CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 5-12-2014 11:21 AM | Show all posts
siap boleh follow kt blakang tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2014 11:23 AM | Show all posts
Jagendas posted on 5-12-2014 11:21 AM
siap boleh follow kt blakang tu

Jadi pengiring kot...

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 11:25 AM | Show all posts
cik.nana posted on 5-12-2014 11:23 AM
Jadi pengiring kot...

untung la ada bodigad balik dari town
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 01:51 PM | Show all posts
sharifa82 posted on 5-12-2014 08:50 AM
Sha UiTM Merbok. Mmg banyak cerita kan kalau Uni ni. Tak kira la kat mana sekalipun. Tapi  ...

Pernah pegi sekali uitm merbok ni..visiting..makk aii dia pnye ke dalam tu..dengan hutan keliling uitm ni.. pasrah aje la yg study situ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 02:15 PM | Show all posts
nomey posted on 3-12-2014 03:41 PM
beraninya benti hentian gua tempurung tu. Aku slalu lalu siang hari pun, xsanggup nk benti singgah ...

Terpaksa sebab member tak tahan dah. Karang membuang dalam kereta, lagi naya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 02:16 PM | Show all posts
CikYaw posted on 5-12-2014 01:51 PM
Pernah pegi sekali uitm merbok ni..visiting..makk aii dia pnye ke dalam tu..dengan hutan keliling  ...

Adik cik nana, Si Angah pernah belajar UiTM Merbok tu. Dia kena gangguan manja-manja je.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2014 02:43 PM | Show all posts
mak aiiii.. seram sungguhh...  penakut tp nak baca jugak... heeheee...

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 02:52 PM | Show all posts
cik.nana posted on 5-12-2014 11:23 AM
Jadi pengiring kot...

Kisah yg ni seram ok.. ... menyerigaii?! naseb la pak gad tu.. kena handle scene seterusnya... hihihi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2014 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.nana posted on 3-12-2014 12:22 PM
Assalamualaikum korang semua! Ok, sekarang dah ada di KK, malam ni flight balik. Badan udah sengal-s ...

Xde story pelik tym daki gunung?... Ada kwn penah tym turun gunung, dr 1 pondok ke pondok seterusnya mcm lalui jln tu 2x. Taktau la perasaan sheols ke tak. Aku lak tym turun (laban rata ke timpohon) tu mmg pandang depan jek. Taknak pndg kiri kanan. Sbb fhm2 la, ada masa jln tersama sama ngan kwn2 atau pdaki lain. kdg2 jarak weols jauh antara satu sama lain. Tp, kuatkan smngt je la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 04:44 PM | Show all posts
hijau88 posted on 5-12-2014 04:28 PM
Xde story pelik tym daki gunung?... Ada kwn penah tym turun gunung, dr 1 pondok ke pondok seterusn ...

Time daki gunung, tak jadi kat diri sendiri tapi jadi kat member. Belum dapat lampu hijau lagi nak cerita. Member tu sampai hari ni masih MC sebab demam.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 04:45 PM | Show all posts
CikYaw posted on 5-12-2014 02:52 PM
Kisah yg ni seram ok.. ... menyerigaii?! naseb la pak gad tu.. kena handle scene seterusn ...

Pak Guard dah biasa gamaknya. Siap kalau kitorang bertembung dengan dia, dia boleh buat lawak "Haa, jaga-jaga satgi ada yg ikut balik!"

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.nana posted on 5-12-2014 04:44 PM
Time daki gunung, tak jadi kat diri sendiri tapi jadi kat member. Belum dapat lampu hijau lagi nak ...


Waduhhhh. Kesiannnn. Fhm2 la kan klu hutan keliling kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2014 12:09 PM | Show all posts
CikYaw posted on 5-12-2014 01:51 PM
Pernah pegi sekali uitm merbok ni..visiting..makk aii dia pnye ke dalam tu..dengan hutan keliling  ...

mmg terbaik keadaan kat sana tu. Sha pernah kene dengan gula2.

Ada satu hari tu, Sha balik dari studio dalam pukul 1. Sha budak art & design.. Asrama plak jarak dlm 20min jalan kaki dari studio. Kene lintas cafe dan padang. Masa ni part 1, dlm pale suci lagi..tak der pikir yg scary mary. Dengan tiada perasaan, Sha dan kawan Sha seramai 3 org berjalan kaki balik ke bilik memasing. Bilik Sha paling ujung dan paling atas *tingkat 4.

