah macam terkejut, tak percaya dengan apa aku cakap. Aku pun bagitaula kat Angah pasal attendance sheet tu. Angah dah bingung macam aku. Lepas tu, Angah panggil la budak yg satu kumpulan dengan dia.

Angah: Dira, ko nampak kakak aku tak hari Jumaat lepas?
Dira: Emmm... ha, nampak! Akak jaga gate belakang kan?

Ah sudah! Dah 3 orang saksi dah ni nampak aku kat sekolah hari Jumaat lepas.

Dira: Saya ada tegur akak, tapi akak senyum je la, tak cakap pape. Kenapa eh?

Dia tak tau masa ni aku dah seram dah. Siapa pulak yg menyamar jadi aku datang sekolah ni? Rajin bebenornye. Sementara tunggu loceng bunyi nak masuk kelas, aku terus dilanda kehairanan dan kepelikan. Aku ingat nak tanya kat budak-budak kelas aku, tengok ada tak yg nampak aku ke. Masuk kelas tu, aku terus tanya siapa yg datang hari Jumaat. Kebanyakan budak kelas aku ni skema dan patuh budak-budaknya, jadi diorang ni tak ponteng sekolah. Aku tanya pulak, siapa yg nampak aku. Rata-rata budak kelas aku kata diorang nampak aku masa cikgu ambil kedatangan. Lagila aku jadi pelik.

Aku tak puas hati. Aku pun pergi jumpa cikgu kelas. Aku tanya pulak kat cikgu kelas aku, dia nampak ke aku hari Jumaat lepas.

Cikgu: Laa... dah saya yg ambil kedatangan, takkan saya tak tau kamu ada ke tak? Bila saya panggil nama, ada je kamu.

Aku rasa masa tu aku dah seram sejuk semacam je. Aku minta nak tengok buku kedatangan. Cikgu pun sua la kat aku bagi aku tengok. Memang nama aku ditandakan sebagai hadir. Aku balik kelas, rasa macam mamai je. Antara percaya dengan tidak. Aku memang ponteng sekolah kot hari Jumaat tu. Macam mana ramai orang boleh nampak 'aku'? Siap sign attendance pengawas. Balik kelas tu, aku tanya pulak kawan-kawan, siapa yg bercakap dengan aku.

Kina: Aku ada gak tanya ko something, tapi ko diam je. Ko senyum je. So aku pun buat tak reti je la.
Aku: Lepas habis tugas tu, ko nampak tak aku gi mana?
Kina: Aku nak ajak ko pi makan, tapi bila aku toleh tengok ko dah takde kat tempat ko. Laju betul ko jalan eh?

Aku terdiam terus. Aku tak cakap apa-apa pun pasal aku ponteng hari Jumaat tu. Aku jadi bingung sangat. Balik tu, aku cerita kat Angah dan Alang apa yg jadi. Diorang pun jadi bingung macam aku. Aku tak berani cerita kat Mama, takut kena marah. So aku diamkan ajelah benda tu. Persoalannya, siapa atau apakah yg menyerupai aku dengan rajinnya datang sekolah?

Minggu berikutnya, sampai surat amaran kat rumah. Dua keping. Satu atas nama Angah, satu lagi atas nama Alang. Aku tak kena. HAHAHAHAHA!




Tamat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 04:13 PM | Show all posts
CikYaw posted on 4-12-2014 03:51 PM
Hishhh.. ni makan nye... org dah ckp jgn.. main jugak kann.. merasaa laa..

Hish @CikYaw ni, bakpe cepat sangat tangkapnye kat mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 04:14 PM | Show all posts
sharifa82 posted on 4-12-2014 01:33 PM
Dulu masa Sha dekat Uni belah Utara, ada juga kejadian yang melucukan  kalau di ingat balik  ...

Utara ni ada dua, tak Merbok, Sintok. Salah satu ke tu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 04:15 PM | Show all posts
Jagendas posted on 4-12-2014 03:59 PM
gwe ghase uitm lendu ni

Tu ada orang teka dah kat mana. Hehehe.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 04:22 PM | Show all posts
boleh jadi naruto ni
ade kuasa bayang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 04:29 PM | Show all posts
cik.nana posted on 4-12-2014 04:13 PM
Hish @CikYaw ni, bakpe cepat sangat tangkapnye kat mana

kita-kita aje tau sudah le.. jgn di kasitau org lain ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 04:36 PM | Show all posts
Cik.nana.. tang mane lawak nye uiii.. hehehe..skeri the meri ade lee.. dah ler misteri smpi sudah..

