CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 10-12-2014 05:47 PM | Show all posts
cik.nana posted on 10-12-2014 05:40 PM
Boleh je. Sila, sila. Nak tau gak cerita.

salam cik.nana


hehe

i baru start bkk thread u hr ni
btw tgh pg 10

seriously...banyak betul ujian kt awak & famili
and ur story very kemas
mudah difahami
dialog2 tu semua, rs mcm blh rasa
boleh dikumpulkan & buat cerpen
kumpulkan dlm 1 buku

i bknla mintak benda2 misteri ni jd kt awak
tp klu ade, i would love to have u to share with us here



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2014 05:52 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 10-12-2014 05:47 PM
salam cik.nana

Insya Allah, mana yg boleh dikongsi, akan dikongsi di sini. Nak ikutkan, sampai sekarang pun family ada kena ganggu-ganggu ni, tapi kami pikir positif je lah. Almaklum, family dah takde ketua keluarga, orang kata banyak sikit dugaan dia. Pulak tu ramai gegirl je. Hahaha.

Thank you sudi singgah thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 06:16 PM | Show all posts
cik.nana posted on 10-12-2014 05:52 PM
Insya Allah, mana yg boleh dikongsi, akan dikongsi di sini. Nak ikutkan, sampai sekarang pun famil ...

ye ke
sy simpati dgn awak & family
moga2 sentiasa dilindungi allah


boleh tau umur awak & adik beradik?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 06:17 PM | Show all posts
Sebenarnya kan, sebelum pergi ke KK tu, ada benda telah terjadi pada diri sendiri. Kira-kira seminggu sebelum bertolak ke KK la. Alkisahnya, cik.nana dok iron baju pagi tu sebelum pergi kerja. Tengah dok iron baju tu, tiba-tiba rasa sakit sangat kat bahagian ari-ari, macam senggugut. Memang masa ni tengah uzur pun, tapi jarang la sakit senggugut. Nak ikutkan dah hari kelima macam tu, takkan tetiba boleh senggugut pulak kan. Selesai iron baju tu, cik.nana pun duduk la kejap, tenangkan diri sambil tarik nafas panjang. Sakit tu datang mendadak je. Tapi sakit sangat-sangat. Macam dirodok-rodok kat bahagian ari-ari.

Tak tahan, sampai menitik air mata. Terus cik.nana panggil suami yg tengah minum air kat dapur. Suami datang, suruh baring dulu sambil dia letakkan minyak panas. Masa dia sapu minyak, dia selawat sekali. Tak semena-mena, cik.nana tolak tangan dia. Macam tak suka, macam tu. Dia tanyalah, kenapa. cik.nana cuma diam sambil air mata bercucuran mengalir kat pipi. Tiba-tiba, cik.nana ketawa. cik.nana sedar cik.nana ketawa, tapi perasan macam bukan suara sendiri. Dalam otak masa tu pikir, gila ke apa tengah sakit boleh ketawa. Tapi, cik.nana cepat-cepat sedar. Terus cik.nana cakap kat suami, yg ketawa tu bukan cik.nana. Tak tau nak cakap macam mana, tapi cik.nana memang tau la masa tu.

Terus suami call sorang kawan dia yg boleh merawat. Masa suami tengah bercakap dengan kawan dia ni, cik.nana boleh ketawa sekali lagi. Dengar sendiri ketawa, memang menakutkan bunyi dia. Kawan suami sampai dalam 2 jam kemudian. Masa ni cik.nana macam dah tak tentu arah semacam. Kawan dia panggil duduk depan dia. Kawan suami ni memang ada belajar kat Darussyifa'. Dia pegang kepala dan mula ayat-ayat Quran. Masa ni cik.nana dah mula start macam nak muntah. Tapi keluar angin je. Bunyi muntah je lebih.

Sampai satu tahap ni, bunyi muntah gila-gila sampai suami siap tadah dah dengan baldi ada plastik. Tapi memang tak keluar apa. Keluar angin je. Then sekali lagi cik.nana ketawa. Macam mengejek-ngejek kawan suami ni. Kawan suami buat tak tau je. Dia tepuk-tepuk belakang cik.nana sambil sebut "Ukhruj ya 'aduwallah!" berulang kali. Masa ni memang rasa nak muntah tu menggila. Last-last muntah jugak, keluar lendir-lendir kuning. Terus hilang rasa sakit kat ari-ari tu. Siap badan rasa ringan semacam je. Rasa segar je.

Lepas tu, kawan suami bagi minum air yg dia ambil dari Darussyifa'. Terketar-ketar cik.nana nak habiskan air tu. Dan muntah lagi. Alhamdulillah, lepas tu terus rasa ok. Takde langsung rasa sakit ke apa. Macam tak pernah jadi rasa sakit tu. Ni salah satula benda yg memang kena kat cik.nana sendiri. Memang malam sebelum tu cik.nana ada nampak macam kelibat warna putih melintas, tapi tak cakap kat suami sebab tak nak dia risau. Benda kelibat-kelibat ni cik.nana dah biasa alami pun. Tapi selepas ada sekali tu cik.nana dirawat, dah tak nampak kelibat apa lagi. Cuma yg malam tu je first time nampak lepas sekian lama.