Sesampai je kat bilik, Sha tekan loceng bilik sbb tak bawak kunci. *saje buh loceng, senang katanya tak yah ketuk pintu. Roomate Sha belom tido lagi sbb time tu minggu study, so mereka berborak dulu tapi dah get ready la nak tido. Lepas roomate Sha buka pintu, Sha masuk la mcm biasa, then mereke tercengang pandang Sha tp tak bertanya apa2. So Sha assume tak der bende la kan. Sha pun tido la mcm biasa tanpa ada gangguan.

Esok paginya bila semua dah bangun and roomate Sha tgh dok study. Salah seorang dari mereka tanya kat Sha, "kenapa akak malam tadi tak ajak kawan akk masuk sekali..?" Sha tanya balik "kawan mana? kan akk balik sorang semalam." kami tercengang.
Salah sorang dari roomate "malan tadikan akk balik berdua, tp dia asik tunduk je. Tak pandang depan pun. Tapi kan akk..dia mcm sama je ngan akk. Dari baju sampai la ke bekas lukisan yang akk bawak. Semua nya sama..tp kami tak terlintas apa2 pun mlm tadi." bercerita dlm muka cuak.

Sha cuma pesan kat mereka lepas apa yang terjadi tu.."Alhamdulillah malam tadi, masa nak masuk bilik ni akk ada selawat 3x n baca lahaulawala...1x. InsyaAllah..apa yang ikut kita akan tertinggal di muka pintu shj"

Banyak lagi sebenar nya kejadian2 kat asrama ni. Tapi semua tu biasa2 shj. Yang dugaan nya, kalau di kacau sepanjang hayat. Allahuakbar.

Hehehehe..terpanjang plak.
Semuanya hanya Allah yang tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 10:23 AM | Show all posts
sharifa82 posted on 6-12-2014 12:09 PM
mmg terbaik keadaan kat sana tu. Sha pernah kene dengan gula2.

Ada satu hari tu, Sha b ...

  perghhh serammmm tu sha...gulppp!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 10:28 AM | Show all posts
park lagi sementara tunggu new story
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 10:15 AM | Show all posts
parking dlu... nak tunggu update baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2014 03:08 PM | Show all posts
Kisah 13 - 'Roomate' Tak Dijemput

Ada satu masa ni, ada staf opis aku kena pi join satu program kat JB. Asalnya orang lain dah dipilih. Tapi saat-saat akhir, dia terpaksa tarik diri sebab wife bersalin awal. Jadinya, akulah yg kena menggantikan tempat mamat ni. Eh pergi jalan-jalan free, siapa yg tak nak kan? Aku pun joinla lagi 3 orang budak opis pergi program anjuran satu kementerian ni. Bertolak hari Jumaat pagi dengan bas yg dah disediakan. Ramai jugakla peserta yg ada hari tu. Kebanyakan jenis friendly je, so takla rasa macam takleh masuk ke apa. Rupanya aku ni antara peserta yg termuda, so selalu je aku kena buli/usik. Yang duduk 1 bas pulak jenis yg huha punya spesis. Masa ni lah aku kenal dengan Abg Faiz, Kak Wan, Kak Intan, Abg Jep, Abg Dol, dan Kak Lis.

Sampai JB dah lewat petang, bas terus ke hotel. Sekali aku tengok hotel, woah, hotel 5 star rupanya. Kemain kau. Aku panggil Hotel P je lah ye. Pepandaila korang teka hotel mana. Sampai kat hotel, pihak penganjur bagi kunci bilik dan rooming list. Aku dapat 1 bilik dengan budak opis aku, Suzie. Bilik kemain besar lagi. Lepas simpan barang tu, kena turun untuk dinner dan acara suai kenal. Tapi Suzie ni tak sedap badan katanya. Dia takleh jalan jauh-jauh, mabuk darat katanya. Dia telan Panadol 2 bijik lepas tu dia kata nak tidur. Aku pun turun la seorang diri ke ballroom. Kat dalam lif, aku bertembung dengan Abg Faiz dan Abg Jep. Diorang duduk satu floor dengan aku rupanya. Dalam lif tu, kitorang borak-boraklah.