Penuh berhemah sungguh beliau siap menjalankan tugas jadi jaga gate..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 08:50 AM | Show all posts
cik.nana posted on 4-12-2014 04:14 PM
Utara ni ada dua, tak Merbok, Sintok. Salah satu ke tu?

Sha UiTM Merbok. Mmg banyak cerita kan kalau Uni ni. Tak kira la kat mana sekalipun. Tapi yang Sha tak boleh lupa berkenaan dengan Harimau Hitam dekat UiTM merbok dlm sekitar tahun 2004 kalau tak silap. Lama na dah.. mcm2 org teka. Tapi yang pasti hanya Allah yg tahu. Sbb mereka dah pasang perangkap..umpan hilang harimau tak masuk jerat. mcm mana tu?
Wassalam..
Ok TT..continue pleaseeee...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 10:55 AM | Show all posts
Kisah 12 - Kompilasi 'Jurassic Park'

#1 - Ada satu malam, dah lewat bebenor, jiran bilik sebelah, Gee mesej aku. Dia minta aku temankan dia gi toilet, nak memerut katanya. Gee ni tau aku selalu tidur lewat, tu dia ajak aku temankan. Aku ni jenis baik hati tak bertempat, temankanla jugak dia. Masa dia memerut, aku tunggu kat luar pintu masuk bilik air sambil main hempon. Gee ni pulak, sambil memerut dia menyanyi lagu 'Bagaikan Puteri' sebab dia nak hilangkan rasa takut. Tengah dia dok menyanyi tu, aku perasan, ada suara lain sama join Gee menyanyi.

"Bagaikan puteri kisah khayalan, yg hidupnya suci dan sempurna..."

Meremang bulu tengkuk aku. Masa kitorang masuk toilet tadi, memang takde sesiapa pun. Almaklum, dah lewat-lewat malam siapa je yg berani nak ke toilet. Lalu aje pun dah rasa seram. Aku pasang telinga. Memang ada satu suara lain yg menyanyi sama. Aku tak taula Gee perasan ke tak. Kalau dia perasan pun, mungkin dia ingat aku yg menyanyi sekali. Aku tak tau macam mana nak bagitau Gee pasal suara penyanyi latar tu. Pikir punya pikir, aku dapat satu idea. Aku pun menyanyi la kuat-kuat, dengan suara yg paling sumbang...

"It's the final countdown! Tenene tenenenenene...." Ye, aku siap bunyi tenenene tu. Gee terus berhenti menyanyi. Lepas tu aku dengar dia bukak air, flush jamban dan kelam kabut keluar dari toilet. Gee jalan cepat-cepat kat aku.

"Bukan kau eh?" Gee tanya. Aku geleng-geleng. Serentak tu kami dengar bunyi ketawa "Hihihi" dari toilet paling hujung. Toilet tu nak ikutkan berkunci, memang tak digunakan. Apa lagi, lintang-pukang la kami ni lari balik bilik!


#2 - Masa cuti study week seminggu, ramai student yg balik kampung. Tinggal berapa kerat je yg tak balik. Aku dengan roomates tak balik. Dan adala beberapa orang lagi member sekelas yg kengkonon rajin stay kat kolej. Salah seorangnya, Marissa. Tapi roomates Marissa yg lain semua balik kampung, tinggal dia sorang. Marissa ni jenis berani la jugak orangnya. Satu hari tu, masa Maghrib, Marissa muncul di pintu bilik aku.

"Eh, aku nak tumpang solat, boleh?" Marissa dah siap bawa kain telekung dia sendiri. Kitorang ok je dia nak tumpang solat. Tapi mestila kitorang curious, kenapa dia tak solat di bilik dia sendiri. Kami biarkan Marissa solat terlebih dahulu. Usai solat, Marissa pun buka cerita.