Gitulah adanya cerita untuk petang ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 06:18 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 10-12-2014 06:16 PM
ye ke
sy simpati dgn awak & family
moga2 sentiasa dilindungi allah

Umur 29, adik-adik start dari yg Angah muda setahun. Cuma yg bongsu je beza 10 tahun dari cik.nana.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 06:27 PM | Show all posts
cik.nana posted on 10-12-2014 06:18 PM
Umur 29, adik-adik start dari yg Angah muda setahun. Cuma yg bongsu je beza 10 tahun dari cik.nana ...

muda lagi mcm2 dh diuji dgn benda2 halus


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2014 06:29 PM | Show all posts
aleesyasofia posted on 28-11-2014 06:28 PM
hentian gua tempurung waktu siang2 pun takut tgknya..
selalunya kalo nak berhenti kat tempat yang ...

patutla angker sgt kt situ
sbb kita dh jd takut dgn die plak
ape daa

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooooo... da kawen rupenye cik nana.........  

Moga hidup cik nana dan suami bahagia hingga akhir hayat
Dan dikurniakan anak2 yg baik......

Nnti sambung lg citer2 yg bast ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ellynorman posted on 10-12-2014 03:03 PM
abg jep mamai la tu... kalau ikut logik. mana ada housekeeping masuk bilikyg ada org .. malam lak  ...

Haah...mamai la tu kot...kan mlm seblm tu tak dpt tido sbb asyik kene alih...
Mesti dia tgh penat giler sampai antu kacau pon tak perasan...

Aku dedulu mase kecik dedulu pon slalu kene kacau mase tido
Tapi mungkin sbb budak kecik...otak tak ternoda lagik...haha
Langsung tak perasan dan tak terpikir tu antu
Da bebesar ni br terfikir pasal bende tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 10:47 AM | Show all posts
lagi cik nana
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 02:49 PM | Show all posts
oo, dah kawen
suami tau ke semua story scary creepy ni cik.nana?
klu tau, ape 1st reaksi die
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 10:14 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 10-12-2014 04:37 PM
seru la
aku tak tau....

idok ler nk seru2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2014 10:24 AM | Show all posts
seeri_7843 posted on 11-12-2014 09:11 AM
Ooooo... da kawen rupenye cik nana.........  

Moga hidup cik nana dan suami bahagia hingga akhi ...

Baru 2 tahun lebih kahwin. Terima kasih @seeri_7843
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2014 10:24 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 11-12-2014 02:49 PM
oo, dah kawen
suami tau ke semua story scary creepy ni cik.nana?
klu tau, ape 1st reaksi die

Sebelum kahwin lagi dah tau. Tapi dia macam, takpe benda tu nanti kita usahakan. Macam tu la.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 10:36 AM | Show all posts
cik.nana posted on 12-12-2014 10:24 AM
Sebelum kahwin lagi dah tau. Tapi dia macam, takpe benda tu nanti kita usahakan. Macam tu la.

sweet nye hubby
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2014 10:43 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 12-12-2014 10:36 AM
sweet nye hubby

Sweet dan sangat-sangat laaaaaa sabar. Masa bulan pertama kahwin lagi dah macam-macam dugaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 10:47 AM | Show all posts
cik.nana posted on 12-12-2014 10:43 AM
Sweet dan sangat-sangat laaaaaa sabar. Masa bulan pertama kahwin lagi dah macam-macam dugaan.

you are so lucky you know that?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 11:20 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 12-12-2014 10:47 AM
you are so lucky you know that?

Alhamdulillah... Allah bagi orang yg baik pada cik nana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 11:25 AM | Show all posts
cik nana agak bizi sekarang. Almaklum dah hujung-hujung tahun ni, ramai pulak orang yg cuti so kita kena ganti buat kerja diorang. Kalau sempat, cik nana share la kisah-kisah lain ye. Ni ada satu hamba Allah bagitau cik nana pasal lalat, yg mana cik nana rasa agak menarik jugakla.

Fakta Lalat
Lalat tidak aktif pada waktu malam kerana pada waktu malam, lalat menjadi rabun @ buta.
(boleh google fakta ni ye)

Jadinya, kata hamba Allah ni, kalau ada lalat yg masuk rumah korang pada waktu malam, itu bukanla lalat yg sebenar. Lalat tersebut mungkin adalah jin yg suka menyerupai haiwan kotor.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 11:30 AM | Show all posts
cik.nana posted on 15-12-2014 11:25 AM
cik nana agak bizi sekarang. Almaklum dah hujung-hujung tahun ni, ramai pulak orang yg cuti so kita  ...

biar nanas???

kt kg kadang2 tu ade je lalat malam2 hari
tp siang2 hari pun bnyk jgk
dulu2 mlm xde
cuma sethn 2 ni plk mlm2 hr pun ada
tp xde plak benda pelik2 jadi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.536429 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list