Abg Jep: Korang tau tak, hotel ni kan, keras sikit.
Abg Faiz: Laaa... memangla keras, dah buat ngan simen ngan batu.
Abg Jep: Bukan keras tu la, bongok.
Aku: Alaa Abg Jep, takmola cerita benda-benda tu. Tak syiok jadinya.
Abg Faiz: Eh, hotel 5 star pun angker jugak ke?
Abg Jep: Apa ko ingat setan jin ni kisah pulak 5 star ke 3 star?

Tak sempat borak habis, lif dah sampai kat bawah. Habis dinner dengan acara suai kenal ramah mesra, Kak Wan ajak kitorang jalan-jalan sekitar bandar JB. Aku ikut je lah geng-geng ni pergi ke City Square. Jalan kaki je pun sebab tak jauh dari hotel. Dah jalan-jalan, lepak-lepak kejap, kitorang pun balik bilik. Masa dalam lif tu, sempat Kak Wan ajak aku datang bilik dia sebab dia tidur sorang je. Takut, katanya.

Sampai bilik tu, aku tengok Suzie masih lagi tidur. Aku ada belikan Suzie set cheeseburger McD, takut dia kelaparan pulak. Masuk bilik, aku mandi-mandi, siap nak tidur. Aku keluar bilik air, Suzie baru bangun. Muka sememeh je.

Aku: Sakit kepala lagi?
Suzie: Dah ok. Aku lapar ah. Ko dah makan?
Aku: Dah. Tu aku belikan cheeseburger untuk ko.
Suzie: Eh, terima kasih! Sayang kat ko.

Suzie dengan muka tak basuhnya, terus duduk bersila atas lantai, buka plastik. Sambil dia makan tu, aku bukak TV, tengok apa rancangan yg ada.

Suzie: Eh, Nana, tadi apsal ko bukak TV kuat sangat? Aku nak tidur pun tak senang.
Aku: Bila masa pulak?
Suzie: Tadi la... masa aku tengah tidur. Kuat betul TV ko bukak. Lepas tu dok pindah channel sana, pindah channel sini.

Aku kerut dahi. Masa bila pulak aku bukak TV ni? Lepas simpan barang, aku terus turun kot. Tak naik-naik langsung bilik. Aku diam ajelah, tak cakap apa. Tiba-tiba telefon aku berbunyi, mesej masuk. Kak Wan hantar mesej, ajak aku temankan dia kat bilik.

Aku: Suzie, aku nak gi bilik Kak Wan ni. Ko nak ikut?
Suzie: Tak nak ah. Aku nak mandi. Ko gi lama ke?
Aku: Tak sure. Kalau agak-agak ko nak tidur dah, mesej aku sepatah ok?
Suzie: Bereh.

So aku pun naiklah satu level pi bilik Kak Wan. Bila aku sampai bilik Kak Wan, aku tengok Kak Intan ngan Kak Lis pun ada. Tapi yg aku pelik tu, Kak Wan dok menangis. Dah kenapa pulak? Aku tunggu tangisan Kak Wan reda, baru aku aku tanya kenapa dia menangis.

Kak Wan: Tadi akak balik bilik, terus pi mandi. Masa dok mandi tu, dengar puk pak puk pak macam orang pukul lantai dengan selipar getah kat luar bilik air. Akak tengok takde apa pun. Lepas tu, akak dok basuh muka kat sink, angkat kepala tengok ada lembaga hitam besar gila belakang akak. Akak pun menjerit la, nak lari keluar bilik air. Sekali pintu bilik air takleh bukak.

Ternganga aku dengar cerita Kak Wan. Teringat balik perbualan aku dengan Abg Jep dalam lif lewat petang tadi. Lepas tu aku teringat Suzie cakap yg dia dengar bunyi TV kuat gila. Alamak. Takkan hotel ni berhantu kot?

========================

Sat, bos panggil...


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nak smbungannn....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 03:31 PM | Show all posts
cik.nana posted on 9-12-2014 03:08 PM
Kisah 13 - 'Roomate' Tak Dijemput

Ada satu masa ni, ada staf opis aku kena pi join satu program k ...

Kat Hotel P tu kan ada tokong.. sgla mak nenek atok di simpan dlm tu



Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 04:58 PM | Show all posts
NurHanim posted on 9-12-2014 03:31 PM
Kat Hotel P tu kan ada tokong.. sgla mak nenek atok di simpan dlm tu


cik.nana oooooo cik.nana! lamanya boss panggil...nanti sambung naaa

Btw hotel P tu...Puteri Pan Pacific kan? Last edited by hatikudus on 9-12-2014 04:59 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.108622 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list