Sebelum dia pergi berwuduk, dia dah letakkan kain telekung atas katil. Tapi bila dia masuk bilik semula, kain telekung dah berpindah tempat, masuk semula ke dalam almari. Padahal Marissa kunci pintu sebelum keluar ambil wuduk. Takpe lagi. Masa nak solat tu, Marissa nampak dari ekor mata macam ada orang duduk di atas katil dia. Serba putih. Marissa dah tak sedap hati. Tapi dia cuba juga teruskan bersolat. Selamba je 'benda' tu main melintas depan sejadah dia kiri kanan kiri kanan. Terus tak khusyuk member. Tu yg dia datang solat bilik aku.

Malam tu jugak, Marissa tumpang tidur bilik aku. Sebab dia kata bila dia nak tidur, dia nampak macam orang tidur kat katil roomate dia yg bertentangan.


#3 - Masih study week. Malam tu hujan lebat. Aku mengantuk awal sebab dok study since 4 pagi. Aku pun masuk tidur. Masa aku nak tidur tu, Suria masih setia menelaah buku. Yang lain dah selamat dibawa belayar. Aku baru lelap sekejap, aku dengar macam suara Mama panggil aku. Antara sedar dan tidak, aku bangun. Mama terus memanggil aku. Aku bangun berdiri dan berjalan ke arah pintu. Hampir-hampir dah aku nak buka pintu, bila Suria panggil aku.

"Nana! Nak gi mana?" panggilan Suria mengejutkan aku. Aku pandang Suria, aku pandang pintu. Tangan aku dah dekat tombol pintu dah pun. Aku cepat-cepat lepaskan tombol pintu dan kembali semula ke katil.

"Aku dengar macam mak aku panggil," aku beritahu Suria. Memang la tak logik pun malam-malam gini aku boleh dengar suara Mama panggil aku kat kolej. Tapi entahla, aku tak boleh nak kawal diri sendiri. Aku macam mamai. Itulah kali pertama dan terakhir aku berjalan dalam tidur. Walaupun sebenarnya aku sedar.


#4 - Kami ke Bandar Pusat hari tu. Aku dengan roomates, tambah dengan 2 orang lagi member sekelas. Kami berenam. Pergi naik van yg disediakan pihak U. Nak balik tu, takde transport. Kereta sapu pun takde. Jadi kami ambil keputusan nak jalan kaki je. Bukannya jauh sangat pun. Seboleh-bolehnya kami nak sampai sebelum gelap sebab kawasan sekeliling U tu memang hutan je. Sambil berjalan, kami bergurau senda, bersembang. Aku jalan di depan sekali. Aku ingatkan kawan-kawan yg dah nak hampir Maghrib ni, jangan seronok sangat.

Separuh jalan tu, aku tolehla belakang nak tengok semua ada tak. Aku pun kiralah, bermula dengan diri aku sendiri. Satu... dua... tiga... empat... lima... enam... tujuh. Eh? Tujuh? Aku terkejut. Aku kira semula. Sama jugak dapat tujuh. Aku pun bisikla pada Suria, suruh Suria pulak kira. Suria pun sama, dapat tujuh. Kami berpandangan sesama sendiri. Aku dan Suria menjengah kepala ke belakang sekali. Ada seseorang yg berjalan agak jauh dari kumpulan kami. Perempuan, tak bertudung dengan rambut panjang. Dia berjalan menunduk. Alamak, siapa tu?

Bila tengok aku dan Suria berhenti berjalan dan dok toleh ke belakang, kawan-kawan yg lain turut sama berhenti dan tengok ke belakang. Tiba-tiba perempuan tu angkat kepala! Dan menyeringai menampakkan taring dan mulutnya yg dipenuhi darah. Kami menjerit dan buka langkah seribu. Kami pecut sampai lah ke pintu masuk U. Pak guard kat pintu pagar tu tegurla kami.

Pak Guard: Ni kenapa ni, lari macam nampak hantu?
Mira: Memang nampak hantu pun!

Kami termengah-mengah kat pondok guard tu. Pancit masing-masing selepas lari macam tak cukup tanah. Tengah dok melepaskan lelah tu, pokok besar seberang jalan bergoyang dan kendengaran bunyi hilaian yg cukup menyeramkan. Pak guard terus halau kami balik bilik lekas-lekas. Dia tak payah suruh pun, memang kami dah cabut lari.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.065373 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list